Monday, December 19, 2011

Apa itu Autisme ?

Autistik atau Autisme merupakan kecacatan seumur hidup yang berlaku terhadap kanak-kanak sejak kecil lagi. Masalah ini terlalu sukar dihadapi bukan sahaja kanak-kanak itu malah termasuk juga keluarga kanak-kanak itu sendiri malahan masyarakat pun turut terkena tempiasnya. Autisme merupakan masalah komunikasi yang tersekat laku. Maksud tersekat laku ialah kanak-kanak Autisme akan menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai dengan peringkat umur mereka malah melakukan pekara diluar jangkaan kita. Contohnya kanak-kanak sebelas tahun akan menunjukkan tingkah laku mengamuk seperti kanak-kanak tiga tahun ataupun kanak-kanak tersebut akan memegang sesuatu permainan dan menguis permainan tersebut sehingga hancur atau rosak.

Simptom-simptom yang dapat di lihat :

1. Perasaan sayang yang keterlaluan kepada objek.

2. Mereka sukar untuk menerima pembelajaran yang biasa di ajar untuk kanak-kanak normal.

3. Tidak berhubungan mata (no eyes contact), dalam komunikasi.

4. Mereka tidak mahukan perbezaan dalam hidup seharian.

5. Tingkah laku mereka kadang kala berbeza, ada individu yang terlalu aktif dan ada yang sebaliknya.

6. Kerap mengulangi perkataan yang sama berulang kali.

7. Perasaan marah, sedih dan suka yang sukar di kawal. Menangis, marah dan ketawa tanpa sebab.

8. Memutar dan menggoyangkan barang.

9. Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.

10. Mendengar tetapi berkelakuan seperti orang pekak.

11. Hanya menunjuk dengan jari apa yang dihajati.

12. Tidak takut dan mengenali benda yang berbahaya.

13. Sukar untuk bergaul dan menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.

14. Tidak suka di peluk atau di dakap.(sentuhan)

15. Lebih gemar bermain dengan permainan yang luar biasa iaitu tidak suka kepada permainan yang kebiasaan kanak-kanak lain main. Contoh berminat kepada plastik.

16. Dapat merasai kesakitan tetapi tidak menunjukkan reaksi sakit.

18. Mendapat gangguan ketika tidur.

19. Perlakuan yang bongkok.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!