Tuesday, January 31, 2012

Cikgu oh! Cikgu

Hasnah Toran

Kepada pelajar pelajar saya, sila baca komen seorang ibu yang mempunyai anak autisma di FBnya.

Bottom line cikgu2 perlu banyak membaca, no excuse sebab internet ada:

Hr ni ada seorg cikgu tanya psl anak. Masa ngandung dulu ada kena badi apa2 ke?


Jawapanku: Entahlah cikgu,masa saya ngandung saya masuk hospital sbb alahan teruk sgt,nak buat yg benda2 yg pelik panjat pokok ke apa ke takde lah sbb pening ,memanjang je.Tp masa ngandung apa problem anemia.Tp inilah autisme & autisme ni ada byk jenis.Yg ni mild autisme.

Cikgu tu tanya: Takde g jumpa bomoh,kot2 suami ada buat benda2 pelik,jumpa doktor & terapi takleh pakai.

Jawapanku: Apanya bomoh cikgu,budak ni bukannya masuk hantu,dia tak matang je.Perangai mcm budak kecik je,nanti besar sket oklah dia.Setahu saya suami saya takde ler buat benda yg pelik2.Nak buat mcm mana Allah beri saya anak mcm ni.Amanah dr Dia jaga jelah.Ku terangkan psl autisme, dia kureng fahem...tp sebenarnya dia ambil berat suruh g jumpa bomoh.....hehehe!!!

Monday, January 30, 2012

Ragam Faqihah

PERTAMA
Faqihah..Faqihah.. anak autismaku. Rutin dah berubah. Mlm, bila kami semua dah tidur dia buka lampu. Buat apa? Membaca buku... kdg2 sampai 3 pg. Teguran TIADA saman. Aku cabut stater lampu bilik. Dia buka lampu biik air. Aku cabut stater lampu bilik air. Dia buka lampu tangga plk...semata2 nak baca buku. Baca boleh tp tak kena gaya...Pening gak ya. Mlm ni plan nak buat apa plk untuk elak dia bejaga malam?

KEDUA
Walaupun dah sebulan berlaku. Smlm Faqihah masih siapkankan beg untuk ke Bright Future untuk belajar dgn Teacher Ruby... sebenarnya thn 2012, kami dah tak hantar Faqihah ke Teacher Ruby supaya T' Ruby dpt beri tumpuan kpd murid2 yg amat memerlukan perkhidmatannya.. SEDIH kami tengok Faqihah, mungkin dia rindu sgt dgn T' Rubynya... tapi tak dpt nyatakan perasaannya kpd kami.

KETIGA
Buat pertama kali, Faqihah makan nasi mengunakan tangan (30 Jan 2012 jam 7 mlm). Kebiasaanya dia akan makan nasi menggunakan sudu sejak drp kecil lagi.

Sunday, January 29, 2012

Erti kehidupan

Syahirah Omar

Hari2 sy tidur sambil menangis.samaada menangis sb sy terlalu happy dgn pencapaian anak sy..atau sy menangis sb tak tahu mcamana nak buat dgn anak sy.tapi dah sampai masanya sy menangis sb sy betul2 perlukan daddy budak2 ni untuk bantu sy.serius mental fizikal mmg kena kuat pjj dgn suami dgn adanya anak syurga plus anak yg dah nampak hyperactivenya.tapi sy senyum sorang2 bila tengok kwn2 sy baru besalin anak pertama..tak pun baru besalaman masa akad nikah.jauhnya sy tinggalkan dieorang..:)ni ler perjalanan hidup sy..Alhamdulillah.Lana n Luqman btul2 mengajar sy erti hidup :) sekurang2nya sy bukanlah Syahirah yang dulu :)

Sembang Home Tuition

Assalamualaikum, boleh tahu tntg hometion Pak Yeop?. Saya di tmn rapat setia, gunung rapat/tmn seblh sekolah sukan gunung rapat. tqvm
Ana Heelani
Saya masih confius dgn rate hometion. Utk thp 1 rm35 perhour atau macam mana? Terima kasih.
Pak Yoep
Juga boleh dapatkan perkhidmatan di sini..
Bayaran yg saya kenakan lebih rendah drp itu...
Tahap 1 Tahun 1 hingga 3 Tahab 2 tahun 4-6
Ana Heelani
itu yg saya dok confius tu. kalau ikut perhour uishh memang confirm tak mampu .
Pak Yoep
Nak buat mcm mana... Home Tuition berbeza dgn tuisyen biasa. Jk anak tiada masalah sangat, tuition biasa pun boleh. Itu cdgn saya kpd setiap ibubapa yg nak dptkan perkhidmatan drp saya... fikir dulu sbb kosnya tinggi.
Ana Heelani
Saya faham konsep tu sbb ni kira personal coaching. Jadi kiraan utk kelas hometion per hour utk 2 anak tahap 1 macam mana ya? Saya ingat nak ambik hometion tahun dpn.
Pak Yoep
Dikira untuk SATU sahaja.... cth anak thn 5 dan thn 6 Tuisyen bersama2 untuk satu sesi seminggu. Bayaran untuk SATU orang sahaja maknanya RM 25 sejam shj untuk 2 orang . Sbln RM 100 shj. Ngape...tahap 1 masih tak perlu rasanya...
Itu saya...org lain tak tahu plk keadahnya..
Ana Heelani
anak saya sekolah swasta, sekolah agama rendah al hidayah. jadi maklumlah kekurangan cikgu yg mahir dan berpengalaman. saya tak mahu anak2 rushing belajar dkt2 periksa besar. tahun dpn seorg tahap 1-darjah 2 dan seorg tahap 2-darjah 4. memang tgh cari home tuition. skrg tuition dgn freelance.
Pak Yoep
Sy ada pelajar Home Tuition drp sek tu..math mmg lemah sgt. hampir sukar dipulihkan sbb tiada tindakan awal drp ibubapa. Sy setuju dgn tindakan puan tu....Fikirkan lah sebaik mungkin untuk masa depan anak2 kita.




Saturday, January 28, 2012

Faqihah berjaga malam

Faqihah..Faqihah.. anak autismaku. Rutin dah berubah. Mlm, bila kami semua dah tidur dia buka lampu. Buat apa? Membaca buku... kdg2 sampai 3 pg. Teguran TIADA saman. Aku cabut stater lampu bilik. Dia buka lampu biik air. Aku cabut stater lampu bilik air. Dia buka lampu tangga plk...semata2 nak baca buku. Baca boleh tp tak kena gaya...Pening gak ya. Mlm ni plan nak buat apa plk untuk elak dia bejaga malam?

Anak2 autisma.. Dalam dunianya sendiri

Petua Untuk Berhenti Merokok

1. Melengah-lengahkan - Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga.

2. Tarik Nafas Panjang - Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya 3 kali dengan perlahan-lahan.

3. Banyak Minum Air - Minum air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Buat Sesuatu - Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar atau makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Kunyah Sesuatu - Kunyah sesuatu seperti gula-gula getah, lobak merah, buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan - Sekiranya anda berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan - Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa - Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


Ciri-ciri anak2 autisma

Simpati anak2 autisma

Zuhra Abdul Halim

Salam & sejahtera semua. Dh lama rasanya post/comment apa2 dlm group ni. Utk pengetahuan semua dugaan dr Tuhan hadir dlm hidup sy,sy dmasukkn ke hospital,menjalani pbedahan akibat dr brain tumor & skrg sdg berehat/recovery di kg (pontian johor) hampir 2mggu slps pbedahan. Alhamdulillah ank2 x byk buat hal spnjg sy d hosp. Sy sgt2 terharu dgn ank sy MizaZafirah,dia menangis bsungguh2 pd hari p'1 sy warded, sebut 'mama,mama', baring d sblh sy menangis smpai trtido. Spnjg 3 mggu d hosp. Stiap kali dtg mlawat dia slm cium sy,renung muka sy seakan mengerti mamanya sakit. Slps operation (baru2 tu x larat nk bckp/bgn dll),dia dtg kat sy smbil tepuk2 cium sy. W/pun dia istimewa,dia tahu nk tunjuk kasih syg dia pd sy. I love her so much! :)

Friday, January 27, 2012

Menghukum anak



1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control


3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

4 Golongan Lelaki Yang Ditarik ke NERAKA

Di akhirat nanti ada empat golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:-

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami, tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong daripada ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal perlakuan yang haram di sisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akandisoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka..

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” - (At-Tahrim ayat 6)

Laman blog anak2 autisma

1. Puteri Nuur At-Terawis : http://puteri-nuur.blogspot.com
2. Zamri Tembol : http://anak-istimewa.blogspot.com
3. Syahida Yep : http://warkahdarimama.blogspot.com/
4. Noradilah Abdullah: http://dzariffmyheart.blogspot.com/
5. Syahirah Omar: http://www.shidibum.blogspot.com/
6. Marissa: http://spectrummum.wordpress.com/
7. Norlaila Mat Tahir: http://imanspecialboy.blogspot.com/
8. Syahida Yep : http://warkahdarimama.blogspot.com/
9. noradilah abdullah: http://dzariffmyheart.blogspot.com/
10. Puan Snuffleupagus http://spectrummum.wordpress.com/
11. Syahirah Omar http://www.shidibum.blogspot.com/

Peranan Ibu Bapa Kepada Perkembangan Pendidikan Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas

Ibu bapa yang mempunyai anak dengan keperluan khas menghadapi beberapa masalah dalam kehidupan harian, antaranya:

  • Sifat malu dan rendah diri akibat dari fizikal atau tingkah laku anak khas mereka yang berbeza
  • Cabaran dalam mengurus anak khas mereka yang memerlukan rawatan yang berterusan samaada berkaitan masalah kesihatan yang kompleks atau kelewatan (delayed) dalam perkembangan secara individu
  • Kerisauan kepada sistem pendidikan yang kurang menyokong kepada keperluan anak khas mereka.

Perkara yang digariskan adalah antara isu utama yang perlu diberi perhatian dan di bimbing secara professional.

Kesediaan untuk belajar dan menerima pandangan secara terbuka dan kebolehan untuk adapt and adopt nasihat yang diperolehi dari orang yang mahir dan relevan dengan tahap keupayaan anak adalah dipercayai akan dapat menyokong perkembangan pembesaran anak khas ini.

Sebagai permulaan dilontarkan idea ke arah penyelesaian awal bagi 3 masalah yang dinyatakan di atas.

  • Untuk mengelakkan ibubapa merasa rendah diri dan malu untuk berhadapan dengan masalah sosial secara berterusan adalah digalakkan ibubapa untuk terlibat dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan masalah anak,contohnya Persatuan Syndrome Down, NASOM dan lain-lain lagi. Tindakan ini akan mendedahkan ibu bapa kepada perbincangan dengan ibu bapa lain yang mempunyai masalah yang hampir sama dengan apa yang ditanggung oleh ibu bapa (common goal) iaitu berkisar dari masalah kesihatan, perkembangan anak dan pendidikan anak-anak. Hal ini akan memberi rasa kelegaan dan idea baru dalam mendidik anak-anak khas anda.
  • Bagi isu kesihatan anak, ibu bapa perlu banyak berbincang dengan professional perubatan seperti dokor di hospital atau para-profesional yang lain seperti ahli psaikology, jurupulih cara kerja atau audiology. Ibu bapa digalakkan membuat dairi atau catatan perkembangan sesuatu peringkat perkembangan anaknya. Seterusnya berbincang dengan pihak perubatan atau kesihatan dan maklumkan perkembangan yang telah anak anda capai. Maklumat yang terperinci boleh membantu pihak doktor membuat analisa tentang maslah perkembangan anak. Gunakan kesempatan masa berjumpa doktor yang terhad dengan memberi maklumat yang boleh membantu ibu bapa ke arah didikan atau terapi yang merangsang pertumbuhan fizikal atau minda yang selari dengan kanak-kanak normal yang lain,
  • Akhirnya berkaitan pendidikan anak-anak anda dalam pendidikan khas. Isu ini perlu banyak berbincang dengan pihak sekolah terutamanya guru pendidikan khas. Sebaiknya hantar anak anda ke sekolah secara tetap, kecuali jika anak anda sakit dan mmerlukan rawatan lanjutan, Kehadiran anak ke sekolah secara konsisten setiap hari ke sekolah akan mempengaruhi sikap sosial anak anda. Seterusnya meningkatkan tahap keyakinan diri anak. Jangan terlalu mengharapkan guru memberi terlalu banyak perhatian atau menolong pada keperluan anak anda, Tindakan ini akan menggalakkan anak anda untuk TIDAK berfikir dan TIDAK belajar untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harianya.

Cuba selesaikan masalah utama yang dinyatakan di atas mengikut kesesuaian anak. Cuba dari kesilapan sambil membuat pindaan masalah kepada yang lebih baik. Percayalah ibu bapa adalah guru yang terbaik untuk anak anda. Ibu bapa mempunyai 9 ke 10 jam sehari untuk fokus bersama anak anda berbanding guru yang cuma ada 5 ke 6 jam sehari di dalam kelas bersama-sama 4 ke 7 lagi murid khas yang lain.

Sumber: Artikel ini ditulis oleh Dr. Hjh. Noraini binti Zainal Abidin, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi
memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mental

Definisi
Bermaksud `merangkumi` iaitu program yang ditawarkan kpd pelajar berkeperluan khas
belajar bersama murid normal di dlm bilik darjah dan sekolah yang sama untuk menikmati segala kemudahan belajar dlm keadaan normal tanpa mengira status.

Falsafah Pendidikan Inklusif


Pendidikan untuk semua. Ia menawarkankenak berkeperluan khas belajar bersama-sama murid normal di dalam bilik darjahyang sama.

Objektif
Memberi peluang kpd murid berkeperluankhas menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua
Aktiviti bersama murid normal.

Objektif Barirah (1995) menyatakan 4 objektif pendidikan inklusif:
i) Meningkatkan kesedaran murid-murid normal tentang murid berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah sebahagiandrp ahli masyarakat.
ii) Murid-murid khas berpeluang menyesuaikan diri dgn rakan sebaya ygnormal dan menyertai aktiviti yg disediakan.

iii) Memberi pengetahuan dan kemahirankpd murid khas setanding dgn murid normal untuk meningkatkan konsep kendirimereka.
iv) iv) Untuk mengelak drp diskriminasi dlm pendidikan dan kemudahan yg telahdibekalkan oleh pihak Kemen. Pelajaran.

Objektif Pendidikan Inklusif Secara Ringkas

ii)Semua murid boleh belajar
iii)Bersifat individuiv)Berteraskan penghasilan
v)Penghargaan bagi semua
vi)Kurikulum yg merentas
vii)Pembelajaran aktif
viii)Mempelbagai reka bentuk penilaian
ix)Strategi pengajaran berteraskan penyelidikanpembelajaran
x)Menyemai peningkatan prestasi melaluikaedah `child centered`.

Model Program Pendidikan Inklusif

Ada 3 jenis program:
1. Sekolah Pendidikan Khas vokasional
2. Kelas khas Pecantuman
3. Kelas Pendidikan Inklusif

Prinsip Dan Strategi Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif
1. Kepimpinan efektif dari pihak pengurusan sekolah yg komited untuk memenuhi keperluan pembelajaran
2. Guru yakin bahawa mereka mampu membantu semua kanak-kanak belajar.•
3. Rasa optimis bahawa semua murid boleh belajar dan mengalami kejayaan.•
4. Mengatur sistem sokongan kpd setiap guru.•
5. Komitmen untuk menyediakan peluang pembelajaran berdasarkan kurikulum yg sama•
6. Menyediakan prosedur yg sistematik untuk mengesan dan menyemak kemajuan.

Cadangan Kemudahan Asas
i)Kelas Pendidikan Inklusif perluse maksimumnya mengandungi 35 orang pelajar termasuk 3 pelajar khas dan 2guru
ii) Mewujudkan jawatan pembantu gurumengikut pelajar keperluan khas.iii) iii)Memperluaskan jawatan penyeliapengasuh pelajar bagi keselesaan pelajar khas.

Thursday, January 26, 2012

Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Diantaranya:


1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sumber: http://www.hanan.com.my/

Raja berjiwa rakyat

Perlukah Pekerja

Semalam saya duduk-duduk dan minum dengan saudara Hilmi Isa, iaitu penulis bersama buku 'PIKAT REMAJA DENGAN KATA-KATA'. Beliau memberitahu saya bahawa ada trainer yang memaklumkan padanya bahawa seorang trainer cukup dengan bekerja sebagai 'freelance' sahaja, tidak perlu susah-susah cari pekerja dan bayar gaji. Tetapi katanya, dia tengok saya pula bertindak sebaliknya. Saya ada staf, ada ofis dan ada bilik latihan yang lengkap. Soalannya, "Tidakkah ini menyusahkan Dr.?".

Jawapan saya:

Saya sentiasa berpandukan kepada hadis berikut:

Hadith :
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.”

(al-Bukhari)

Apabila saya ada pekerja, saya berkongsi sebahagian daripada rezeki yang Allah berikan melalui bakat dan kebolehan saya dengan orang lain. Saya harap Allah pandang perbuatan saya itu sebagai satu ibadah.

Apabila saya ada perkerja, mereka sentiasa doakan murah rezeki dan secara tidak langsung mendoakan juga saya dan tempatnya bekerja.

Apabila saya ada pekerja, saya tidak perlu lakukan semua perkara sendiri. Saya boleh fokus kepada perkara yang memerlukan daya intelek dan kekuatan akal saya.

Apabila saya ada pekerja, saya memiliki satu keluarga yang besar yang apabila melihat anak-anak mereka membesar dan bersekolah melalui rezeki yang diterimanya membuatkan hati saya bahagia.

Apabila saya ada pekerja, kalau Allah mahu tutup rezeki saya, bermakna Allah juga menutup rezeki mereka yang menumpang saya. Pekerja saya adalah benteng rezeki saya.

Sebab itulah saya sayang pekerja saya. Mereka adalah keluarga saya. Saudara saya. Kehidupan saya.

sekian.

Rujukan: Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

World Autism Awareness Day!

In response to the global autism situation and the call of the UN General Resolution 62/139 declaring the World Autism Awareness Day (WAAD) to be celebrated on 2 April, 2008, the ASEAN Autism Network (AAN), a newly-born ASEAN Autism community Network which is composed of representatives from Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, the Philippines, Thailand, Vietnam and Japan therefore conducted an Autism Walk in their respective countries on Saturday, 2 April, 2011.

The World Autism Awareness Day (WAAD) became one of the most breathtaking autism cerebrated events that have been taken place in this decade, for ASEAN region. Streets, parks, national monuments and shopping centers in several major cities in the above 10 countries filled with thousands and thousands steps. Government representatives, NGOs workers, business partners, volunteers, students, families and community members actively participated in this powerful activity. National TV and newspaper of each AAN member’s countries reported on this successful walk. Each mile has embraced an inspiration on action on autism awareness.

The spirit of community gathering shone bright light to individuals with autism and that they are warmly welcomed and embraced into community. Music, talent shows, dances, parades, games, art exhibitions, traditional performances, food, drinks, ice-cream as well as the smiles on everyone faces were displayed strong evidence of the unique talents and skills of persons with autism. This milestone has provided continued support and courage towards a friendly autism awareness society in the ASEAN region.

brunei

brunei_ver

lao

japan

japan2

malaysia1

malaysia2

horse

ex-team

kageyama

thai-photogroup

Myanmar

Myanmar

Myanmar

Myanmar

Camodia0

Camodia1

Camodia2

Camodia3

Camodia4

Camodia5

By ASEAN Autism Network

Motivating Special Needs Children

Children with Autism should be given small rewards every time they give appropriate responses. These ‘reinforcers’ or rewards have to be interesting enough to a child to serve as motivation and should be based on a child’s personal interests and preferences. These rewards may help in the development of their social, language and behavioral skills. Here are some ways to effectively motivate your child:

1. Use of Positive Reinforcement

Praising a child for every right action made or giving him another try when he gave a wrong answer are positive reinforcements that will encourage more participation from the child and open a communication line between you.

2. Encourage Activities Such as ‘Social Stories’ and ‘Scripting’

These will help in the behavioral development of verbal and non-verbal children, which is very important as early detection can decrease future social isolation and improve communication skills.

3. Allow Them to Choose Their Own Activity

Make them choose the activity they want to do and join them at it until they initialize eye contact with you.

4. Use Play Therapy

Children with autism can be motivated by using teaching skills that promote play and self-expression.

It provides them with a sense of accomplishment.

5. Reward Children with Favorite Toys or Food

Give them something to strive for by giving them something they truly like every time they accomplish something.

6. Use Music Therapy

Simple and repetitive phrases can help in developing the language skills of children with autism. It also helps them change monotone speech patterns by matching their voice to music rhythms. It can also promote social interaction by motivating them to join group activities.

7. Integrate Activities that Affect the Level of Sensory Stimulation

This will help them adjust to different sensory stimulation, which can normally overwhelm them.

8. Constantly Introduce New Fun Activities

Studies showed that autistic children learn faster, stay focused and are generally more behaved when fun tasks are regularly changed.

By Special Learning Inc.

I Think My Child Has Autism

Autism Spectrum Disorder (ASD) is one of a number of Pervasive Developmental Disorders that currently afflicts 1 in 110 children. With a prevalence rate so high, parents universally are becoming more aware of the fact that autism is reaching epidemic levels, but few parents know what to do when they begin to think “My child may have autism…”

A few major issues have traditionally surrounded ASD diagnosis as well as the history of the disease itself. The most contentious being the cause of ASD. The fact is that the cause of ASD is still a mystery. Throughout the decades since autism was first observed by Dr. Asperger, a wide range of theoretical causes have stemmed from incomplete or inconclusive data: parent behavior with a child, psychological problems, biological responses, genetic syndromes, and others. Today, while many clues have been discovered that give researchers the feeling they are close to having the answer, there remains no definitive cause that can be pointed to for why children exhibit symptoms of ASD.

Given that there is no conclusive causal source for ASD, diagnosing the disorder can be a difficult and time-consuming process. There is no single “test” for autism, and diagnosis is strictly based on specific observational criteria.

As a parent, a number of red flags may crop up as your child enters his or her Toddler stage. ASD traditionally affects three areas of development, marked by common milestones that all children eventually reach as they grow. These areas that usually exhibit a marked debility or regression in children with ASD are:

● Social Impairment
● Communication Impairment
● Behavioral Difficulties

These impairments are often noticed in the home by such early warning signs as:

● Non-reaction to sounds, calling by name
● Delayed or absent speech development
● Repetitive behaviors, or obsessive play
● Odd responses or lack of response to sensory input
● Loss of developed skills

Parents often characterize their children’s behavior as “good” or “bad,” and often just leave it at that. For a parent of a child who may have ASD, such categories as good and bad often get lost at the wayside, but it may be important to take notice of the behaviors your child is exhibiting. Children with ASD may also exhibit extremes of behavior, oftentimes expressing very good behavior, but also becoming very difficult.

Having doubts is very common for a parent of a child who may have ASD. Thankfully, there are a growing number of resources that parents have to obtain appropriate diagnosis. Parents should take a child to have diagnostic measures administered as soon as possible when a child exhibits any potential signs of ASD. This is critical because the one thing science has proven without question regarding ASD is that proper intervention given as early as possible will give a child diagnosed with ASD the best possible chance of living a rewarding and happy life.

By Learning Special Inc

Autism Classification

Autism is a term commonly used to pertain to all disorders under the Autism Spectrum Disorder Umbrella. This misconception about autism often leads to stereotyping. As of 2010, there are 5 classifications of autism: Autistic disorder, Asperger Syndrome, Pervasive Developmental Disorder – Not Otherwise Specified (PDD-NOS), Childhood Disintegrative Disorder (CDD) and Rett Syndrome (NICHD, 2010).

Autistic Disorder

Autistic Disorder is commonly called “classic autism.” It is a neurological and developmental disorder that is typically seen during the first three years of life. Individuals diagnosed with this disorder normally manifest developmental delays in communication, social and behavior skills. They often display characteristics that set them apart from others such as the difficulty in engaging in social relationships and an obsession with behavior patterns.

Asperger Syndrome


Asperger Syndrome is identified as the mildest of all disorders under the ASD umbrella, specifically because the symptoms present in this disorder are more manageable and individuals with Asperger’s usually have a better prognosis with the help of constant and proper therapies. People with Asperger Syndrome often do not have significant language delay compared to others in the spectrum. They have the urge to engage in social interactions but may lack the ability to appropriately initiate one. They also manifest a difficulty in motor coordination such as walking, running or anything that involves refined motor skills.

Pervasive Developmental Disorder – Not Otherwise Specified (PDD-NOS)

This disorder under the ASD umbrella classifies individuals that exhibit some symptoms, but not all, that are associated with classis autism. Their symptoms are usually not enough to completely classify them under a specific disorder set by the experts. Some symptoms may be mild and some symptoms may be worse than others in the spectrum.

Childhood Disintegrative Disorder
(CDD)

CDD is disorder under spectrum that allows normal development until the age of 3 or 4. Then over the course of months children start to manifest a variety of problems such as language regression, motor and social skills.

Rett’s Syndrome


Rett’s Syndrome is classified under the ASD umbrella and manifests symptoms such as loss of motor and communication skills after a period of normal development. Children affected by this disorder often lose their ability to speak even though they have normally used speech and language skills normally in the past. They often engage in stereotype hand movements such as wringing and clapping (NICHD, 2010).

Autism Spectrum Disorders mean that no two individuals diagnosed with autism will manifest the same exact symptoms and have the same level of severity. Common autism symptoms such as communication, social and behavioral difficulties will be present in all types of autism but will differ in the manner and severity.

References:

National Institute of Child Health and Human Development. nichd.nih.gov. Ausitm Spectrum Disorders. Retrieved May 11, 2011 from http://www.nichd.nih.gov/health/topics/asd.cfm

US National Library of Medicine and National Institute of Health. nlm.nih.gov. Childhood Disintegrative Disoder. Retrieved May 11, 2011 from http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/001535.htm

National Institute of Child Health and Human Development. nichd.nih.gov. Rett Syndrome. Retrieved May 11, 2011 from http://www.nichd.nih.gov/health/topics/rett_syndrome.cfm

By Special Learning Inc.

Negara-negara yang melawat laman blogku... Terima kasih di atas sokongan anda semua

1. Malaysia1,807January 26, 2012
2. United States115January 26, 2012
3.
Taiwan75January 26, 2012
4. Indonesia23January 26, 2012
5.
Singapore18January 25, 2012
6.
Brunei12January 26, 2012
7. United Kingdom5January 20, 2012
8. Netherlands4January 25, 2012
9. Japan3January 26, 2012
10. Australia3January 15, 2012
11.
Saudi Arabia2January 20, 2012
12. France1January 23, 2012
13.
Kuwait1January 13, 2012
14. Canada1January 8, 2012
15. Norway1January 8, 2012
16.
China1January 8, 2012
17. Ireland1January 7, 2012
18.
Croatia1January 5, 2012
19. Belgium1January 3, 2012
20.
Senegal1December 30, 2011
21.
Hong Kong1December 29, 2011
22. Egypt1December 22, 2011
23. Mexico

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!