Wednesday, January 25, 2012

Kenali Dirimu

Catatan ilmu pertamaku. Hasil pembacaanku agar dapat dikongsi bersama sahabat2 Laman Blogku. Perlu rasanya aku menulis di sini. Tidak hanya mengambil catatan2 rakan2 bloger yang lain. Diharap anda tidak menunggu tulisanku berikutnya. Tulisan berdasarkan kelapangan yang ada pada diriku. Tulisan adalah terjemahan daripada buku 366 Self-Motivating essays for students and adults, Sydney Newton Bremer Ph. D.

Pengenalan

Hari ini tahun baru telah tiba. Hari ini, anda juga boleh dilahirkan kembali, kalau anda berkemampuan untuk mengenali diri anda sebenarnya.

Anda adalah orang yang paling penting di dunia ini. Kebanyakan orang belum menemui fakta mengenai diri mereka. Manusia pada umumnya menghabiskan hari-hari mereka tanpa mengetahui diri mereka sebenarnya.

Manusia adalah ciptaan dari pencipta yang Maha Bijaksana, yang membawa kita ke dunia untuk menjalani kehidupan yang berjaya. Kita diciptakan untuk kejayaan. Kita dilengkapi dengan kemungkinan yang tidak terdapat pada makhluk lain. Kita mempersia-siakan pemberian Maha Pencipta jika kita gagal menggunakan kemudahan pada diri kita serta tenaga yang menjadi keberkatan sejak kita lahir. Kejayaan adalah hak asasi kita. Hanya sedikit orang mewujudkan hak asasi ini dalam kehidupan mereka.

Cendiakawan dan ahli psikologi mengungkapkan bahawa rata-rata orang hanya menggunakan sebahagian kecil potensi akalnya. Secara umum terdapat dikatakan bahawa potensi yang digunakan hanya sekitar 3% hingga 10%.

Kita mengetahui semua yang harus kita ketahui tentang hobi, sukan dan lain-lain tentang diri kita. Sayangnya kita gagal berbuat seperti Columbus terhadap diri sendiri dengan menemukan diri kita yang sebenarnya.

Semua lelaki dan wanita terkemuka di dunia, sejak lahirnya peradaban, pertama sekali menemui diri sendiri sebelum akhirnya melakukan perkara yang hebat dalam bidang mereka masing-masing, sebagaimana yang kita kenal.

Didoakan agar catatan seterusnya akan dapat menemukan diri anda yang hebat, diri anda yang sebenarnya. Apabila anda telah berhadapan dengan permulaan penemuan ini, anda tidak lagi berpuashati dengan hanya menumpang pada lautan kehidupan yang penuh badai ini. Sebaliknya, anda akan terus mencari dan mencari kejayaan, kebahagiaan dan kedamaian batin.

Rujukan: 366 Self-Motivating essays for students and adults, Sydney Newton Bremer Ph. D.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!