Sunday, April 18, 2010

Produk 6 - Aromatherapy Seri Wajah

Aromatherapy Seri Wajah ialah pati bunga yang mengandungi lebih 300 unsur senyawa. Ia telah dibeamkan dengan vibration pada bacaan yang amat laju atau menghampiri atau tepat ke arah Point Zero. Sifat bahan yang beralkali dan gelombang berfrekuensi amat laju menjadikan ia penuh dengan ion-ion bersifat negatif atau elektron. Bermakna, kandungan Aromatherapy Seri Wajah terdapat tiga bahan yang bebeza bentuk, cerita dan keadaan tetapi berkongsi dalam satu botol iaitu 300 unsur senyawa, gema frekuensi Point Zero dan ion negatif.

Oleh itu Aromatherapy Seri Wajah ialah pembekal lebih 300 unsur senyawa dan pembawa gema Point Zero serta penjana elektron. Tiga keadaan yang berbeza ini menjadikan penggunaanya adalah berbeza untuk mendapatkan bahan atau manfaat yang berbeza daripada Aromatherapy Seri Wajah.

Setiap cara pengambilan hendaklan mencapai kehalusan atau kecairan unsur senyawa, kerendahan range gema dan pengayaan kuantiti elektron.

Unsur senyawa boleh diperolehi secara terus. Tetapi gema Point Zero dan elektron perlu dialirkan melalui konsep tekanan. Semakin baik atau tinggi tekanan maka semakin cekap kekonduksian gema dan elektron.

Pemulihan berlaku apabila gema dapat diterapikan ke tubuh melalui keserasian atau resonannya gema Aromatherapy Seri Wajah dengan organ yang memerlukannya.

[Jika bahasa di atas terlalu saintifik, di sini saya ulangi semula dalam bahasa yang mudah difahami; Seri Wajah ada lebih 300 unsur senyawa, maksudnya unsur senyawa inilah yang akan bersenyawa dengan DNA dan RNA dalam sel. Biasanya kita dapat unsur senyawa ini dalam makanan harian atau nutrean. Pati bunga Seri Wajah telah dibeamkan dengan vibration yang amat laju dan kuat pada bacaan Point Zero mengikut skala spektrum gelombang. Walaupun disebut Zero, tapi bukan bermaksud tiada gelombang, ini adalah istilah untuk menunjukkan kedudukan bacaan gelombang. Sila lihat kedudukan Point Zero dalam rajah di bawah. Range ialah riak gelombang atau fasa tenaga gelombang. Ia berada pada fasa yang telah lengkap pusingan getarannya atau dipanggil resonan. Elektron ialah ion negatif yang terdapat dalam atom. Sel terbina daripada molekul dan atom. Elektron ialah sesuatu yang sentiasa hilang, berpecah secara berantai atau membentuk atom unsur yang lain. Konsep tekanan ialah sejuk atau ais resonan ialah kekerapan pengambilan atau pengulangan yang berkadar tetap dan berterusan]

Kehalusan Atau Kecairan Unsur Senyawa

Unsur senyawa yang halus akan menjadikan ia terus dapat bersenyawa dengan sel secara serta merta. Cara untuk menjadikan Aromatherapy Seri Wajah lebih halus dan cair ialah dengan menitikkan setitik Aromatherapy Seri Wajah ke dalam air yang banyak kuantitinya. Semakin kecil titisan Aromatherapy serta semakin banyak kuantiti air, maka semakin halus dan cairlah unsur senyawa.

Setitik Aromatherapy Seri Wajah boleh menyebarkan unsur senyawa dalam 10 meter padu air kolam renang dalam sesuatu masa dan boleh bertahan antara 10 ke 30 minit sebelum ia teroksida di udara atau air klorin. Faktor yang menghilangkan unsur senyawa ialah kadar pensenyawaan yang tinggi dengan bahan di dalam air tersebut.

Sebagai amalan mandian biasa, titiskan setitik sahaja Aromatherapy Seri Wajah ke dalam kolah mandi. Cara terbaik ialah dengan mandi, sabun, ambil wujuk, kemudian titiskan setitik Aromatherapy Seri Wajah ke dalam kolah, bilas hingga puas. Semasa sedang membilas, tambahkan air ke dalam kolah semasa membuat bilasan. Semakin lama air ditambah ketika sedang menjiruskan badan maka semakin halus titisan unsur senyawa Aromatherapy Seri Wajah itu tadi.

Kerendahan Range

Range yang lebih rendah adalah lebih baik. Biasanya range yang rendah akan sama dengan keadaan penyakit yang kronik atau yang telah lama dialami. Range rendah adalah seimbang dengan karektor hening, sabar, ikhlas dan redho.

Range yang tinggi ialah untuk penyakit yang baru atau kritikal seperti kepatahan akibat kemalangan, kejutan kecederaan, luka atau kebengkakkan.

Range boleh ditentukan melalui jumlah titik Aromatherapy Seri Wajah yang diambil. Untuk penyakit kronik cukup dengan mengambil setitik sahaja. Untuk kemalangan seperti kepatahan, tekena sengatan, kemalangan atau sebagainya hendaklah dititik berulang-ulang kali dengan titisan yang kecil. Ulangan titisan hendaklah seragam tempoh masanya contohnya satu titik untuk satu saat. Titiskan berterusan dalam satu bilangan tertentu seperti 10 titik setiap 10 minit.

Sebagai amalan harian jika dalam keadaan kesihatan yang memuaskan, gunakan hanya setitik sahaja Aromatherapy yang dititiskan ke dalam kolah. Jika secara tiba-tiba demam atau keracunan makanan baru dikesan dalam tempoh beberapa jam yang lalu, titiskan beberapa titik Aromatherapy Seri Wajah ke dalam kolah. Jumlah titik yang diperlukan boleh diketahui dengan tepat melalui kaedah Applied Kinesiology.

Pengayaan Kuantiti Elektron

Elektron akan dijana dengan banyak melalui geseran. Untuk mendapatkan elektron daripada Aromatherapy Seri Wajah, titiskan setitik Aromatherapy Seri Wajah di atas tapak tangan yang basah dan sejuk. Gosok tapak tangan beberapa kali secara lembut, perlahan-lahan dan berkadar tetap, kemudian tapak tangan tersebut telah memiliki kuantiti elektron yang tinggi. Gosokkan dengan lembut tapak tangan ke bahagian yang sakit atau ke wajah. Jika untuk merawat pesakit, usap atau tepukkan perlahan-lahan tapak tangan ke bahagian organ pesakit yang mengalami sesuatu kelemahan.

Air sungai yang mengalir deras atau air terjun atau bilik yang mempunyai peredaran udara yang baik atau taman bunga yang terdapat angin sepoi-sepoi bahasa mempunyai kadar elektron yang amat tinggi. Air terjun berada di kedudukan teratas sebagai penjana elektron.

Pada tubuh badan manusia, Kelenjar Pineal NW1 ialah pusat pengalir ion negatif atau elektron secara serkulasi ke bahagian menerima iaitu tulang sulbi (coccyx). Elektron ini sentiasa kehabisan dan perlu sentiasa dicaj semula. Sejak turun tumurun pengecajan semula ini dilakukan melalui mandi dan minum air. Air membawa sedikit elektron melalui pergerakannya yang dialirkan ke tubuh.

Sebagai amalan harian, penjanaan elektron daripada Aromatherapy Seri Wajah boleh dilakukan dengan cara mengocakkan air kolah membuat seperti "teh tarik" dengan gayung. Tambahan air ke kolah boleh dibuat dengan membuka pili air dengan besar dan air dibiarkan jatuh dengan deras. Siraman air kolah ke tubuh hendaklah dibuat dengan deras.

Satu lagi (bukan amalan harian) untuk mendapatkan jumlah elektron yang paling maksima ialah dengan duduk di bawah air terjun yang menghimpap di kepala, tetapi sebelum itu dititiskan setitik aroma di bahagian ubun-ubun kepala. Ulangi titisan setiap 5 minit (semasa menitiskan aroma, keluar sebentar daripada air terjun tersebut).

Konsep Tekanan

Gema boleh mengalir dalam pelbagai medium. Pengaliran yang cekap ialah melalui tekanan. Tekanan berlaku apabila zarah berada dalam kedudukan yang cukup bertenaga atau bergetar pada frekuensi tinggi. Sifat zarah yang dimaksudkan ini ialah jirim berkeadaan pepejal. Semakin padat susunan zarah yang teratur maka semakin kuat tenaga tekanannya. Susunan zarah yang teratur boleh dilihat daripada kejernihan dan kekerasan pepejal tersebut. Semakin jenih dan semakin keras pepejal maka semakin teratur susunan zarah. Contoh zarah karbon yang tersusun ialah berlian, zarah karbon yang tidak tersusun ialah arang.

Satu-satunya medium tekanan atau kaedah mencapai matlamat teori tekanan ialah ais batu. Ais mempunyai tenaga tekanan yang amat tinggi.

Sebagai amalan harian, letakkan ais batu (2kg) ke dalam kolah yang telah ditiskan Aromatherapy Seri Wajah. Tetapi mandi air kolah ketika waktu sebelum subuh atau sejam sebelum fajar sebenarnya telah memberi tekanan semulajadi terhadap atmostera. Mandi di kawasan beriklim sejuk juga telah terdapat tekanan semulajadi. Adalah sesuatu yang tidak menghairankan jika pengamal Colour Vibration Therapy memasang penghawa dingin di dalam bilik mandi.

Resonan

Aromatherapy Seri Wajah perlu diambil secara berulang-ulang pada kadar yang tetap selang masanya serta berterusan untuk mencapai resonan atau keserasian gema dengan keperluan organ.

Sebagai amalan harian, mandilah air kolah yang dititiskan Aromatherapy Seri Wajah dengan kekerapan yang sama. Contohnya jika setiap kali mandi pukul 8 malam, setiap hari hendaklah mandi pada pukul 8 malam juga. Jika setiap hari mandi 3 kali sehari, setiap hari juga hendaklah mendi 3 hari sehari juga.

Syarat penggunaan Aromatherapy Seri Wajah secara umum

Keteragan di atas ialah cara yang lazim dilakukan untuk menggunakan Aromatherapy Seri Wajah iaitu melalui amalan mandian. Selain itu, dalam keadaan tertentu seperti untuk merawat sesuatu penyakit atau kecederaan, ia hendaklah dilakukan dengan panduan seperti berikut;
Sapukan ke bahagian yang cedera / sakit.
Hanya setitik yang kecil sahaja untuk setiap kali penggunaan.
Cairkan dengan air yang banyak.
Gosok atau lakukan gerakkan perlahan-lahan di bahagian yang disapu.
Gunakan bersama air sejuk atau ais batu.
Ulangi beberapa kali dengan kadar tetap dan berterusan.
Buat penilaian atau ketentuan range berdasarkan keadaan kesakitan (bilangan titisan untuk sekali guna).
Contohnya jika berlaku kebengkakan atau kepatahan, kepatahan baru berlaku 30 minit yang lalu, bermaksud ia akut kritikal. Titiskan 10 titik Aromatherapy Seri Wajah ke dalam mangkuk yang berisi beberapa ketul ais (biasanya 6 ketul). Perawat meramas ais tersebut, kemudian usapkan terlebih dahulu tangan perawat ke bahagian yang patah. Kemudian ambil seketul ais tadi dan usapkan ke bahagian yang patah perlahan-lahan mengikut pusingan arah lawan jam. Setelah ais yang pertama habis mencair, tunggu seminit dan ulangi untuk ketulan ais terusnya. Tempoh menunggu hendaklah seragam iaitu sentiasa selang seminit.

Contoh kedua jika berlaku masalah sakit perut. Kesakitan ini kerap terjadi sejak beberapa bulan yang lalu. Ia adalah penyakit kronik. Gunakan hanya setitis sahaja tetapi kaedah sama seperti cara rawatan patah kritikal di atas.

Banyak lagi kaedah mengikut kreativiti contohnya menggunakan pam renjisan air sejuk yang dititiskan Aromatherapy Seri Wajah di dalamnya. Kemudian renjis dengan kerap hingga mencapai resonan.

Masalah keracunan atau jika ingin mendapatkan manfaat unsur senyawa daripada Aromatherapy Seri Wajah ialah dengan menitiskan setitik ke dalam 1 jag air sejuk berais. Kemudian tuang ke cawan dan minum.

Banyak lagi kaedah yang boleh digunakan dan ia bergantung kepada keadaan penyakit. Ketepatan kaedah akan menentukan kepantasan tempoh pemulihan, insya Allah.

Banyak pengalaman manis merawat penyakit malalui ciptakan aplikasi Facial Hidrotherapy Ice. Kaedah ini khas untuk merawat beberapa simptom yang biasanya gagal dirawat melalui kaedah randaman Hidrotherapy Ice. Antara penyakit atau sipmtom yang menunjukkan kesan yang memberangsangkan hasil penggunaan Facial Hidrotherapy Ice ialah debaran, jantung, tekanan perasaan, gangguan emosi. Selain itu penyakit di peringkat level spiritual seperti lemah semangat, hilang tumpuan, selsema, sinus, resdung, sakit yang berkaitan dengan gigi atau gusi atau mana-mana bahagian di mulut seperti bibir pengkak atau pecah, sakit lidah, pekak, dan rabun. Konsep Facial Hidrotherapy Ice telah saya tulis dalam blog Bahasa Inggeris saya bertajuk "Reshape Your Face Naturally". Anda boleh klik butang di bawah ini untuk membacanya.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!