Sunday, July 1, 2012

Pengorbanan seorang ibu kepada anak autisma

"assalamualaikum dan hi. terlupa nak perkenalkan diri. saya baru je pulang ke malaysia pada awal tahun lepas selepas menetap di luar negara untuk 9 tahun. pulang pun atas sebab masalah anak yang disahkan ada autism sebulan sebelum pulang. disebabkan pekerjaan saya memerlukan commitment yang sangat tinggi dan pada awal2 beberapa bulan pertama, saya agak 'keseorangan' jadi saya berhenti kerja dan jadi suri rumah dan juga 'guru' sepenuh masa untuk anak saya. atas sebab2 tertentu, saya tidak dapat hantar anak saya untuk terapi2 tertentu selain acupuncture, jadi saya abihkan 5 bulan pertama buat intervention sendiri berdasarkan apa yang saya dapat dari internet (mainly american based), one hour of montessori a week dan juga dari kelas2 yang saya hadiri di College of Allied Educators@Linguistic Council (saya sedang buat Diploma of Special Education di situ), alhamdullillah, ada juga perubahan yg agak baik. selepas itu, 'keadaan' bertambah baik dan sekarang, saya dapat hantar anak saya untuk OT, SI therapy dan juga playschool untuk 3 kali seminggu. anak saya yang pada mulanya sangat aggressive, suka menggaru sehingga berdarah, tidak boleh bertutur dah boleh bertutur sikit2 dan juga fine motor skills dia dah agak bagus. (tetapi masih aggressive bile tantrum) saya sangat gembira dan juga berharap agar saya dapat lebih pengetahuan dan juga dapat berkongsi pengalaman dari page ini terutama tentang sistem persekolahan dan juga bantuan kewangan kerana saya tidak begitu pandai mencari maklumat."

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!