Wednesday, April 7, 2010

Keajaiban Mandi Ais


Mandi ais adalah teknologi paling ulung dalam rawatan Colour Vibration Therapy sebagai ikhtiar untuk merawat penyakit, kecantikan dan menenangkan minda. Terapi menggunakan ais bukan perkara yang baru malah ia telah dipraktik sejak zaman Rasulullah lagi.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

“Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

“Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Muslim).

Cara merawat demam juga ada disebukan dalam hadis “Selepas solat Subuh sebelum terbit matahari, maka selamlah ke dalam sungai sebanyak tiga kali selama tiga hari. Jika tidak sembuh, lakukan selama lima hari, jika tidak sembuh lakukan selama tujuh hari, jika tidak sembuh lakukan selama sembilan hari. Tetapi jangan melebihi sembilan hari”. [*sumber sahih hadis ini belum ditemui]

Berdasarkan itulah pengasas rawatan alternatif Colour Vibration Therapy mencipta terapi yang pertama di Malaysia menggunakan ais. Untuk memulakan terapi menggunakan ais, beberapa perkara perlu diambil berat. Kesihatan pesakit akan diperiksa terlebih dahulu untuk menentukan masalah yang dihadapi.

Pemeriksaan kesihatan pesakit hanya dilakukan oleh pengamal CVT yang bertauliah dan berpengalaman. Setelah dipastikan masalah yang dihadapi, barulah pesakit dibawa ke bilik terapi mandi ais. Terapi itu hanya dikendalikan oleh kakitanganyang benar-benar berkelayakan dengan prosedur dan ketika yang ketat.

Keistimewaan Mandi Ais

Terapi ini dikatakan amat bekesan untuk merawat beberapa penyakit kronik daripada kanser sehinggalah sakit yang paling ringan seperti demam. Selain itu, terapi ini juga boleh memberi kesan kepada kecantikan dan awet muda.

Terapi ini bertindak untuk

Membunuh kulat, bakteria, virus yang tidak diperlukan dalam darah dengan cara tekanan daripada air.
Menguatkan sistem imun untuk menguatkan badan daripada jangkitan penyakit berjangkit.
Membunuh kuman pada luka, memecahkan darah beku.
Membaiki fungsi serta peredaran darah ke otak.
Boleh mengecilkan dan menghapuskan pertumbuhan sel barah, lymphoma dan leukimia.
Memberikan ketenangan, rehat yang sebenar, tidur yang lena dan secegaran yang cepat.
Mengawal dan membaiki denyut nadi, meningkatkan kadar metabolisma.
Mereka yang sihat juga boleh mengamalkan mandi ais untuk ketenangan, menghilangkan keletihan, kecantikan dan awet muda. Paling berkesan, mandi ais ini boleh melegakan keletihan dengan cepat dan memulihkan tenaga dengan pantas.
Penemuan Lain Tentang Mandi Ais

Di England terapi ais digunakan oleh pakar physiotherapiest untuk memulihkan ahli sukan yang keletihan. Terapi ais digunakan untuk mempercepatkan pemulihan badan daripada keletihan dan menyembuhkan kecederaan.

Dengan hanya berendam di dalam ais selama lima hingga 10 minit, kesejukan ais itu boleh melancarkan perjalanan darah di kaki ataupun bahagian yang mengalami keletihan. Selepas 10 minit akan terasa kaki berpeluh atau hangat dari dalam dan terasa ringan serta hilang kesakitan.

Semasa berendam, darah yang membawa oksigen akan banyak dibawa mengalir ke otot kaki dan bahagian lain badan untuk menolak asik laktik dan mengeluarkan toksin di dalam darah yang menyebabkan keletihan.
Biasanya mandi ais diamalkan oleh pemain ragbi semasa perlawanan Ragby World Cup, selepas menjalani latihan. Mereka mengamalkan mandi ais untuk membantu otot sentiasa kekal segar dan mengelakkan kecederaan.
Langkah-langkah Mandi Ais

Ada beberapa bahan yang akan dicampurkan di dalam tab mandi untuk terapi mandi ais. Bahan pertama yang mesti ada ialah air, iaitu perkara penting sebagai medium perantaran getaran tenaga dalam rawatan. Bahan-bahan lain ialah garam, kapur, belerang, minyak aromatherapy dan buih mandian beraroma. Bahan terpenting yang berperanan menguatkan getaran tenaga bahan-bahan yang dinyatakan di atas ialah ais. Ais berperanan menyejukkan air supaya molekul bahan menjadi bertenaga apabila ia bergetar denagan frequensi yang tinggi.

Setiap bahan-bahan ini memainkan peranan seperti berikut;

Air
Unsur atom air paling cepat mengesan gema atau gelombang yang berlainan dan paling cepat bergetar

Ais
Memberikan tekanan yang boleh menolak benda-benda asing mendap ke dasar kolam

Kapur
Menguatkan semula sktruktur tulang, meningkatkan suhu darah dan merendahkan suhu tulang. Merangsang impuls saraf ke otak dengan cekap dan tepat. Memberihkan kulit supaya deria sentuhan lebih peka pada tekanan persekitaran.

Sulfur
Membantu proses penghadaman, meneutralkan racun dan toksik dalam sistem penhadaman. Melancarkan penyerapan neutrient

Garam
Mencairkan darah, melancarkan aliran darah, mengeluarkan karbon dioksida yang terperangkap di dalm aliran darah dan memelihara sel darah

Aromatherapy
Merangsang kelenjar pineal untuk menguatkan sistem imun
rawatan sentiasa dipasang dengan penghawa dingin untuk memastikan tiada pergerakan udara yang bebas. Ais akan ditambah setiap 10 minit untuk mengekalkan kesejukan.
Sepanjang proses mandian bakteria akan banyak terurai dan dikeluarkan melalui kulit. Ia boleh menyebabkan bau busuk atau manjangkiti semula pesakit. Oleh itu, lampu UV akan dipasang sepanjang rawatan untuk memastikan bakteria tidak aktif. Dari dalam air pula, buih ozon dilepaskan untuk mematikan kuman atau jangkitan di dalam air.

Tab mandian dilengkapi dengan jakuzi untuk memastikan garam dapat bertindak mengecaj semula ion-ion negatif.

Rawatan dimulakan dengan doa kerana air amat terpengaruh dengan niat dan hajat seseorang. Rendaman dimulakan daripada kaki sehingga seluruh badan. Bahan-bahan akan dimasukkan ke dalam air satu persatu mengikut sukatan berdasarkan hasil analisa dan pemeriksaan pesakit. Tempoh rendaman mengambil masa 30 minit. Seitap masa, menyelam keseluruhan badan ke dalam air perlu dilakukan dengan kerap.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!