Monday, November 28, 2011

Pengalaman Guru Tuisyen



Kebanyakan pelajar yang dibimbing menerusi tuisyen di rumah bersama Cikgu Amien, akan mendapat kemahiran-kemahiran atau pengetahuan seperti berikut:

* Kemahiran Berdikari / Yakin Dalam Menjawab Soalan Matematik
* Seni Menjawab Soalan Matematik Unik
* Pendedahan Terhadap Soalan-soalan Ramalan UPSR, PMR dan SPM
* Membentuk Personaliti Pelajar Ke Arah Kecemerlang Kurikulum dan KoKurikulum

Dalam kelas selalunya ada lebih daripada 30 orang pelajar atau murid. Bayangkan satu waktu cuma 35-45 minit. Jika seorang guru kelas mengajar selama 15-20 minit, berapakah masa bimbingan yang boleh diberikan oleh seorang guru kepada satu-satu anak murid atau pelajarnya?

20 minit untuk 3o orang pelajar? Ini bermaksud seorang guru cuma mampu membimbing sekitar kurang daripada 1 minit atau mungkin 30 saat untuk seorang pelajar!

Oleh yang demikian, ramai pelajar dan ibu bapa yang lebih suka menghantar anak mereka untuk belajar secara individu menerusi tuisyen di rumah.

Rata-rata pelajar yang gagal atau sering mendapat keputusan yang kurang cemerlang, mendapat keputusan yang lebih baik, atau cemerlang selepas mengikuti kelas tuisyen individu. Ini kerana, kebiasaannya guru-guru tuisyen di rumah lebih cenderung untuk memfokus kepada kepakaran masing-masing dalam subjek-subjek yang mereka mampu untuk mengajarnya.

Ini berikutan faktor menjaga pasaran tuisyen. Saya sendiri sebagai guru tuisyen Matematik akan mengutamakan pelajar-pelajar yang mahu mempelajari tuisyen Matematik dan Matematik Tambahan terlebih dahulu. Ini demi menjaga kualiti pengajaran tuisyen saya.

Sehingga kini, saya berbangga dengan pencapaian pelajar-pelajar tuisyen individu saya, di mana saya sendiri telah membantu mereka untuk mendapat pencapaian cemerlang dalam peperiksaan. Inilah kualiti yang diutamakan oleh setiap guru tuisyen. Pelajar yang tidak cemerlang, bertukar menjadi cemerlang selepas dibimbing oleh guru tuisyen, melambangkan kualiti guru tuisyen terbabit.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!