Wednesday, June 13, 2012

Rumusan Hiperaktif

Faqihah ketika diketahui autisma + hiperaktif

Telah dinyatakan dalam post sebelum ini beberapa perkara berkaitan dengan hiperaktif iaitu:

1. Kategori kelakuan hiperaktif.
2. Cara - cara rawatan untuk hiperaktif.
3. Tips menangani anak hiperaktif:

Dari penyelidikan yang telah dijalankan , didapati ramai kanak -kanak yang mengalami sindrom hiperaktif ini akan kurang berkelakuan sedemikian bila usia mereka meningkat . Bagaimanapun sifat kurang yakin kepada diri sendiri , sifat mudah gentar dan resah mungkin akan ada pada mereka yang pada masa mudanya berkelakuan hiperaktif ini .


Rumusan  Hyperaktif


DEFINISI 

Banyak terjadi pd kanak-kanak lelaki. Ia melibatkan 3 jenis kepayahan :
• Kurang tumpuan
• Hiperaktif
• Menurut kata hati (Impulsiviti)


CIRI-CIRI

a) Tidak memberi tumpuan
i- gagal menyiapkan tugasan
ii- tidak mengikut arahan
iii- sukar menumpukan perhatian pada satu-satu aktiviti

b) Impulsif
i- bertindak tanpa berfikir
ii- sukar mengendali satu-satu aktiviti
iii- perlu beri perhatian yang lebih
iv- sukar menunggu giliran

c) hiperaktif
i- berlari ataupun memanjat sebarang objek
ii- sukar duduk di suatu tempat dengan tenang
iii- sentiasa aktif sepanjang masa


Kanak -kanak yang mengalami sindrom hiperaktif menunjukkan tiga cara kelakuan yang akan membawa masalah pembelajaran . Dengan itu rawatan perlu dimulakan seawal -awal yang boleh . Bagaimanapun , kelakuan ini biasanya berkurangan apabila mereka dewasa .



CATATAN MENGENAI FAQIHAH

Faqihah yang mengalami autisma + hiperaktif telah mengalami semua yang dinyatakan diatas. Setakat ini telah banyak perubahan berlaku setelah umurnya mencapai 10 tahun.

Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah telah tiada masalah di mana Faqihah telah sentiasa berada dikerusinya. Faqihah mengikuti sesi pembelajaran dengan baik jika dibandingkan ketika umurnya 7 - 8 tahun. Sentiasa hilang dari kelas. Sukar mencarinya semasa hendak mengambilnya apabila tamat sesi persekolahan.

Jika membawa Faqihah ke pasaraya, juga tiada masalah. malah lebih mudah membawa Faqihah jika dibandingkan dengan adik-adiknya yang lain.

Semuanya tidak berlaku dengan sendiri atau semulajadi. Rawatan amat diperlukan.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!