Saturday, March 31, 2012

Selamat jalan anak Raja yang warak dan tinggi pekertinya

Apabila menyebut kerabat diraja, ramai pihak yang mengaitkan mereka dengan kehidupan sosial yang melampau, maksiat dan sebagainya tetapi tak ramai yang sedar bahawa ramai juga dikalangan mereka yang mempunyai nilai keperibadian yang tinggi, warak dan baik budi pekerti

Antara yang sering menjadi bualan adalah Raja Ashman Shah, iaitu anakanda Tuanku Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbudin Shah

Walaupun dilimpahi kemewahan dan berkelulusan dari universiti terkemuka di dunia, Universiti Cambridge, namun Raja Ashman seorang insan yang cukup merendah diri dan gemar melibatkan diri dalam kegiatan dakwah

Terkenal dengan imej rambut dan janggut yang panjang, Raja Ashman tidak pernah menjadikan status yang dimilikinya untuk bermegah dan mendabik dada, bahkan semua itu menjadikan beliau bertambah ‘rapat’ dengan Penciptanya

Sebab itu boleh dikatakan setiap malam Jumaat, banglonya di Bukit Damansara akan diserikan dengan alunan zikir beramai-ramai

Namun Allah lebih menyayanginya…tidak lama selepas selesai majlis berzikir di kediamannya itu malam tadi, Raja Ashman diserang asma dan meninggal dunia dalam usia 54 tahun

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin serta seorang putera Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah serta dua puteri Raja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia

Pada yang tak tahu, Raja Ashman dikenali sebagai penaung tariqat Naqshabandi yang amat dihormati di seluruh dunia

Sebab itu aku tak hairan bilamana berita kemangkatan Raja Ashman menarik perhatian pengikut-pengikut tariqat Naqshabandi seluruh dunia sejurus selepas blog peribadi pemimpin tariqat tersebut, Sheikh Hashim Kabbani menyiarkan berita tersebut

Menurut kenyataan di dalam blog berkenaan, Shaikh Hashim Kabbani merakamkan takziah atas pemergian Raja Ashman, dan meminta semua pengikut tariqat tersebut mengadakan bacaan tahlil, yassin dan solat jenazah ghaib buat Allahyarham

Selamat jalan buat insan yang sungguh aku kagumi…Almarhum Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah

Al-Fatihah.

Kekurangan oksigen punca autisma?


Salam semua.. Ape sebenarny punca dan sbb kanak2 ini mghidap autisme ye? Ada doktor ckp sbb genetik.. Tp sy selidik latar blkng sy n suami x de yg autisme.. Adakah sbb masa lahir dulu baby kekurangan oksigen sbb masa nk melahirkn dl memang ada problem sikit.. (Melissa Mohd Asari)


Komen2 Sahabat


Khursiah Mat Salleh Doktor saya kata anak saya alergi dgn ubat2 vaksin yg diberi masa baby. Mungkin jugak, sebab tengok ada kenaikan jumlah budak austisme ni setiap tah.

Melissa Mohd Asari Anak sy dulu hampir lemas dlm kandungan cz kurang oksigen..mgkin sbb tu la ye..

Zamri Tembol no one dare to confirm the cause...

Hasfizal Mukhtar Daripada pembacaan saya termasuk medic article, belum dapat di sah kan punca autisma dari sudut sains perubatan... (kecuali dah ada

Nurasma Nawawi Belum ada sbb yg sahih lg.Tp kalau yg lemas tu,oksigen tak sampai ke otak adalah salah satu sbb autisme.Ada juga yg sy baca,kalau ibubapa yg mempunyai ciri2 autisma yg agak jelas spt lambat membaca,kurang sosial & lambat berckp mungkin kebarangkalian utk mendpt anak autisma tinggi.Genetik tu kalau ada dikalangan adik beradik ada autisma.Tp sbb yg nyata belum ada lg.Autisma ni berkaitan dgn saraf otak.

Ummu Fudhail Amin anak sy lemas masa dilahirkan...kurang oksigen

Branded Perfume sy ada terbaca dekat mana ntah sy tak ingat..klu luar negara, anak2 ' Omputih' ni tidak diberikan vaksin yang 3 serangkai semasa anak berumur 6 bulan, tak tahu la sbb apa...tp kat sana dorang tak digalakkan ambil vaksin tersebut takut masalah 'ini'...

Ummu Fudhail Amin Saya ada terbaca artikel..kerap lakukan ct scan sewaktu mengandung..kesan speech delay pd anak.

Branded Perfume kdg2 susah nak cakap sbb apakn? even doktor pun tak tahu dari mana & punca simptom ni...

Ummu Fudhail Amin pengajaran: ibu yg mengandung perlu berilmu, alert dan awas dgn kemungkinan2 in kdg2 hasil kecuaian atau kita yg x fhm dan x tanya dahulu kesan yg akan ditanggung oleh anak dari setiap operasi/tindakan yg dilakukan ke atas kdgn atau bayi kita. Jgn takut bertanya dan jgn hanya menurut. itu HAK sebgai pelanggan. kalau anak susah nk keluar atau dh letih...x usah paksa keluar secara normal(pengalaman saya).

Suhana Abdulsamad Betul..saya bertarung hampir 7 jam utk keluar kan Iskandar .. Air ketuban dh pecah pun dekat 6 jam.. Bila dia lahir.. Seluruh badan Dan Kuku jadi dia kebiru biruan..mungkin kurang oksigen...saya dipaksa lahirkan baby seberat 4.25kg utk anak pertama..ngeri sungguh pengalaman tu..

Branded Perfume same with me dear...teringat smpi sekrg..huhuhu....tp air ketuban sy dipecahkan & dimasukkan ubat...bertarung nyawa betul...smpi sy mintak operate...tp alhamdulillah yg ke2 sgt2 senang...

Zuhra Abdul Halim Doktor2 yg sy jumpa smua kata x dpt dpastikn sbb boleh tjadinya autisme ni. Ank sy dr kecik mmg dh nmpk ciri2 autisme tu & ms umo stahun lebih demam pns+sawan. Doc kata kalo kna sawan bole menyumbg kpd speech delay. Ms pregnnt dia dulu cuma mabuk teruk 3bln ptama je,time bsalin xde pape mslh,siap jln br bukak 6cm dia nk kuar,senang&sakit skjp je.

Ery Kumagai anak sy Ummar kena bacterial meningitis masa umur sebulan lebih. kn buat operation emergency kat kepala (twice) utk stable kan fluid pressure dlm membran otak.hanya Allah yg tahu. doctor mmg ada bgtau any possibility could happen to him, effect dpd meningitis tu. ada budak yg x boleh berjalan, ada yg x boleh melihat, ada yg x boleh mendengar, so we monitor his development closely.mmg dia kn ambik antibiotic byk and vaksin itu ini. bila Ummar lmbt merangkak, lambat berjalan, lambat bercakap, we tot it's due to tht menigitis prob, until his paed suggested he has some autism traits and adhd

Ery Kumagai masa pregnant takde prob, alhamdulillah..takde mabuk teruk, dia baby yg active since dlm perut :)) everything was normal, even delivery pun normal. maybe bila semuanya okay, we took for granted. sy mmg tak byk pengetahuan psl baby, dah la br dpt anak first, so bila dia kena meningitis, baru kelam kabut cari info

Noradilah Abdullah Macam dah dibincangkan perkara ni, ulang siaeran lagi sekali la...dari pengalaman saya menghadiri seminar tentang autism, puncanya adalah:
1. Genetik/keturunan
2. Ibu berusia 40 tahun dan ke atas semasa hamil
3. Bapa berusia 40 tahun Dan ke atas semasa menghamilkan mak...hihih

Noradilah Abdullah ‎4. Ibu mengalami stress semasa hamil

Dan yang pentingnya..Allah dah bagi rezeki kat kita, terima ajelah dengan redha...alhamdulillah

Branded Perfume klu ikut genetik mmg ader belah sy 2 org cousin...tp mmg hyperaktif..terbalik suma benda..speaker smpi pecah dia tumbuk.. tp bla da besar suma baik2 je, da nak kawin pun.. belah husband adik dia x berckp smpi g berubat smpi umo dia 6 thn..tp sekrg berckp tanpa henti then kjer sebgi promoter lg... :)

Nurasma Nawawi Pn Ummu pengalaman pertama melahirkan anak.Duduk dlm hospital lebih 12jam.Akhirnya saya push jururawat kat goverment hospital supaya operate agar baby tak lemas,memandangkan keadaan sy dah tak bermaya.

Ju Mustapha Khalid lahir pd awalnya ok.. After 5 jam... Baru nampak cam biru krn masalah paru2... Alhamdulillah sbln di icu.. Boleh keluar tanpa perlu brain scan... Sbb kata paed... Khalid punya respon bagus... Pelik kanbaby baru 3 mggu tapi fokus mata bagus....

Nurasma Nawawi Memang belum dikenalpasti sbb autisma.Nak kata sbb vaksin,org lain pun ambil ok...

Noradilah Abdullah Weh kak asma, dila pun sama la...dekat 12 jam dlm labour room tu. sampai dah demam. Baru dia operate...malam tu baby masuk NICU duu sebab nak monitor takut dia demam/jangkitan kuman. Tapi takdak apa. tp bila nak keluar spital, nurse bagitau baby tak respond pada bunyi. lepas 40 hr, kena cek up. dah respond takde prob...tapi masa dalam pantang tu dila ngan mak selalu la duk tgk kot2 dengar ke takk..bunyi angsa pun dia dengar and terjaga

Syahirah Omar ‎14 jam. Last2 c-section baby xlarat n kepala mcm dah Bengkak sb mak dia push igtkan dah nk keluar

Nurasma Nawawi Tu la dilla,husband akak siap merayu tu supaya dioperatekan dgn cepat.Akak dah takde tenaga.Ingat lg masuk hospital kul 9mlm,pukul 5.30ptg baru dioperate stlh diminta.Anak keluar menangis tp biru sket.

Pak Yoep Opsssssssss! Kesimpulannya, kekurangan osigen...termasuk Faqihah..

Noradilah Abdullah Taktaula nak kata kurang oksigen ke apa. sebab autisme ni pun bukan kecacatan pada otak pun. Balik semula kepada definisi asal autisme

Pak Yoep Berdasarkan pengalaman kengkawan dlm perbincangan di sini...

Marina Ariff tak kiralah apapun puncanya . Yg penting kena cari jalan macam mana nak mendidik yg istimewa ni supaya dapat menjalani kehidupan yg lebih baik secara optimum.....

Noradilah Abdullah Kak Marina Ariff, kita nak gi KL la...tgh bulan.

Melissa Mohd Asari Anak sy br sorang n autistik. Just risau klu brkemungkinan 2nd juga brisiko ada masalah yg sama.. Ape pun sy brsyukur dpt ank istimewa ni n me n husband still terhibur melihat keletahny..

Noradilah Abdullah Dzariff pun anak tunggal..(setakat hari ni la...) anak Melissa Mohd Asari, berapa umur

Melissa Mohd Asari Anak sy 5 thn.. Tu yg manja sngt tu ank tunggal ni..hehe.. Klu ada adik mgkin manjany kurang n bleh brkwn ( ank sy mmg x suka brkwn).. Tp blum ada rezeki lg..

Noradilah Abdullah sebaya

Ummu Fudhail Amin tau tak kenapa depa x statekn satistik penyebb kejadian autisme... mstlyl kecuaian manusaia dan silap buat decision. boleh sabit case di mahkamah(due to a lawyr)...anak 3,4,5..siap la.. saya strict habis.

Noradilah Abdullah anak 3,4,5 tu apa kak Ummu Fudhail Amin. 3 kali baca tapi tak paham

Ummu Fudhail Amin dilla, anak akak 5 org. Pengalamn pahit sewaktu bersalin kembar sulung akak jadikan pengajaran. Kena ada ilmu dan tahu kmplikasi2 yg mgkin timbul jika berlaku kecuaian atau kelewatan tertentu masa kelahiran. Time ini AMAT KRITIKAL..TK BOLEH MAIN2 DAN BERLAKU SILAP(seboleh2 dielakkan berlaku). tu yg akak strict utk kelahiran berikutnya.

Noradilah Abdullah ooooooo

Lynn Niena anak ke2 sy dlahirkn cleft palate & G6PD, skang autisme tp adiknya lahir normal & xde mslh tp juga dsahkn autisme

Noni Idris asyraf lahir normal.. ckp bulan.. perfect. saya notice asyraf different masa umur 1 tahun 3 bln... sebelum tu ok... ada eye contact... respon bila dipanggil... dr chan from natural health bgtahu ia disebabkan oleh vaksin esp one year injection. lots of mercury that harm the brain. logik jugak. b4 1 year normal... akupuntur claim sbb asid folik... wallahualam...

Nurasma Nawawi Adik izzan ada speech problem.Ckp punyalah byk tp tak faham apa pun dia ckp.Speech delay.Kalau dr sg sosial memang berkwn.Kalau ada tetamu kat rumah,suka layan tetamu.Kalau tgk simptom autism takde kecuali speech delay.


Awas! Taktik menculik budak di pasaraya

Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit !Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

Sumber: Posted on the March 31st, 2012 under HMetro Tempatan by admin


Didik OKU berdikari

Didik OKU berdikari

BENTONG - Ibu bapa yang mempunyai anak orang kurang upaya (OKU) disaran tidak terlalu memanjakan anak mereka hingga tidak mampu berdikari.

Pegawai Kebajikan Ma­syarakat Bentong, Shahrulnizam Abdul Aziz berkata, OKU perlu diberi peluang dan ruang untuk belajar berdikari seperti melakukan kerja rumah yang ringan.

Menurutnya, ia secara tidak langsung dapat menguatkan fizikal dan mental mereka.

“Sebagai contoh apabila anak-anak dihantar ke Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK), mereka menjalani pelbagai aktiviti yang merangsang fizikal dan mental mereka.

“Ia perlu diteruskan di rumah di mana ibu bapa boleh mengajar anak mereka menguruskan diri sendiri dan menjalankan kerja rumah yang ringan seperti melipat baju, menyapu sampah dan sebagainya,” katanya.

Shahrulnizam berkata, sikap memanjakan anak dengan tidak membenarkan mereka melakukan kerja rumah yang mudah perlu diubah.

Katanya, sebaliknya anak OKU perlu dididik berdikari supaya mampu menguruskan diri sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain.

“Sekurang-kurangnya ibu bapa tidak perlu lagi bimbang kerana anak OKU mereka sudah mampu menguruskan diri walaupun tidak sebaik individu normal.

“Dalam masa sama, OKU juga dapat membuktikan keupayaan dan kemampuan mereka,” katanya.


Sumber: NORFARAHAH OTHMAN


Friday, March 30, 2012

Pengunjung 'Istimewa' Laman Facebook Kelab Anak Autisma

HI Just found your page and liked it. Wanted to invite you to come check out mine as well about my son


Basic Info

LocationRanson, WV


Contact Info

Phone+1 304.995.7170

Emaildpoa19@yahoo.com

http://www.facebook.com/damarie19

Kemangkatan Raja Kecil Sulong Perak, Raja Azhman Shah


TAKZIAH-{Al-Fatihah}

Takziah kepada keluarga Tuanku Sultan Perak , Sultan Azlan Shah di atas kemangkatan putera baginda Raja Kecil Sulong Perak, Raja Azhman Shah seawal pagi tadi. Semuga dicucuri rahmat dan keampunan. Al Fatihah

InsyaAllah Majlis Pemakaman akan diadakan Selepas Solat Asar Di Makam Diraja Al-Ghufran Bukit Chandan Kuala Kangsar.


Biodata

Yang amat mulia Sheikh Raja telah diputerakan pada 28 Disember, 1958 di Pulau Pinang. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah St. John, Kuala Lumpur dan selepas itu melanjutkan pelajaran menengahnya di Leys School, Cambridge, London.

Apabila tamat pelajaran di peringkat menengah, Sheikh Raja melanjutkan pelajaranya dalam bidang jurusan ekonomi sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti of Nottingham pada tahun 1981. Seterusnya beliau telah melanjutkan pengajiannya di dalam undang-undang dan telah mendapat Sarjana Undang-Undang dari Universiti Cambridge dan di Lincoln’s Inn, London.

Sewaktu beliau sedang menimba pengalaman sebagai chambering student dari tahun 1985 hingga 1986, beliau telah bertemu dengan Sheikh Nazim di London. Kandungan, kaedah dan penyampaian ilmu Islam daripada Sheikh Nazim telah menawan hati Sheikh Raja. Dengan hati yang terbuka dan minda yang cergas, beliau telah mengambil bai’ah daripada Sheikh Muhammad Nazim al-Haqqani.

Pada lewat tahun 80an, beliau telah dilantik oleh Sheikh Nazim untuk menjadi khalifah tariqat Naqshbandi al-Haqqani bagi seluruh kawasan Nusantara. Dengan kesabaran dan hikmah yang beliau warisi daripada Sheikh Nazim, Sheikh Raja sehingga sekarang telah berjaya membawa ramai anak-anak muda kembali kepada jalan Allah

By: Tj Ariff


Raja Ashman, anakanda Sultan Perak meninggal dunia


KUALA LUMPUR 30 Mac – Anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Sultan Azlan Shah, 54, meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, di sini awal pagi ini akibat serangan asma.

Almarhum yang meninggalkan seorang balu, Datin Seri Noraini Jane Tan Sri Kamarul Ariffin serta tiga anak menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira 1.30 pagi.

Jenazah Almarhum akan dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar untuk disembahyangkan sebelum istiadat pemakaman berlangsung di Makam Diraja Kuala Kangsar yang terletak bersebelahan dengan masjid itu selepas Asar.

BERNAMA


Raja Ashman anakanda Sultan Perak mangkat akibat asma

Anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah, 54, mangkat di kediamannya di Kuala Lumpur awal hari ini
akibat serangan asma.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor ketika dihubungi Bernama berkata Raja Ashman menghembuskan nafas terakhir dikediamannya di Bukit Damansara pada 1.30 awal pagi tadi.

Beliau berkata jenazah Almarhum dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar, untuk disembahyangkan sebelum istiadat pemakaman berlangsung di Makam Diraja Kuala Kangsar yang terletak bersebelahan dengan masjid itu selepas selepas asar.

Raja Ashman dilantik menjadi Raja Kechil Sulong Perak pada 16 Mac 2010.

Semasa hayatnya, baginda merupakan seorang raja yang rendah diri dan berjiwa rakyat.

Dilahirkan pada 28 Disember 1958 di Pulau Pinang, baginda merupakan anakanda ketiga Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, daripada lima adik-beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Raja Yong Sofia.

Baginda berkahwin dengan Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin, 53, pada 26 September 1991 dan dikurniakan seorang putera Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah, 20, serta dua puteri Raja Eminah Alliyah, 18, dan Raja Bainunisa Safia, 17.

Baginda yang berpendidikan tinggi memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari University of Nottingham, Britain pada tahun 1981 diikuti Diploma Pentadbiran Undang-undang Perniagaan University of London serta Sarjana Undang-undang dari Cambridge University pada tahun 1985.

Baginda dilantik sebagai Raja Kechil Bongsu Perak pada 11 Mei 1987 diikuti Raja Kechil Tengah Perak pada 10 Mac 1998 dan Raja Kechil Sulung Perak pada 16 Mac 2010.

Semasa hayat baginda, Almarhum aktif dalam sektor korporat dan memegang pelbagai jawatan penting dalam beberapa syarikat antaranya selaku Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di KKB Engineering Bhd dan Kian Joo Can Factory Bhd.

Baginda juga pernah menjadi Pengarah Eksekutif Kanzen Berhad, Pengerusi Dwitasik Sdn Bhd dan Pengarah Sanyo Industries Malaysia.

Baginda yang juga penyokong setia pasukan hoki negara turut aktif dalam aktiviti sosial dan kebajikan terutama di bawah Yayasan Sultan Azlan Shah.

Baginda telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Cura Simanja Kini (SPCM) dari kerajaan negeri Perak pada 18 April 1988 yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.

- Bernama


JENAZAH Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah diusung keluar dari Istana Iskandariah dekat Kuala Kangsar untuk disembahyangkan di Masjid Ubudiah sebelum dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar.



Perginya seorang anak raja yang warak menemui Tuhannya pd malam jumaat lps..... mungkinkah ada pengganti?....Moga Allah cucuri rahmat atas rohnya...ameen



Our beloved Tuanku

ORANG - ORANG ALIM SERTA PARA2 ULAMAK ITU BOLEH DIIBARATKAN SEPERTI PASAK2 PADA SENDI2 BUMI - KEHILANGAN MEREKA INI AKAN MENGUNDANG KEPADA KETIDAKSEIMBANGAN BUMI BELUM LAGI DIKIRA KEROSAKAN2 LAIN DAN SUATU HARI NANTI KEHILANGAN MEREKA DARI MUKA BUMI INI AKAN MENJURUS KEPADA HARI KIAMAT DAN KESUDAHAN HAYAT BUMI INI....


اَلْفَاتِحَة


إِلَى كَافَّةِ عِبَادِ اللهِ الصّالِحِينَ وَالْوَالِدِيْنِ وَجَمِيْعِ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ أَنْ اللهَ يَغْفِرُ لَهُمْ وَيَرْحَمُهُمْ وَيَنْفَعُنَا بَأَسْرَارِهِمْ


Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!