Friday, June 15, 2012

Kesan MENJAGA anak istimewa

Faqihah 'mengajar' kami erti kesabaran

ANAK istimewa adalah anugerah Tuhan yang paling berharga. Apa yang perlu dititikberatkan ibu dan bapa ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.


"Anak istimewa ialah ahli syurga yang dikurniakan Tuhan kepada sesebuah keluarga. Alangkah bertuah keluarga tersebut kerana memelihara mereka."

Setiap keluarga bertanggungjawab terhadap anak istimewa masing2. Tanggungjawab ini TIDAK boleh diabaikan. Dalam menjaga anak2 istimewa ini terdapat beberapa kesan yang BAKAL dihadapi.

Kesan utama yang bakal dihadapi oleh ibu bapa dan keluarga dalam menjaga anak2 istimewa termasuk autisma ialah:

1. Masa yang lebih banyak diperuntukkan oleh ibu bapa dan keluarga untuk melakukan penjagaan terhadap anak-anak istimewa berbanding aktiviti rumah tangga dan sosial lain.

2. Impak kepada pekerjaan keluarga apabila mereka terpaksa membahagi masa antara tugas penjagaan dan pekerjaan mereka, sama ada terpaksa berhenti kerja atau menghalang mereka untuk menerima tawaran bekerja yang baik.

3. Keadaan kewangan keluarga yang turut terjejas memandangkan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk rawatan, penjagaan dan pendidikan anak-anak khas ini. Pada masa yang sama  terdapat ibu bapa yang terpaksa berhenti kerja untuk menguruskan mereka.

4. Tekanan psikologi yang dialami oleh penjaga yang seringkali dikaitkan dengan kepenatan yang tidak terhingga, kehilangan atau ketiadaan privasi diri, sentiasa berada dalam kebimbangan dan keresahan mahupun perasaan malu, sedih, kecewa, sakit hati dan gelisah.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!