Sunday, December 25, 2011

Kemudahan Dan Keistimewaan Kepada OKU Yang Berdaftar Disediakan Oleh Agensi Kerajaan Dan Swasta

B.

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAAN YANG DISEDIAKAN OLEH AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA


1.

KEMENTERIAN PELAJARAN



Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak OKU penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dilaksanakan melalui :



Program Pendidikan Khas



Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran dan pembelajaran (menengah).

Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.



Elaun RM 150.00 sebulan pelajar sekolah rendah dan menengah



Bagi pelajar kurang upaya di sekolah rendah dan menengah mereka diberi elaun sebanyak RM 150.00 sebulan. Seterusnya Bajet 2005 memperluaskan lagi pemberian elaun ini kepada setiap kanak-kanak kurang upaya yang mengikuti program PDK atau Sekolah Khas kelolaan Pertubuhan Sukarela Kebajikan.


2.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI



Pembiayaan Bantuan Kewangan



Untuk menggalakan Orang Kurang Upaya (OKU) melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi, Kerajaan telah menyediakan bantuan kewangan kepada semua pelajar OKU yang melanjutkan pengajian di IPTA, IPTS (yang diluluskan oleh KPT), Politeknik dan Kolej Komuniti yang berada di bawah kawal selia Kementerian Pengajian Tinggi.

Tempoh Pembiayaan:

i. Sijil – 2 tahun (dikolej Komuniti dan Politeknik sahaja)

ii. Diploma – 3 tahun

iii. Sarjana Muda – 4 tahun

iv. Diploma Lepasan Ijazah – 2 tahun

v. Sarjana – 2 tahun

vii.Ph.D – 4 tahun

Syarat-syarat Bantuan Kewangan Pelajar OKU

i. Warganegara Malaysia

ii. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

iii.Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar kurang upayanya tidak layak menerima bantuan kewangan ini. Walau bagaimanapun, pelajar OKU yang menerima pinjama pelajaran atau biasiswa atas merit akademik layak menerima elemen wang saku sahaja;

iv. Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian); dan

v. Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Kadar Bayaran

i. Pelajar Sepenuh Masa (wang saku dan yuran pengajian) – tidak melebihi RM 5,000/setahun atau RM 20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian. (Jika menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri sahaja). Penerima biasiswa pula hanya layak wang saku sahaja.

ii. Pelajar Separuh Masa/Jarak Jauh (yuran pengajian sahaja)

iii. Bantuan tidak melelbihi RM 5,000 setahun atau RM 20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian tertakluk kepada RM 5,000 setahun (jika menerima pinjaman atau pembiayaan sendiri sahaja.) Penerima biasiswa termasuk yuran pengajian tidak layak menerima bantuan ini.



Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi;

Setiausaha Bahagian

Bahagian Biasiswa

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Aras 4, Blok 1, Menara PjH, Presint 2,

62100, PUTRAJAYA (u:p: Unit Pinjaman Dan Bantuan Kewangan)

No Tel : 0388844606/88844697

Laman Web Kementerian http://www.portal.mohe.gov.my


3.

SKIM PENGECUALIAN YURAN PENGAJIAN UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA.


4.

Universiti Terbuka Malaysia telah melancarkan Skim Pengecualian 75% Yuran Pengajian bagi Golongan Kurang Upaya dan Warga Emas yang berusia 55 tahun ke atas pada 9 Ogos 2005 yang memberi peluang kepada golongan OKU dan warga emas untuk mengikuti pengajian sesuai dengan moto universiti “Universiti Untuk Semua” dan “Merintis Pembelajaran Sepanjang Hayat”.

PELEPASAN CUKAI ANAK KURANG UPAYA YANG BELAJAR DI IPT (LHDN)



Pelepasan cukai diperluaskan kepada anak kurang upaya yang belajar di institusi pengajian tinggi yang diktiraf mengikut peringkat pendidikan seperti berikut:


· peringkat diploma dan ke atas di Malaysia, atau

· di peringkat ijazah pertama dan ke atas di luar Malaysia




Dengan mengambil kira pelepasan sedia ada sebanyak 5 ribu ringgit untuk anak kurang upaya, ibu bapa akan layak mendapat pelepasan cukai berjumlah 9 ribu ringgit. Berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2006.


5.

KEMUDAHAN DAN GALAKAN PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN (LHDN)



Kerajaan telah memberi pelepasan cukai sehingga RM 5000 bagi membeli alat alat khas untuk kegunaan sendiri, anak atau ibubapa OKU.



· Mulai tahun 2005 pelepasan cukai tambahan sebanyak RM6000 kepada OKU

· Pasangan OKU sebanyak RM3500.


6

PENGECUALIAN CUKAI JALAN/ BAYARAN LESEN MEMANDU

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN



Jabatan Pengangkutan telah menyediakan kemudahan pengecualian cukai jalan (road tax) orang kurang upaya fizikal yang menggunakan kenderaan kereta, van dan motosikal buatan tempatan.



Bayaran yang dikenakan :

· Kereta dikenakan bayaran RM 2.00

· motosikal RM 1.00.



Syarat-Syarat Pengecualian Cukai Jalan



· Kereta, van dan motosikal nasional sahaja



· Berdaftar dengan JKM sebagai orang kurang upaya fizikal sahaja

· Pengecualian diberikan kepada pemohon sahaja



· Pengecualian diberikan kepada sebuah kenderaan dalam satu masa



· Memiliki lesen memandu yang sah


7.

PENGECUALIAN 50 PERATUS (%) DUTI EKSAIS KE ATAS KENDERAAN OKU



Kementerian kewangan telah memberikan pengecualian 50% Duti Eksais ke atas kenderaan cacat fizikal yang berkeupayaan memandu dengan syarat - syarat seperti berikut :



· Pemohon Berdaftar dengan JKM



· Pemohon memiliki lesen memandu yang sah



· Kenderaan tidak boleh dijual atau ditukar milik

sehingga tamat tempoh 10 tahun



· Kecuali dengan kebenaran Perbendaharaan; dan



· Pengecualian hanya dibenarkan untuk sebuah

kenderaan bagi setiap 10 tahun.


8.

KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM:



Kemudahan Bas Ekspres

LEMBAGA PERLESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (LPKP)



Terdapat dua jenis pekhidmatan bas yang disediakan iaitu seperti berikut :



· Bas Ekpress



· Bas Henti – henti



Kadar Diskaun Tambang :



· Diskaun tambang sebanyak 25 peratus (%) bagi perkhidmatan bas ekspres.



· Diskaun tambang sebanyak 50 peratus (%) bagi perkhidmatan bas henti – henti

· Pemberian diskauan boleh dilaksanakan dengan menunjukkan Kad OKU yang dikeluarkan oleh JKM semasa pembelian tiket.



Sistem Transit Aliran Ringan



Menawarkan kemudahan perkhidmatan bagi:



- STAR Line



- PUTRA Line



Menawarkan potongan sebanyak 50 % dengan menunjukkan Kad OKU semasa pembelian tiket di kaunter.






Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTMB)



Menikmati potongan harga sebanyak 50% ke atas tambang perjalanan bagi semua kelas (tambang perjalanan = tambang asas mengikut jarak km) disetiap destinasi dengan menunjukkan kad OKU semasa pembelian tiket di kaunter tiket.

(Jumlah tambang adalah = tambang perjalanan + harga tempat duduk/katil.






Perkhidmatan KTM Komuter Keretapi



Menikmati potongan harga sebanyak 50% ke semua destinasi dengan menunjukkan kad OKU semasa pembelian tiket dikaunter tiket.



Perkhidmatan Penerbangan Malaysia (MAS)



Memberi potongan istimewa sehingga 50 peratus (%) bagi penerbangan dalam negeri.



Diskaun hanya dapat diperoleh melalui pembelian tiket di kaunter sahaja dan bukannya melalui mesin jualan tiket, Syarikat Prasarana Negara akan memberikan diskaun 50% ke atas tambang perjalanan.Syarikat pengangkutan swasta digalakkan untuk memberi kemudahan yang sama.


9.

KEMUDAHAN PERUMAHAN



Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga menyediakan kemudahan-kemudahan kepada orang kurang upaya bagi menyewa rumah-rumah kos rendah atau rumah pangsa DBKL dengan memberi pengurangan kadar sewa kepada orang kurang upaya.

Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) memberi keutamaan kepada OKU yang berpendapatan rendah dalam memperolehi rumah kos rendah dan sederhana rendah iaitu sebanyak 20 peratus (%) diskaun harga telah ditawarkan.


10.

PENGECUALIAN BAYARAN RAWATAN PERUBATAN



Kerajaan telah bersetuju supaya semua golongan orang kurang upaya berdaftar dengan JKM dikecualikan daripada bayaran rawatan perubatan di hospital kerajaan sepertimana dibentangkan dalam ucapan belanjawan 2001.



Garis panduan pelaksanaan adalah seperti berikut:-



· Tarikh kuatkuasa pemberian kemudahan bayaran rawatan perubatan percuma adalah mulai 28 Oktober 2000;



· Golongan kurang upaya terhad kepada mereka yang berdaftar dengan JKM;



· Kelas wad yang layak diduduki ialah wad kelas tiga; dan



· Kemudahan ini adalah terhad kepada warganegara Malaysia sahaja.


11.

DASAR SATU PERATUS PEKERJAAN DAN PELUANG PEKERJAAN



Sektor Kerajaan



Kerajaan telah membuka peluang pekerjaan kepada OKU dalam sektor awam melalui Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.10/1988 dan dipertingkatkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 / 2008 iaitu yang mula dikuatkuasakan pada 1 April 2008



Sektor Swasta :



Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Cacat Di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990 di bawah Jabatan Tenaga Kerja

Semenanjung Malaysia telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta.


12

SISTEM PENEMPATAN ORANG KURANG UPAYA (SPOKU



Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (Kementerian Sumber Manusia) menyediakan perkhidmatan pendaftaran secara online kepada majikan dan pencari kerja menerusi www.elx.gov.my. Pendaftaran boleh dilakukan dimana-mana tanpa perlu hadir di Jabatan Tenaga Kerja.


13

SKIM BANTUAN GALAKAN PERNIAGAAN ORANG KURANG UPAYA (SBGP- OKU)



Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU) adalah satu strategi kerajaan untuk ”bantu OKU mambantu OKU mendapatkan pekerjaan” melalui pengembangan perniagaan mereka. (SBGP-OKU) adalah terbuka kepada OKU di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.



Syarat-syarat permohonan :



· OKU hendaklah berdaftar dengan JKM



· Warganegara Malaysia



· Berumur 18 tahun dan ke atas.



· Mempunyai perniagaan dan bercadang untuk mengembangkan perniagaan.



· Permohonan boleh secara individu atau berkumpulan.



· Pengembangan perniagaan adalah bertujuan untuk membuka peluang pekerjaan kepada OKU.



· Perniagaan persatuan OKU yang berdaftar juga layak memohon.

Syarat-syarat untuk permohonan geran:



· Permohonan hendaklah menggunakan borang SBGP-OKU yang boleh diperolehi di mana-mana pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang berdekatan.



· Mengemukakan kertas kerja yang jelas menerangkan tujuan permohonan dibuat beserta butiran terperinci dan dokumen-dokumen tambahan.



· Sokongan daripada Persatuan/Pertubuhan badan Bukan Kerajaan (NGOs) adalah diberi keutamaan.



· Mana-mana OKU atau Kumpulan OKU yang telah menerima bantuan atau pinjaman daripada agensi-agensi lain juga layak untuk memohon



· Permohonan yang lengkap yang disertakan dengan dokumen-dokumen yang perlu hendaklah diserahkan kepada JTK yang terdekat.


14.

KEMUDAHAN ALAT GANTI ORANG KURANG UPAYA



Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya.


15.

PENCEN TERBITAN



Kerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan kepada anak OKU penjawat awam yang telah meninggal dunia. Pencen ini diberikan sepanjang hayat kanak-kanak berkenaan.


16.

BEKERJA ‘FLEXI-HOURS’



Bagi semua anggota perkhidmatan awam yang mempunyai anak-anak kurang upaya, kerajaan akan membenarkan mereka bekerja mengikut ‘flexi-hours’ supaya dapat memudahkan urusan kebajikan anak mereka.


17.

PELAN TAKAFUL BERKELOMPOK ORANG KURANG UPAYA (PTBOKU)



Pelan Takaful Berkelompok OKU menyediakan perlindungan dan manfaat takaful khusus untuk OKU yang berdaftar dengan JKM yang belajar di kelas-kelas PDK secara berkelompok di bawah satu perjanjian Pelan Takaful Keluarga Berkelompok. Ianya bertujuan untuk membantu keluarga atau OKU sendiri sekiranya berlaku sebarang malapetaka kepada dirinya dan juga sebagai persediaan diri.


18.

KEMUDAHAN TELEKOM DAN CELCOM



Telekom Malaysia (TM) sediakan kemudahan kepada Orang Kurang Upaya di bawah Pakej Penyayang seperti berikut :

· Percuma untuk sewa bulanan perkhidmatan talian telefon

Kediaman sahaja.

· Percuma untuk panggilan ke Perkhidmatan Panduan Direktori Telefon (103)

· Percuma untuk perkhidmatan telefon Kemudahan Tambahan

· Sama ada ”Panggilan Menunggu” atau ”Pemindahan Panggilan”

Syarat – Syarat kelayakan :

· Orang Kurang Upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

· Warga negara yang berumur 18 tahun ke atas.

· Sekiranya kurang dari 18 tahun boleh memohon atas nama ibu bapa atau penjaga yang sah yang berumur 18 tahun dan ke atas serta mendapat surat pengesahan daripada JKM, Jabatan Kerajaan atau Ketua Kampung.

· Hanya ditawarkan di premis kediaman OKU tinggal

· Tempoh perjanjian perkhidmatan telefon bagi pendaftaran pakej adalah selama 1 tahun.

· Kelayakan pakej akan terbatal sekiranya pelanggan melanggar syarat – syarat dan peraturan –peraturan yang

ditetapkan.


19.

BANTUAN TONGKAT PUTIH “WHITE CANE” DAN MESIN BRAILLE



Kerajaan kini membiayai sepenuhnya pembelian “White Cane” dan Mesin Braille bagi mereka yang kurang upaya penglihatan.


20.

FRANCHISE SHOP



Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) digalakkan membuka Franchise Shop bertujuan memberi peluang pekerjaan kepada mereka dalam bidang keusahawanan.Mereka boleh mendapatkan permbiayaan di bawah Skim Kredit Mikro Kerajaan dan akan diberi lokasi yang sesuai bagi menubuhkan rangkaian Franchise Shop tersebut.


21.

PENGECUALIAN BAYARAN MEMBUAT MYKAD, CARIAN SIJIL KELAHIRAN ATAU SIJIL KEMATIAN.



Jabatan Pendaftaran Negara menyediakan pengecualian kepada

OKU untuk membuat MyKad yang hilang dan pengurangan atau

pengecualian bayaran bagi kes daftar lewat kelahiran dan

membuat MyKad.


22.

KEMENTERIAN DALAM NEGERI



Pengecualian Bayaran bagi Paspot Malaysia


Pengeculian bayaran membuat Paspot Malaysia bagi Orang

Kurang

Upaya :

Syarat:

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Warganegara Malaysia

1 comment:

  1. Hello Kekasih di dalam Kristus,
    Saya Menteri Victoria Osteen, Isteri kepada Pastor Joel Osteen Pastor Kanan Gereja Lakewood, gereja Protestan yang terbesar di Amerika Syarikat, Kami datang bersama-sama dan melihat bahawa sesetengah orang memerlukan sedikit bantuan kewangan dan bantuan jadi kami mengambil keputusan untuk membentuk sebuah syarikat pinjaman yang memberi manfaat oleh semua orang di atas 18, anda adalah daripada tidak penting tetapi apa yang kita jaminan anda adalah bahawa anda layak untuk pinjaman, anda mendapatkannya penghantaran hari yang sama ke akaun bank anda dengan syarat,
    Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan

    Hubungi syarikat pinjaman secara sah dan secara rasmi berlesen yang ialah Victoria Osteen Firma Pinjaman, A christian dibina Syarikat Pinjaman.
    Untuk maklumat lanjut e-mel- victoriaosteenloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!