Thursday, September 29, 2011

Skil memasak remaja autisme



CHEF HOONG (dua dari kanan) melihat dua orang remaja memotong ayam sebelum proses memasak diteruskan.


KEBIASAANNYA chef di kebanyakan restoran menghabiskan masa mereka menyediakan masakan di dapur bagi memastikan para pengunjung restoran berpuas hati dengan makanan yang dipesan.

Namun, Chef Lim Ching Shiung atau lebih dikenali dengan gelaran Chef Hoong dalam industri makanan dan minuman dan kini berkhidmat di CHYNIIS Restaurant mahu melakukan kelainan.

Setelah mencapai apa yang diingini dan berjaya dalam bidang masakan, Chef Hoong mengambil keputusan berehat seketika untuk membantu anak-anak remaja yang mengalami masalah pembelajaran sebagai salah satu sumbangannya terhadap masyarakat.

Dia ingin melakukan sesuatu selepas mengetahui mengenai Generating Opportunity for Learning Disables (GOLD) iaitu sebuah pusat bagi anak-anak muda yang menghidap masalah autisme. Tanpa berfikir panjang dia menawarkan diri untuk mengadakan sesi masakan bersama anak-anak istimewa tersebut.

Pengalaman berharga


HASIL hidangan ayam masak masam manis air tangan remaja autisme.


Autisme merupakan kecelaruan perkembangan pervasif (pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak.

Chef dari Tawau, Sabah yang terkenal dengan masakan mi udang sejak 12 tahun lalu itu memberitahu, meluangkan masa bersama anak-anak autisme merupakan pengalaman yang sangat berharga.

"Saya sangat teruja melihat anak-anak ini bersungguh-sungguh belajar walaupun mereka menghidap autisme.

"Mereka tidak menjadikan kekurangan yang dialami sebagai halangan untuk melakukan perkara yang mereka ingini," katanya selepas mengajar lapan anak-anak autisme menyediakan hidangan sup dan ayam masak masam manis.

Kelas tersebut diadakan dengan harapan para peserta akan menawarkan diri untuk menyediakan masakan istimewa buat orang tersayang terutamanya pada Hari Ibu dan Hari Bapa.

Pada mulanya, Chef Hoong agak khuatir sama ada remaja autisme yang mengambil bahagian itu boleh mengendalikan pisau untuk membuang tulang pada ayam.

"Saya risau jika mereka tercedera dan hilang kawalan diri ketika menggunakan pisau. Namun, saya berasa lega apabila mereka berjaya melakukan tugasan dengan baik sekali," ujarnya.

Autisme dianggap sebagai kecacatan neurologi dan bukan gangguan kecacatan psikiatri, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, komunikasi, emosi dan juga pola biasa berkaitan minat, aktiviti dan perangai.


DARI kiri: S. Dineshwaran, Gavin dan Muhammad Baihaqi, Chef Hoong dan Goh Su Yin tekun membuat kerja-kerja di dapur.


Ia juga melibatkan masalah integrasi deria. Biasanya, autisme boleh dikenal pasti pada usia seawal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam dua hingga enam kes setiap 1,000 orang. Masalah itu juga empat kali lebih kerap dialami kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.

Menurut koordinator pusat tersebut, Juairiah Johari, buat masa ini dua peserta iaitu S. Dineshwaran, 18, dan M. Kogilavani, 17, sedang menjalani latihan sebagai pembantu dapur di Pusat Perubatan Sunway.

"Nadiah Syazwani Kamarulzaman, 19, dan Muhammad Baihaqi Abdul Rani pula sudah menjadi pembantu dapur pelatih di Hotel Sunway Resort & Spa.

"Dua orang pelajar lagi menjalani latihan di Universiti Sunway di Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Pengurusan Percutian.

"Anda pasti akan terkejut apabila melihat mereka dapat melakukan tugasan dengan baik," kata Juairiah meyakinkan Chef Hoong.

Tambahnya, apabila mereka menamatkan latihan masing-masing September ini, kesemua mereka akan mencari peluang pekerjaan sebagai kakitangan dapur.

Melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak-anak remaja autisme ini, Chef Hoong memasang impian agar salah seorang daripada mereka menjadi chef yang berjaya dan dikenali suatu hari nanti.

"Adalah sesuatu yang sukar untuk mencapai peringkat tertinggi dalam kerjaya, namun kita akan berpuas hati apabila melihat orang gembira menikmati hidangan yang kita sediakan," ujarnya.

Menu signatur


DUDUK, dari kiri: Lee Airene, Juairiah, Chef Hoong, Joyce Chin dan Pearly Chin bergambar bersama remaja autisme selepas tamat sesi memasak.


Di Restoran Chyniis di SStwo Mall, Chef Hoong memperkenalkan pelbagai masakan Cina tempatan selain mi udang Chyniis yang merupakan hidangan signaturnya.

Antara hidangan lainnya termasuklah man tou buatan sendiri, kaktus dengan tauhu dan burdock, udang galah panggang bersama dang gui dan mentega serta ayam rangup tanpa tulang.

Kompleks GOLD@3C yang terletak di Jalan PJS 11/2 dikendalikan oleh sukarelawan dan guru-guru pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway. Di situ, mereka meluangkan waktu petang mereka untuk menyampaikan ilmu kemahiran hidup kepada anak-anak remaja autisme.

Pusat tersebut yang dibuka pada tahun 2006 dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang.

Buat masa ini, seramai 30 ahli menyertai sesi latihan pelbagai kemahiran yang disediakan.

Seorang guru, Lee Airene berharap dapat mencari sukarelawan yang dapat meluangkan masa untuk membaca buku bersama para remaja di pusat berkenaan atau membantu mereka membuat kad ucapan.

Friday, September 9, 2011

Petua Islam Untuk Merawat Autisme

Petua 1

1. Autisme dapat dirawat dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Ia dapat dilakukan oleh ayah ataupun ibu si pesakit. Baca surah An-Nas, Al-Falaq dan Al-Ikhlas masing-masing 7kali, ayat Kursi 1kali dan Al-Fatihah 40 kali.

2. Kemudian tiuplah pada air sambil memohon penyembuhan daripada Allah swt. Gunakan sebahagian daripada air itu sebagai minuman dan sebahagian lagi dicampurkan dengan air mandi pesakit.


Petua 2

Ayat Quran utk pulihkan anak autisme dgn izin Allah. Antara ayat-ayat Al-Qurannya adalah:-
1. Surah Az-Zumar (surah number 39) ayat 24-37

2. Surah Yasin (surah number 36) ayat 43-58

3. Surah Ar-Rad (surah number 13) ayat 30-43.

InsyaAllah dgn izin Allah akan dpt sembuh.Jom sama-sama amalkan utk anak kita.

Mohon kemaafan

Ucapan salam kepada semua pengunjung laman Facebook dan laman blog ini. Mohon kemaafan, hampir setengah tahun aku tidak melayari laman ini. semuanya berpunca daripada masalah internet tidak berfungsi di rumah. Masalah ini disebabkan oleh anak autismaku, Faqihah yang telah explore komputer kami setelah komputernya rosak. Masalah ini telah diatasi tetapi cuma mampu bertahan selama 2 minggu sahaja, selepas itu...kembali rosak semula. Kini, aku melayari internet menggunakan broadband...penggunaan amat terhad jika dibandingkan sebelum ini. Insya-Allah, aku akan cuba meneruskan usaha untuk kemaskini laman ini supaya perkongsian ilmu akan dapat diteruskan.

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!