Tak Lama Lagi....

Tak Lama Lagi....

Saturday, July 17, 2010

Kanak-kanak lembab dalam pelajaran

Eh! Kamu, kenapa baca perlahan sangat? cikgu suruh kamu baca supaya semua ahli kelas dengar.

Bukan kamu seorang saje yang dengar,´ marah seorang cikguku kepada kawan sekelasku yang bernama Salmiza bila diminta membaca cerita di dalam buku teks di hadapan kelas.³Aku tak tau la pasai apa Salmiza tu tak mau bercakap sangat dengan kita. Dok diam sorang-sorang je.Ajak main pun tak mau. Pelik la dia ni, lain dari orang,´ sungut rakan sekelasku kepada ku.Tahukah kita kanak-kanak yang lambat atau susah belajar itu sebenarnya sakit? Mereka bukan malas atau tidak bersungguh semasa belajar sama ada dalam kelas mahupun di mana saja. Mereka mungkin ada masalah semasa belajar, bersosial, fizikal dan sebagainya. Mengapa saya memilih hendak menulis topik ini? Sebab selepas saya mengedit 3 buku berkaitan anak istimewa dan pendidikan khas, baru saya sedar apa yang dialami oleh kawan saya masa saya kecil dulu. Mungkin dia tergolong dalam kanak-kanak bermasalah seperti ini. Nampak macam tak bersungguh masa belajar dan tak mahu berkawan dengan rakan lain. Dari segi fizikal biasanya kanak-kanak yang bermasalah ini normal. Sebab itu mereka tidak dihantar oleh ibu bapa ke sekolah pendidikan khas. Kebanyakan orang tidak sedar ia berlaku pada anak sendiri.

Jadi kita perlu jadi ibu bapa yang perihatin dan berilmu pengetahuan. Macam mana nak kesan anak kita bermasalah ataupun tidak andainya fizikalnya sempurna? Cuba kesan di mana kelainan yang ada pada anak kita berbanding kanak-kanak yang sebaya dengannya. Adakah dia ada kekurangan yang pelik dari segi kemahiran membaca, mengira ataupun bersosial. Andainya dia terlalu lain daripada kanak-kanak biasa, bawa dia berjumpa doktor.

Kadang-kadang kanak bermasalah ini cemerlang dalam bidang membaca, tetapi sangat bermasalah dalam mengira ataupun yang perkara berkaitan nombor. Bila diminta menulis nombor, mereka menulisnya dalam keadaan terbalik ataupun tak dapat menyelesaikan pengiraan yang mudah. Ini pun perlu diberi perhatian. Ia mungkin tidak dapat dikesan semasa kecil. Tetapi ia dapat dikesan seawal usia 5 tahun. Kadanag-kadang mereka sangat mahir belajar tetapi sangat bermasalah dalam pergaulan. Ada jugak yang sudah 10 tahun pun tak pandai membaca, tetapi sangat cantik lukisan yang dihasilkan. Mereka juga ada kelebihan lain. Kebanyakan cikgu biasa tidak sedar akan masalah ini. Jadi kita sebagai ibu bapa yang perlu sedar akan keadaan anak kita.

Antara situasi teruk yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak ini adalah, nampak huruf-huruf pada tekas yang tercetak di atas buku tenggelam timbul, kabur dan berselerakan. Sedangkan kita dan kanak-kanak normal nampak huruf itu teratur dan mudah dibaca. Kadang-kadang mereka pergi ke ke pasar raya besar seorang diri, tak tahu pulak jalan keluarnya. Bila nampak perkataan ┬ÁKELUAR¶ je. huruf-huruf tu berterbangan pada pintu. Haa« macam pelik kan! Itulah realitinya. Tetapi kanak-kanak tak sedar masalah yang mereka hadapi, sebab mereka fikir ini situasi biasa yang dialami oleh orang lain. Tanda-tanda ini dapat dikesan oleh ibu bapa bila mereka mengadu tak dapat membaca seperti kawan sekelas yang lain, tak nak ke sekolah sebab cikgu marah tak tahu nak selesaikan pengiraan dan sebagainya.

Apabila kanak-kanak ini dibawa bertemu doktor, mereka akan diuji dengan ujian yang khusus bagi mengesan masalah atau penyakit ini. Andainya ujian ini menunjukkan mereka bermasalah, ibu bapa dinasihatkan menghantar anak ke sekolah pendidikan khas. Sekolah pendidikan khas bukan untuk kanak-kanak yang cacat fizikal sahaja, tetapi juga untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Keistimewaan Sekolah Pendidikan Khas

Di sekolah ini, mereka diajar dengan teknik yang berlainan daripada teknik mengajar biasa. Layanan juga lebih. Kanak-kanak tidak ditekan bagi menguasi sesuatu pelajaran atau kemahiran. Andainya mereka diajar mengira dan tiba masanya mereka berasa bosan ataupun tertekan kerana tidak dapat menyelesaikan masalah yang diberi, guru akan memberi tugasan yang lebih ringan seperti mewarna ataupun melukis. Emmm« seronokkan! Bagi sesiapa yang ingin menjadi guru pendidikan khasni perlu tabah, sabar dan penyayang. Respect abis aku pada cikgu pendidikan khas ni.

A¶ha! dah panjang rupanya penulisan aku nih. Ni tak masuk bab apa faktornya, adakah keturunan ataupun tidak? Autisme? Hiperaktif? Disleksia? Sebenarnya setiap kali mengedit dan ada benda baru yang saya dapat, memang teringin sangat nak syer dengan orang lain. Tak pe, kalau nak tahu lanjut berkaitan kanak-kanak ini, dapatkan buku-buku pendidikan khas keluaran PTS Professional Publishing S/B. Buku ini bukan untuk guru saje, tp juga untuk ibu bapa. Banyak lagi yang perlu kita tahu sebagai pendidikan keibubapaan supaya kita bersedia menghadapi situasi ini andainya berlaku pada kita dan yang penting anak kita mendapat pendidikan dan bimbingan yang wajar dengan keupayaan dirinya.


Soalan:

Saya mempunyai satu masalah, sehingga hari ini masih belum dapat Diselesaikan. Saya mempunyai seorang anak lelaki yang sangat lambat untuk bertindak balas. Untuk bercakap juga sangat pelat walaupun umurnya sudah 6 tahun pada mac lalu. Saya telah membawanya berjumpa pakar namun kata pakar tersebut, anak saya tidak mengalami sebarang masalah. Sudah bermacam-macam makanan dan vitammin yang mampu merangsang otak telah saya berikan namun, tiada perubahan. Saya buntu. Harap doktor dapat membantu.

Sekian terima kasih.

Dari,
Muhamad Irwanizam Ibrahim

Ampang,Selangor.


Soalan di atas akan dibincangkan untuk post seterusnya.

2 comments:

  1. Assalammualaikum....akhirnya saya jumpa di mana ruangan yang sy boleh kongsikan masalah saya...Sebenarnya sehingga kini saya masih yakin yg anak saya normal macam anak2 lain walaupun yg nyata anak sya adalah anak yang istimewa. Kalau nak cerita pasal anak saya memang tak habis,kerana tumpuan saya 100% pada dia.Skrang ni anak saya berumur 6 tahun dan bersekolah di tadika..Cikgu tadika ada sarankan saya agar anak saya bersekolah di sekolah khas.Tp setakat ni sya rasa Tak perlu,Cikgu cakap anak saya tak boleh beri tumpuan waktu belajr dan dia tidak boleh ikut cara pembeljaran..Anak sya menghidap penyakit sawan dimana dia memerlukan ubat untuk mengawal sawan dia.Sehingga sekarang dia tak mampu menulis walaupun huruf yang senang..setakat ini dia hanya mampu membuat bentuk bulat sahaja.Apabila kita ajar dia belajr dia tak tumpukan pada pembelajaran...Sya betul2 berharap agar anak saya dapat belajar seperti kanak 2 normal yang lain..

    ReplyDelete
  2. Berdasarkan maklumat yang tuan/puan berikan. Adalah wajar anak tuan/puan ditempatkan di kelas khas. Guru-guru akan dapat memberikan tumpuan/perhatian kepada anak tuan/puan. Mereka mempunyai kepakaran menghadapi kanak-kanak seperti anak tuan/puan. Sekiranya anak tuan/puan terus berada di tadika biasa, mungkin anak tuan/puan akan terus ketinggalan dalam akademik. Jika berada di kelas khas tidak semestinya selama-lamanya berada di kelas khas. Sekiranya anak tuan/puan dah ada kemajuan maka boleh ditempatkan ke kelas biasa semula.

    ReplyDelete

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!