Monday, January 30, 2012

Ragam Faqihah

PERTAMA
Faqihah..Faqihah.. anak autismaku. Rutin dah berubah. Mlm, bila kami semua dah tidur dia buka lampu. Buat apa? Membaca buku... kdg2 sampai 3 pg. Teguran TIADA saman. Aku cabut stater lampu bilik. Dia buka lampu biik air. Aku cabut stater lampu bilik air. Dia buka lampu tangga plk...semata2 nak baca buku. Baca boleh tp tak kena gaya...Pening gak ya. Mlm ni plan nak buat apa plk untuk elak dia bejaga malam?

KEDUA
Walaupun dah sebulan berlaku. Smlm Faqihah masih siapkankan beg untuk ke Bright Future untuk belajar dgn Teacher Ruby... sebenarnya thn 2012, kami dah tak hantar Faqihah ke Teacher Ruby supaya T' Ruby dpt beri tumpuan kpd murid2 yg amat memerlukan perkhidmatannya.. SEDIH kami tengok Faqihah, mungkin dia rindu sgt dgn T' Rubynya... tapi tak dpt nyatakan perasaannya kpd kami.

KETIGA
Buat pertama kali, Faqihah makan nasi mengunakan tangan (30 Jan 2012 jam 7 mlm). Kebiasaanya dia akan makan nasi menggunakan sudu sejak drp kecil lagi.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!