Wednesday, January 25, 2012

Keruntuhan institusi keluarga

Dalam kesibukan sy membangkitkan semangat keusahawanan, mengukuhkan ekonomi ummah. Sy dikejutkan oleh suatu lagi tragedi keruntuhan yg menimpa kita umat Islam. Runtuhnya institusi keluarga.

Masalah keruntuhan institusi keluarga Islam di negara ini semakin menjadi-jadi apabila rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati, sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun lalu.

Statistik itu bermakna, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia berbanding 135,548 pasangan yang berkahwin tahun lalu. Angka itu mencatatkan peningkatan 144 kes berbanding 27,891 pasangan yang bercerai sepanjang tahun 2009.

Dalam kes tersebut, di pihak suami tiada persefahaman mencakupi 43.33 peratus, masalah tidak bertanggungjawab 32.93 peratus, masalah akhlak atau sosial 12.03 peratus dan campur tangan pihak ketiga 5.54 peratus sementara ekonomi 2.62 peratus.

Sementara isteri pula memberi sebab bercerai kerana tiada persefahaman 69.44 peratus dengan alasan mereka tidak mahu memanjangkan cerita selain 17.68 peratus disebabkan tidak bertanggungjawab dan masalah akhlak atau sosial 5.84 peratus.

Sy amat terharu dan terpanggil unt sama2 memperkatakan situasi yg amat membimbangkan ini serta percaya ada rakan kita di luar sana yg menghadapi masalah tersebut.

Rujukan: Dato' Dr Maznah Hamid

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!