Wednesday, June 6, 2012

Fokus rahsia cemerlang SPM






PONTIAN 22 Mac - Walaupun tindakan meninggalkan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kerana tidak serasi dengan suasana pembelajaran di situ dua tahun lalu dianggap merugikan, namun Nurfarhana Pitah, 18, tetap konsisten dalam pelajarannya.

Semalam, remaja berjiwa gigih ini membuktikan tanggapan tersebut silap apabila dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 walaupun belajar di sekolah harian biasa iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Kukup.
Lebih membanggakan, dia langsung tidak mengikuti tuisyen seperti pelajar lain.

Anak keempat daripada lima beradik dari Kampung Sungai Kuali, Serkat dekat sini itu mengakui sentiasa memberi fokus dan tumpuan sepenuhnya semasa sesi pembelajaran dan bertanya kepada guru jika tidak memahami sesuatu topik yang diajar.

"Dengan keputusan yang baik dalam mata pelajaran Sains, Biologi dan Kimia, saya berhasrat memilih bidang perubatan walaupun sebelum ini bercita-cita menjadi seorang akauntan," katanya.

Nurfarhana turut aktif dalam kegiatan kokurikulum dengan menyertai Kadet Remaja Polis dan dilantik sebagai Ketua Pengawas Aliran Perdana.

Sementara itu, Noor Azura Shahira Yusnizam, 18, salah seorang pelajar cemerlang SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian pula menjadikan keadaan sentiasa berjauhan daripada ayahnya yang bekerja di Singapura sebagai pembakar semangat untuk mendapat keputusan cemerlang.

Dia menghubungi ayahnya, Yusnizam Yunos, 48, yang bekerja sebagai buruh di negara jiran itu mengenai keputusan yang diperoleh sebaik sahaja menerima slip peperiksaan berkenaan semalam.

"Saya amat gembira dan bersyukur atas kejayaan ini. Ia hadiah istimewa kepada bapa saya yang bekerja di Singapura bagi menyara kami sekeluarga," katanya yang mendapat 10A.

Ditanya rahsia kejayaannya, anak sulung daripada empat beradik ini memberitahu, sentiasa mengulangkaji di sekolah dan memberi tumpuan sepenuhnya semasa belajar di dalam kelas.

Sumber:
MUHAMMAD ZIKRI

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!