Tuesday, July 10, 2012

Anak autisma DIBUANG tadika

Pengalaman yang sama kami hadapi apabila Faqihah berumur 4 tahun dimana Faqihah TIDAK diterima oleh taska tersebut yang turut menyediakan perkhidmatan tadika. Semua tadika yang ditemui TIDAK menerima Faqihah apabila kami berikan penerangan tentang Autisma yang dihadapi Faqihah. Ummi Faqihah terpaksa bercuti TANPA gaji selama 6 bulan untuk menguruskan pendidikan Faqihah. Dalam tempoh tersebut baru ditemui tadika yang sanggup menerima Faqihah iaitu Brighter Future, Kampung Simee Ipoh. Pengalaman yang hampir sama dinyatakan dibawah.
"Rasanya anak saya pun nak kena say bye-bye kat tadikanye.. sbb discuss ptg tadi cikgunye cakap "Susah nak kata.." Hmm.. ok. Baru je excited tgk dia recite ABC.. takpe la. Mari kita cari tempat lain pulak ye Eusoff?"
Hamdan IsmailNor Hayati Mohamad Sulaiman..tak ada rezeki kat situ...Insyallah ada kat tempat lain...kena banyakkan bersabar..
Nor Hayati Mohamad Sulaiman Takpe..sbb mmg dah prepare kena reject. Saya pun cuba2 je masukkan dia ke tadika..sbb dia obses dgn huruf. Masuk 2 hari je dia susun ABC sampai Z..pastu dia recite ABC. Kalau sebulan tak tau la dia boleh buat apa..tapi nampaknya seminggu aje ni..
Ery Kumagai Yati, apa yg cikgu tu concern sebenarnya..eusoff buat apa2 yg alarming ke? to me, nmpk mcm eusoff takde behaviour prob kan, except dia suka dgn words (which is very good) and maybe takmo kawan. but take it as dia pemalu la.. so actually apa prob
Faizal Bin Abdul Halim semalam cikgunya kata dia main najis dia. pertama- mungkin dia dah buang air besar tu dah lama, memang dia akan korek diapers dia sebab x selesa. ke-2, cikgu tak boleh bagi tumpuan sepenuhnya kerana ada 14 anak murid yang lain menanti untuk belajar, ke-3 eusoff cepat bosan dengan aktiviti yang dijalankan sebab dia x boleh duduk lama2 di satu-satu tempat. ke-4, eusoff x boleh diprogramkan untuk tidur time kanak2 lain tidur. jadi bila orang lain tidur tengah hari, eusoff main, bila orang lain main, eusoff nak tidur. 5, eusoff mengamuk setiap hari tapi dia x pernah kacau kanak-kanak lain. hari2 saya renung kat eusoff, apa yang ada dalam fikirannya? apa yang dikatakannya? tetapi Muhammad Eusoff Daniel tetap istimewa di hati saya.... sekian...
Marliza Mohamad Yati..sabar sabar sabar...sbb dh tak tau nk ckp..tgh sebak..nape la susah sgt anak2 kita nk belajar kan..cikgi dia tak prihatin ke eusoff ni sooo special..mana ada budak umur 3yo ada ability mcm uesoff..sya duk pk mcmana anak kita nk survive bila kita xde kan..mcm dr hasnah duk pk since 10 yrs back..tawakal tmpt lain plak ye dik..register dulu eusoff kt namsom.xpe la waiting list pun then yati follow up..buat ala ala agressive skit..itulah yg daku buat..:-)
Zra FÆruz sy harap.. apa yg dr Hasnah Toran cuba buat tuk highlight problem kita & anak2 kita ke mata masyarakat & pihak berwajib akan berjaya.. Sy amat bharap agar stp tpt kumuniti akan diwujudkan sekurang2 1 tpt utk kanak2 istimewa belajar..
Kenapa lah pihak berwajib x pandang pon masalah kanak2 istimewa ni sbg 1 masalah negara...??
Tapi sy rasa time ni pon elok gak nak melobi pihak2 yg nak menang sgt pilihanraya nanti..(dah masuk bab politik lak ni...tp sy mmg x reti politik nih..)
Zra FÆruzNor Hayati Mohamad Sulaiman... sy rasa nak peluk awak & eusoff....
Ery Kumagai I see...hmm...tapik kan..err..rasanya benda2 yg diorg highlight tu bagi saya tak berapa serious sebenarnya..i mean wht do u expect from 3yo boy? We are raising kids not robots. So tak boleh la expect semuaaaa ikut program/schedule A-Z with no flaws. Aiseh..dunno lah. I may be biased bcs i have one of mine. Tapik, tu lah again..saya rasa ramai yg "shortcut" overthere. Yes We take it positively, takde rezeki kat tempat skrg so we try another place. Say kat tempat lain they accept eusoff, eusoff pun happy, belajar elok2..so actually what makes it different? The attitude
Arbaheah Baie Yati, sy turut terkejut + sedih cz ank kita sebaya. sy pun x tau lg nasib ank saya mcm mana............ harap2 Yati & famili sabar dgn dugaan yg mcm ni....x dinafikan jugak, ank sy Hafizuddin di rejek terus, bila sy ceritakan hal yg sebenar cz sy sgt jujur..... 2 ~3 tadika juga yg x nak terima, alasannye.... mereka ada silibus yg perlu diikuti, takut ganggu kanak2 lain, takut mak bapak budak lain komplen cz ank mereka yg TERsangat normal tu x bleh fokus..... Lastly, sy dapat tadika yg x berape best (sebenarnye cz kelas ank sy kat bawah rumah jer), tp alhamdulillah... dah masuk minggu ke 2, cikgu nye ok, dia kt ank sy x byk kerenah, klu rase nak tido, cikgu biarkan jer.......... tp sy suruh cikgu layan dia mcm budak lain juga, klu dia buat hal, cikgu kena marah juga kat dia....... mudah2an.... berpanjangan la...............
Zra FÆruz kita ni ibu bapa sebenarnya nak blaku jujur & harap anak kita akan diterima dgn hati yg terbuka.. sbb tu kita awal2 lg dah cerita pasal anak kita.. sampai siap boleh buat buku log & bg kat cikgu sbg ref...
tapi.. apa yg kita & anak kta dpt...?
cuba klu kita x citer anak kita special..? diorang dpt trace ker...?
sbnrnya, mind diorang dah set.. "owh ini anak istimewa.. tpt diorang bukan disini.. aku xleh handle budak2 camni... nanti aku susah..aku penat.. sku stress... "
padahal.. klu dgn rakan2 sebaya.. tentu anak2 kita x byk masalah.. sbb budak2.. mn la tau kawan dia special ker tak.. yg diorang tau.. nak bkawan jer.. nak main2...
Arbaheah Baie Baie tersangat setuju dgn kak zra................ tp yg baie tgk budak2 yg normal pun bertantrum bagai kat skolah tu, nangis, jerit2 x nak turun kete gi skolah( dkt skolah ank baie yg sulung yg rejek Hafizuddin)...boleh pulak dia orh handle ye..............
Arbaheah Baie ‎*orang*
Zra FÆruz tu la akak ckp.. diorang ni dah set mind diorang.. cuba klu kita x gtau apa masalah anak kita...?? mesti diorang anggap anak kita pon normal..yg normal ada lg teruk.. at least.. anak2 kita x pandai amik barang kawan.. x ponteng skolah..
akak admit.. ini pon kesilapan akak time anta mike aritu.. memula cik bear suh akak diam jer.. jgn gtau cikgu apa2.. sampai cikgu bersuara.. tp.. kita sbg ibu.. nak yg terbaik...kita harap org lain blh terima anak kita seadanya... tp..hakikatnya..stigma masyarakat kita masih x berubah..
Nor Hayati Mohamad Sulaiman Eusoff kat tempat baru, cikgu pun tak kenal dia dan takde kepakaran handle anak istimewa. Kat situlah chemistry antara Eusoff + Cikgu tu tak wujud. Saya redha sbb dlm hati tak suka jugak nak susahkan org. Kalau diorang kenal dia, mungkin diorang akan suka dia mcm kat taska dulu. Tapi kalau diorang awal2 dah surrender, saya nak buat mcmana. Semalam cikgu tu kata dia dah start buat words dgn alphabet cards, lepas tu buat corak spiral byk2 kat kat kertas. Kat rumah seronok susun ABC dlm susunan dan recite satu2 huruf..mungkin juga dia seronok boleh belajar kat sekolah tapi sbb non-verbal dia tak tau mcmana nak cakap. Kalaulah cikgunya boleh tgk apa yg dia buat kat rumah tu.. :(
Zra FÆruz xper la.. x semua org dikurniakan hati yg kebal...jiwa yg kental...
me too... tgh pinjam semua semangat kat sini....
Nurasma Nawawi Sorry nak mencelah.Apa yg saya nampak kat sini ialah kdg2 kanak2 autisme ni tak tahu nak buat apa semasa di tadika.Saya beri cth,masa buat aktiviti cikgu beri arahan kat depan kpd semua pelajar sdgkan budak2 autisme ni tak fokus @ mungkin tak tahu s/a itu arahan @ sebaliknya.So takde yg membantu,tak buat apa2 jd boring.Mulalah lari sini lari sana.Kena cari cikgu yg betul2 faham.Utk kanak2 autisme yg kecil,dia org perlu ada seseorg yg beri arahan,buat ni buat tu.Confirm dia org bleh buat keje.Sebenarnya itu masalah kanak2 autisme.Memang kena cari cikgu yg berpengalaman.
Nor Hayati Mohamad Sulaiman Tulah masalahnya..tak tau mana nak cari cikgu camtu. Bagi budak mcm Eusoff yg tak dapat proper diagnosis lagi, nasom pun tanak terima dia. Mana dia nak pegi...?? Sbb saya tgk keinginan dia utk belajar tu kuat. Asyik spell SCHOOL je kat rumah..ni yg nak nangis niiii... :'(
Zra FÆruz sy setuju gak ngan Nurasma Nawawi ..
Irna Idrus-Ibuimanihsanislam saya menaip smbil layan kepala yg dah naik 'weng'.. smalam n hari ni hidup saya tunggang terbalik.. smalam iman kat kindy lain, harini kat taska pra tahfiz.. maknyer xkeje.. tapi anak masuk taska.. hampir 11jam baru bole ambik.. kdg2 saya tanya apakah tujuan semua ini?
Nurasma Nawawi Ok mcm ni.Cari tadika yg bukan pentingkan akademik tp perkembangan budak2 tu.Biasanya yg jumpa kat kl & selangor tadika owner non-muslim.Cerita A-Z kedudukan anak kita bhw dia perlu oleh cikgu sepenuh masa.Sbb kdg2 budak2 autisme yg kecil2 ni,memang akan lari sana lari sini kalau cikgu buat tak tahu je.Jgn putus asa,cuba cari lg.Budak2 autisme yg umur 4,5,6 thn statusnya kecil lg.
Nurasma Nawawi Irna ni lah dikatakan tuntutan hidup...hehehe!
Irna Idrus-Ibuimanihsanislam a ah.. kak Nurasma Nawawi inilah jalan yg ALLAH aturkan utk saya n family.. harap2 iman ok dipersekitaran baru... x ok kalu.. KITA CARIK KINDY LAIN... lalalalala
Ira AdamNor Hayati Mohamad Sulaiman- kat kuantan ada tak tadika yg berorientasikan montessori,rasanya tadika mcm ni pentingkan perkembangan bdk2
Nor Hayati Mohamad Sulaiman Ada kot..mcm penah nampak je signboard. Takpelah..plan yg terdekat nak bwk pi nasom KL dulu. For time being baliklah Eusoff ke taska lama tu.. Owner tu pun sayang dia..
Ery Kumagai Takpe lah Yati...try cari yg lain. Eusoff okay tu, lgpun dia nak belajar. Ramai jgk budak2 lain yg baya dia tak nak gi sekolah pun, at least eusoff tak mcm tu..i think it's good time for proper assesment, so senang nanti awak nak antar nasom or apa2 yg related
Nor Hayati Mohamad Sulaiman Betul tu Ka Ery Kumagai.. Nanti nak call NASOM utk buat appointment. TQ.. :)
Syahirah Omar Mcm cikgu playschool Lana..dia bagitahu daddy Lana..Lana ni good n brilliant katanya.tp Lana sgt memerlukan 1-2-1 teacher.sb cikgu xboleh focus kat dia.tp,mula2 lagi kiteorang ckp.mmg nak bg dia bergaul.sy tahu anak sy xkan belajar dgn dieorang.sb anak sy mmg jenis belajar sendiri.tapi takpelah.sy xkan keluarkan Lana dari school tu n cikgu pon mmg xkisah .tapi insyaAllah kami terpaksa mintak therapist dtg rumah semiggu sekali walaupun mahal.Ada duit lebih Kita buat seminggu 2-3 Kali ok Lana??mummy jimat cermat amalan mulia lagi pasni k Lana??

Nor Hayati Mohamad Sulaiman Alhamdulillah Lana dpt cikgu yg ok.. Psl berhabis duit tu takyah citelah.. Mmg rasa nak bergolok-gadai dah.. Chobaannnn!
Maslina Samidi Saya membaca komen2 ibu2 sambil mengenang irfan saya.hari ni 1st day trial kat taska ofis abinya..rasa sedih la pulak..dah la jauh x boleh nak tgk dia..abinya kata td dia nak lari tp x boleh..ya allah..kuatkan la kami semua..drmu kami dtg kepadamu kami kembali..
Maslina Samidi Satu hari saya percaya AM akn jd satu komuniti yg mempunyai taska sendiri.insyaallah..
Syahirah Omar Kak yati, tu la sy xpaham cikgu makaysia ni kenapa.gaduh korek diaper tu pears normal.cikgu la kena main peranan.sy rasa kekurangan pembantu.school Lana, murid besar 14.cikgu 4 maid 4.sb tu Lana Amish diterima kat situ.sy tahu mmg eusoff xkacau org tp cikgu jiwa kacau tak eusoff.abisnya kalau semua school kat malaysia Mcm ni mcmana..kesian anak2 kita:(
Syahirah Omar Diaper*
Nurasma Nawawi Kdg2 masalah tak besar tp besar bg guru2 tadika tak pernah handle benda mcm ni.Sebenarnya kena explain kat budak2 mcm ni.Tp tulah bukan semua org nak mencuba.
Eya Maria kandeku syg Nor Hayati Mohamad Sulaiman..hantar laa kat taska tok sira tu akak. diorg mmg sgt2 memahami!!! percaya lah kak...akak cube eh....x perlu risau...akak pon senang nak kije nnt...insyaallah! klu eya dok kuantan...eya mmg teruskan abglong kat situ... :)
Syahirah Omar Stuju!! Itu next plan mak
Lana balik Malaysia.mmg tuju situ.nak try dlm 3 months.pjj lagi la
Nampaknya:))
Eya Maria abglong dok 2bln kat situ pon mcm2 dah reti!! niat nak ke situ bio ade interaksi dgn kite...paham ape kite ckp...klu x cakap lagi pon xpe lah..ALHAMDULILLAH...75% niat ummi ke sane terlaksana!! cume ade kekangan yg xdpt nak elak...so...kene blk joho smule. akak...plssss....cube hantar usop kat situ eh! :) nnt cuti skolah eya singgah sane...kite gi karipap ye kak!!! muaaahhhhh :)
Eya Maria dinde Syahirah Omar...utk kebaikan...xpe pjj...sabo ek! muaaahhh jugak... :)
Syahirah Omar Itu le Kak eya..ni Kali kedua pjj.Kali ke 3 nanti lagi Kebal insyaAllah.hahahha
Nor Hayati Mohamad SulaimanEya Maria: Mmg dulu dah nak hantor..tapi saya takleh cuti tanpa gaji sbb ada anak2 lain yg di bwh tanggungan. Diorang kata tak cukup pembantu so sapa nak bantu buatkan patterning therapy dll. Belanja besar tambahan duduk sebatang kara kat Kuantan ni, mak dan mertua semua jauh2.. susah senang kena tanggung sendiri.Eusoff actually tak susah sgt nak handle. Kdg2 rasa lagi senang jaga dia dari kakak. Dia kat taska lama tu aman bahagia je. Cuma dia suka sgt ABC, sgt berminat dgn sekolah.. tu yg try masuk kat tadika. Cikgu dia cakap dia cuma engage dgn aktiviti yg ada ada guna alphabet cards..tapi tadika bukan ajar ABC je. Susah jugak dgn robot ABC ni.asik nak ABC je.. hhmmm... Dan karipap itu tetap menantimu Eya..marilah siniiii...! Muah.. (huh..komen pjg mcm karangan) :p
Syahirah Omar Lagi satu..cikgu Lana masuk je lana dia xpaksa Lana belajar sama2.hampir sebulan dia xkisah Lana nak join ke tak sb dia
Nak Lana btul2 selesa.selesa ditukar diaper..selesa semua2 la.slow2 anak sy join aktiviti dgn bdk2 lain.bukan dgn paksa2 nak tulis baca semua.n dieorang ttp layan mcm bdk lain.nak balik peluk cium semer..nampak mmg btul2 ikhlas.ni cikgu2 malaysia kebanyakkan murid masuk je "Oo aku kena bagi bdk ni pandai"
Nor Hayati Mohamad SulaimanSyahirah Omar: Kalau mai kuantan jgn risau.. Apa2 hal akak back-up.. :)
Nor Hayati Mohamad Sulaiman Mmm..betul tu. Padahal anak aku mmg dah pandai pun..hahaha.. (tak baik riak..berdosa..kataku kepada diriku sendiri).. Eusoff takleh tadika yg ramai la..tempat tu agakk crowded. Takpe le..akak ke nasom dulu buat assessment.
Haryanti Tasmiran tak ape ibu...kita usaha lagi...jodoh dia ada tapi kita kena cari...pelan2 kayuh
Haryanti Tasmiran kalau kuat, kita jalan amik angin (dinasihatkan jangan lari-nanti jatuh berdarah ati...)...kalau penat, sama-sama kita duduk dan menikmati apa yang kita ada...
Nor Hayati Mohamad Sulaiman Betul kak Haryanti Tasmiran.. Kalau group ni takde ntah la mcmana saya nak handle jiwa saya ni..Sayang koranggggg... ♥♥♥
Nurasma Nawawi Jgn putus asa,pasti ada tempatnya...nak membesarnya anak2 autism ni cabaran utk ibubapa.Saya ni belum lg mencapai tahap yg memuaskan.Izzan masih lg memerlukan arahan dr saya di sekolah.Tp nak g toilet dah inform cikgu.
Nor Hayati Mohamad Sulaiman Pandainya Izzan.. Syabbas beyta! :)
Marliza Mohamad Time blom betemu jodoh dgn autisme mesia ni jiwa ku betul2 kacau..sib baik ngadu dgn kwn pun yg sporting tp depa xblh rasa apa yg kita rasa..until la ai jumpa Nursyima Ismail
Marliza Mohamad La ni layan autisme mesia aje..
Ros Ariff asyik mengscroll jer..membaca.nk komen kepalaku agak berat.dr mlm td migrain agak teruk,sian eusoff.aunty nk bantu pun aunty jauh.let me share something new..
Hasnah Toran Semua cuba datang ye forum di awal bulan july nnt, exact date nnt saya confirm. Forum Ibu Bapa Kanak-kanak Istimewa: Ibu Bapa Perkasa, Anak-anak Sejahtera
Ros Ariff smlm jumpa new kid,budak year 1.like autisme child.selalu dok mkn2 sorg2 kat kantin..kwn2 dah siap dia baru nk mkn.speaking english cam air..for the first time dia masuk school,msa transisi dia dah cari dan tegur saya..banyak di bercakap..cikgu2 x lrt lyn..ntah mengapa dia suka sapa saya..hr 3 sek dulu..dia tegur saya,why you''re not entering my class..saya ketawa..indian boy..ada jodoh kot saya dgn budak2 ni..smlm jumpa cikgu2 thn 1,mrka bgtau budak tu dah diagnose as LD..parents nak kuarkan dia dari kelas,nak masuk ke pendidikan khas....i sedih sgt..tnya pada cikgu2..how his performance in class..dia blh menembaca,menulis mengira..cuma tulisan x cantik..saya kata jgnlah kuarkan di kalau dia blh ikut mainstream,,let him be in the class..i can see the parents if they want to know more and i can talk to the school if they want to know..setakat ni pentadbir still ask my opinion..poor boy..dia pandai..walau saya cikgu khas..saya harap yg high function let they have their way in mainstream..cuma tak tahulah cikgu2 lain pk..i think for his own sake..cikgu kena usaha la..kita dah trima latihan..lantak la apa mk nak kata..saya nak jd cikgu khas pekak ke ld..saya wakil semua..
Zra FÆruz mana nak carik cikgu cam Ros Ariff...
Ros Ariff kak,saya cikgu biasa jer kak..masih belajar dan diuji.takat yg termampu saya tolong dan didik..
Zra FÆruzRos Ariff.. sy doakan awak sihat selalu.. spy awak dpt teruskan kerjaya awak....smg awak terus sabar & tabah... smg awak boleh jadi contoh pd guru2 lain....
Ros Ariff amin..terima kasih kak Zra..keja memang stress..awal tahun..saya ajar 7subjek,nk buat data lg,elaun budak,nak handle kleas dgn ceramah kat ibu bapa..tu agak kerap kena migrain..ni pun bru bangun..mlm td lembik,x suka mc,tp x daya nk bangun.
Nurasma Nawawi Ros tulisan tak cantik takpe darjah 1,bukan nak buat karangan pun UPSR kan.Masalah sekarang bila inform autism related pend khas.Yg dah tahu 3M suruh masuk pend khas.Umpama bila masuk pend khas bleh ubah behaviour dia org.Kdg2 ada sesetengah kanak2 autisme ni 3M tahu tp problem behaviour.Bg saya kalau yg sket2 je autisme tu just masuk kelas pemulihan shj.Try dulu kelas pemulihan khas...adakah anda semua setuju kelas pemulihan khas kalau yg bleh duduk dlm kelas tp kurang fokus utk anak2 autisme???Angkat tgn.Apa pendpt Ros?
Ros Ariff mmg begitu sepatutnya..dasar bahagian pendidikan khas sekarang kalau yg ok,sikit2 jer masalah behaviour,tau 3m mmg nak diinklusifkan..skrg bnyk yg ok tau 3m tp masuk pend.khas..rugi..alasan nak jaga kualiti upsr..tu yg susah..ntahlah..sbnrnya saya baru lg pend.khas..masih belajr..
Haryanti Tasmiran baru saya perasan, Puan Nor Hayati Mohamad Sulaiman sedang mengalami pengalaman yang sama dengan Puan Norizan Ab Rahman. Membuatkan saya terkenang, berapa ramai lagi di luar sana ibubapa yang sedang berperang utk mendapatkan kehidupan untuk anak istimewa mereka. Saya bernasib baik ketika di sekolah Cikgu Fatimah memahami wlupun pd masa itu kami tidak tau lagi keadaan Afif sebnrnya...terima kasih cikgu kerana sentiasa ingat dan doakan Afif...itulah yang saya katakan : anak kita akan jumpa jodoh2 mereka di sepanjang perjalanan kehidupan mereka nanti...jadi sebelum itu, bersabarlah...
Nurasma Nawawi Ros sebenarnya dah lama perhatikan benda2 ni.Kwn saya yg ngajar pend khas pun ada inform hal ni,kalau kes mcm ni,dia terus inklusifkan budak tu masuk kelas biasa.Dia ckp sek tak mau peratusan turun.Tp dia ckp yg diinklusifkan tu sebenarnya tak merosak pun pretasi sekolah tp budak2 normal yg byk menurunkan prestasi sek.Kad OKU tu lah yg jd jaminan pd sek.Dia ckp salah guna pend khas.Bygkan budak tu slow leaner satu subjek je mcm math,yg lain ok suruh masuk pend khas.Jd guru besar tempat sek anak sekarang tak accept kes mcm ni.Suruh masuk kelas pemulihan khas shj.
Haryanti Tasmiran Puan Ros Ariff, skrg saya, suami bersama2 Afif sedang 'berperang' utk mencuba UPSR...tiada paksaan, tiada pecutan...yg kami bgtau cikgu dia dan Afif sendiri, belajarlah, fahamkanlah nanti boleh dimanfaatkan...ayah dan ibu tahu Afif usaha, kalau gagal kali ini esok tak semestinya gagal lagi...yang penting ibu dan ayah bangga dengan Afif
Ros Ariff bagus kak.hak atif ada untuk duduki peperiksaan,sek x blh tolak,dah ada dlm akta pend.cubalah..insyaalah..mmg kak asma..tp jgn sek risau..peratus untuk murid pend.khas x akan dicampurkan dgn murid perdana..jd graf sek x kacau..cuma kita nak buktikan anak2 istimewa kita blh berjaya gak ambik periksa..
Haryanti Tasmiran anak saya Asperger's : tak boleh kontrol emosi, baran, lurus bendul...tak blh tumpukan perhatian dlm kelas, melukis sja...kami pernah masukkan Afif ke sklh aliran perdana dr thn 1 - 5. masa tu, Ya Allah kalau blh dilihat parut dlm hati kami...dahsyat sungguh. Akhirnya Afif ditolak dr sekolah itu. Kami redha tp geram & dendam. Afif, terima rejection paling teruk dlm hidup dia...kami rayu PPD masukkan dia Pendidikan Khas. Masa di Pend Khas, saya minta Afif ambil UPSR, bukan utk result tp peluang utk dia rasa...pd umur dia 12 thn dia msk kelas inklusif...dgn payahnya. Tahun ini insyaallah kami cuba utk UPSR...melangkah perlahan2
Nurasma Nawawi Good luck utk Afif.
Ros Ariff jgn putus asa kak.itu yg selalu saya bgtau diri dan ibu bapa murid2 saya..selebihnya kita berserah pada Allah..setelah kita usaha..
Ros Ariff maaf kalau bnyk typing error..tpye kat hf ,pakai speck hitam tutup cahaya..kepala masih weng2..nasib ariff good boy hari ni..main susun puzzle sorg2..nak susu jer td tarik tgn,peluk mama..dpt susu terus cari bantal,tdo..tau mama x sihat..
Haryanti Tasmiran yg penting skrg ni, ibubapa kena kuat hati utk pertahankan hak anak...tp dlm masa yg sama kekdg kita terkucil, emosi bercampur baur dgn harapan yg terlalu tinggi dan kekadg tertimpa pd anak2 kita...sebab itu kita cuba melangkah perlahan tetapi kemas...insyaallah ramai yg akan membantu...seperti skrg ini
Haryanti Tasmiran ‎@Ros Ariff, anak istimewa ini memang istimewa...
Ros Ariff ya..saya tetap bangga dgn anak saya..so specialll..love him
Nor Hayati Mohamad Sulaiman Rasa sebak baca semua komen kat atas yg saya dah tertinggal kena audit MQA tadi.. Rasanya perjalanan saya baru bermula sbb anak masih kecil. Semoga saya kuat mcm kak Haryanti Tasmiran. Ros Ariff..besar pahala awak mendidik anak2 istimewa ni.. Semoga ramai lagi cikgu2 yg mcm awak kat Malaysia ni.
Haryanti TasmiranNor Hayati Mohamad Sulaiman, saya juga seperti ibu. saya juga berpaut pd kekuatan orang. Pd suami tersyang Rohaizan Bin Abdul Wahab, pada anak2, ibubapa, keluarga dan rakan2 sekeliling yg memahami...dulu saya hy ada suami tp skrg semua deria saya ada anda disekeliling...terima kasih kerana mendepangkan tangan menerima kekurangan saya...semoga 1 hr nanti saya dpt bersua muka dgn ibubapa2 yg hebat2 ini....
Ros Ariff saya pun harap saya dpt tabah macam kakak2 sekalian.ariff baru 2thn..masih jauh rutin nk dijangkau..
Nor Hayati Mohamad Sulaiman InsyaAllah Kak Haryanti Tasmiran.. Saya pun teringin nak jumpa akak. Nak timba pengalaman.. Semua di sini dah rasa mcm keluarga sendiri. Kdg2 lebih concern pun dari keluarga sendiri.. Terima kasih semua..

Arbaheah Baie Cikgu Ros Ariff....... beruntung sesangat la sape yg jadi ank murid cikgu..... Ros mengajar skolah mane ye.... klu dekat, mahu ku hantr nnt anakku Hafizuddin belajar....
Ros Ariff saya ngajar kat kajang,baie. Tp ku ajar murid pekak..love them..
Syahirah Omar Nangis nak pelok Kak ros:( dah tebAyang mcmana la Lana nanti.huhu
Mutiara Hati aduhai mcm2 x pe lah mungkin ade hikmahnye ... ni yg ade rasa nk buka tadika sendiri ni hehehe
Nora Yusof Anda semua ibu2 yg hebat.Tabahkan hati , kuatkan semangat.Bersedialah menerima apa shj ujian dr ALLAH & ALLAH tlh menjanjikan yg terbaik utkmu...
Nora Yusof Semuga kebahgiaan yg akak kecapi skrg akan berkekalan selamanya. Amin.Hati berbunga setiap pagi menghtr Hariz ke sek dlm keadaan gembira....tiada rasa takut malah gembira bila berjmpa dgn ckgu2nye.
Ros Ariff peluk semua..ikhlas dari hati...:-).tgh lyn ariff tgk upin ipin..
Noradilah Abdullah sehari tak bukak FB jenuh membaca...haihhh..grup hugss jugakla dinde dindeku
Darnalis A Rahman sabar yaa..itu je yg boleh cakap :( xtau nk ckp camana lagik..sedih sgt2..
Samsul Muariff Saroni kena sabar menghadapinya.....ini baru permulaan pd perjuangan...
Ery Kumagai Bagi saya, ini semua bergantung pada rezeki anak2 kita..as parents kita usaha cari jalan utk diorang dapat yg terbaik..tapi yg mengizinkan hanya Allah. dari pengalaman saya yg x seberapa so far, saya rasa apa yg saya lalui utk anak saya ni adalah jalan utk selalu mengingatiNya..rezeki semua dariNya..sblm Dia berikan kemudahan, mungkin Dia akan beri kesusahan dulu. Jadi bila diberi nikmat (walaupun sikit) nanti, kita amat amat bersyukur..
Hayati Jafar Haryanti Tasmiran - Iddin pun asperger's. Kak Yati faham benar bila awak sebut pasal 'parut di hati', iddin dah habis sekolah, dari tadika sampai Form 5, tak terkata betapa dalam dan tebal dan banyaknya parut2 yang ada, tapi alhamdulillah, walaupun susah, dia bejaya tamatkan persekolahannya. Kak Yati sangat bangga dengan parut2 ni - ianya saksi kejayaan iddin.
Samsul Muariff Saroni saya sedang melalui zmn berparut....hari ini pun ada parut kecil lekat di hati bila Syahmi dibuli di sekolah kemudian dikatakan dia yg bersalah...biarlah parut jadi saksi nanti semoga anak saya juga berjaya melalui zmn persekolahan spt Iddin handsome boy!
Hayati Jafar Nor Hayati Mohamad Sulaiman - Eusoff is a very special boy,he is very lucky to have parents like you & your husband (just as both of you are very very very lucky to have him). dengan doa & usaha yg tak putus2 dari kedua ibubapa dia, insya allah akan dikurniakan dengan rezeki sekolah yang terbaik untuk Eusoff
Suzilawati Ghazali dah mgalami nya.. ok je nak buat mcmna.. as parents dun give up.. do whtver u can do fight till d end... malaysian ..itulah dia.
Nor Hayati Mohamad Sulaiman Masa saya ambik Eusoff kat tadika tadi...cikgunya cakap dia duduk diam2 je hari ni. ikut je semua arahan. lepas kelas dia tidur lama sgt dekat 4 jam.. Dalam hati saya berkata-kata.. Itulah Eusoff saya..Kalau dah kenal, bukan susah sgt nak handle dia.. At least 1st day of school dia tak menangis mcm budak2 lain .. rilek je je pegi lepak kat reading corner. Kesiankan anak2 ni.. ibarat dijatuhkan hukuman sebelum dibicarakan. Belum kenal lagi, tapi persepsi sudah dikaburi dgn stigma..
Nor Hayati Mohamad Sulaiman Kak Hayati Jafar: TQ for your words of wisdom.. Eusoff is special and we're lucky to be chosen by Allah to have him as our son. Despite being born with autism, he is a brilliant young boy. I believe in him and I'm optimist that one day people will value our kids just like any other kid. We have to fight for them till the end. Semoga Allah sentjiasa bersama kita memperjuangkan nasib anak2 autisme ini.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!