Sunday, May 19, 2013

Pemakanan anak2 autisma


Kawalan PEMAKANAN ANAK AUTISMA yang dilaksanakan oleh SitiLeman LemanSiti (KAA).


"pemakanan banyak kontoversi. tetapi saya cuba juga. alhamdulillah, improvements can be seen. ade individu tak ade perubahan. tetapi tak salah mencuba. ade scientists mengatakan bahawa anak2 autisme pengkhadaman usus tidak kuat.

MAKA harus elak dari susu atau makanan yg ade dairy seperti cheese. lagi satu yg harus dielak ialah gluten. gluten adelah sejenis protein yg terkandung dalam tepung gandum dan bijirin2 seperti oats.

utk anak saya, susu saya ganti dgn susu beras. saya beli yg da siap dalam kotak di spore. masih blm jumpe di johor. saya elakkan dia dari makan koko crunch, oats dan sebagainye. utk cookies, saya beli tepung gluten free. juga beli di spore. tak tau samada di johor ade atau tidak.

sebaik sahaja saya berenti kan dia dari minum susu, dia mula berbual dan lebih fokus.

ade lagi pelbagai makanan yg harus dielak seperti jagung, ikan yg besar (kerana level mercury tinggi), dan macam2 lagi.

sila google "gluten free and cassein free diet" cassein tu yg ade didlm susu. also blh google "gaps diet".

kalau yg berkemampuan, boleh jumpe doktor DAN utk membantu."

Soya juga wajar dielakkan.


Walaupun amat sukar untuk mengelakkan makanan2 di atas tapi kita tiada pilihan. Usaha perlu dilakukan demi kebaikan anak2 autisma kita.

Saturday, May 18, 2013

Long-term studies track how autism changes with age


Growth chart: Long-term studies suggest that about ten percent of children with autism show dramatic improvement in their symptoms during their teens.
Autism is a lifelong developmental disorder, but paradoxically most studies of the disorder are cross-sectional: They provide only a snapshot of what it looks like at a single point in time.
There are good reasons for this. Following individuals with autism over long periods of time can be expensive and require enormous effort on the part of both the families and the researchers.
Still, it’s the only way to understand what early-life factors help some children with autism do better than others over the long term, something that cannot be assessed in cross-sectional studies.
A handful of long-term studies, each including up to several hundred participants, have now followed people with autism for close to two decades. As the children in some of these studies come of age, researchers are piecing together the disorder’s trajectories.
For instance, one of the largest studies has followed about 300 children from age 2 to 21, and has found that about ten percent of children improve dramatically by their mid-teens. Another 80 percent of the children have symptoms that are remarkably consistent over time.
“We were surprised that such a high proportion of the kids’ trajectories were stable,” says lead investigator Catherine Lord, director of the Institute for Brain Development at New York-Presbyterian Hospital in New York City. “I would have expected more of them to improve, and I would have expected more variability from year to year.”
Meanwhile, a crop of smaller, more targeted longitudinal studies of autism, the result of a surge of interest in this type of study design about a decade ago, is also beginning to bear fruit.
“It’s taken the field really until the last ten years to invest the time and effort into conducting longitudinal studies,” says Tony Charman, chair of clinical child psychology at King’s College London in the U.K. Charman is part of a research team that has followed a group of about 170 people with autism from age 12 to 23, and some of them beginning at age 2.

Friday, May 17, 2013

Terapi Al-Quran untuk autisma

PETUA mendidik anak autisma AMALAN Pn Kamilah Mohd Zain untuk mengatasi masalah berikut:

1. anak sukar dikawal
2. mengamuk
3. tidak mendengar cakap
4. banyak bercakap dan
5. tidak berinteraksi dgn org sekeliling

"kami cuba terapi al-quran.setiap mlm jumaat cuba ajak anak utk baca yasin sama2.anak baca quran menggunakan applikasi dlm hp.pakai loud speaker n dia akan ikut bacaan sama2.lama2 dia jd habit suka baca quran dlm hp.skrg dia da hafal surah yasin 20 ayat dan surah2 lazim sbb bdk austisme ni dia suka repeat byk kali.mggu lps anak kami baca quran dr jb sampai kl.apa yg kami nmpk since dia byk baca quran dia lg sng dikawal,kurang mengamuk,mendengar ckp n lg byk berckp dan berinteraksi dgn org sekeliling."

Pengorbanan MASA perlu diperuntukan untuk tujuan di atas. Dilaksanakan secara konsisten. Kerjasama suami-isteri diperlukan.

Thursday, May 16, 2013

Jangan sembunyi anak autisma

 

Hasnah tidak sembunyi Ziqri





DIA pernah terjerit-jerit dan berbaring di depan kedai dan di pusat beli-belah, malah dia pernah mengacukan pisau di lehernya ketika makan di restoran.

Itu antara tindakan yang pernah dilakukan oleh Ahmad Ziqri Morshidi, 14. Anak ketiga daripada empat beradik kepada Datuk Morshidi Abdul Rahman, 57, dan Hasnah Abdul Rahman, 51, bertindak demikian bukan kerana tertekan. Sebaliknya remaja itu menghidap autisme sejak umurnya empat tahun.

Mengakui tindakan Ahmad Ziqri kadangkala di luar kawalan semasa dibawa bersiar-siar, Hasnah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif GITC Secretariat Sdn. Bhd. tidak menjadikan insiden tersebut sebagai alasan untuk mengurung Ahmad Ziqri di rumah.

Malah, status sebagai orang kenamaan dan wanita bekerjaya bukan alasan kepada Hasnah malu membawa anak istimewanya itu kepada khalayak.

"Ahmad Ziqri bertindak seperti itu kerana dia mahu menarik perhatian orang apabila permintaannya gagal dipenuhi.

"Dia tidak peduli, di mana-mana pun dia akan buat perangai. Kanak-kanak seperti Ahmad Ziqri memang begitu, tapi lama-kelamaan kami sekeluarga faham dan hanya bersabar dengannya," kata Hasnah yang tidak menafikan terbit sedikit perasaan malu pada peringkat awal Ahmad Ziqri didiagnosis sebagai penghidap autisme.

Untuk guru2 Faqihah

 
SELAMAT Hari Guru kepada semua guru yang mengajar Faqihah di SKSM dan Brighter Future. Juga semua PPM yang membantu guru2 mendidik Faqihah. 
En Zaini, Pn Jumilah, Pn Norhashimah (mendidik Faqihah sejak 2009 di SKSM)
Cik Rabiatul Adawiah 2009-2010 (SK PPH)
Pn Norshuhaida 2009-2011 (JPN Perak)
Pn Faridah 2010-2013(SK Tasek Damai)
Teacher Ruby dan Staf2 di Brighter Future sejak 2004 hingga kini.
Termasuk guru2 dan PPM yang telah mendidik Faqihah sebelum ini yang tidak bersama2 Faqihah di SKSM dan SKSK. Juga guru2 di NASOM dan Yayasan Sultan Idris Ipoh. 
Nasom...Pn Siti dan Yayasan Sultan Idris Pn Susan dan En Criss
Terima kasih atas jasa anda semua mendidik Faqihah.
 Terima kasih CIKGU.

Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru 2013


Kalau nak KAYA jangan jadi GURU,

Kalau nak Glamour jangan jadi GURU,


Kalau nak BANYAK KERJA jadilah GURU,


Kalau nak KENA MARAH DENGAN MAK BAPAK BUDAK jadilah GURU,


SELAMAT HARI GURU..walaupun tak berapa SELAMAT jadi GURU...

Ikhlaskan Diri, Tabahkan Hati..InsyaAllah Kami Warga Guru Akan Terus Berbakti Untuk Anak Didik Kami Yang Tercinta...Kejayaan Mereka, Kegembiraan Kami...


SELAMAT HARI GURU KHAS KEPADA WARGA GURU MALAYSIA....