Saturday, June 30, 2012

Pendidikan Khas ke Langkawi

Program lawatan Sambil Belajar sekolah pak yoep pada tahun ini ialah lawatan ke Langkawi pada 28 - 30 Jun 2012. Jumlah peserta lawatan ialah 7 guru, 1 ibubapa dan 22 pelajar. Segala2nya telah selamat dilaksanakan tanpa sebarang kesulitan ditempuhi. Kerjasama semua guru dan murid pendidikan khas amat memuaskan.

Pengalaman selama tiga hari di Langkawi akan dicerita dari semasa ke semasa. Buat masa ini, seluruh badan masih lemah..sengal2 pun ada kerana tempoh perjalanan yang jauh. Di antara lokasi lawatan utama ialah:

1. Underwater World
2. Kereta Kabel
3. Kota Mahsuri
4. Galeri Perdana

HARI PERTAMA

Semua berkumpul pada jam 7.30 pagi. Terdapat seorang pelajar, LEE HON KEAT, membawa 2 beg pakaian untuk turut serta lawatan TETAPI sebenarnya dia tidak tersenarai pelajar yang pergi kerana tiada kebenaran ibubapa. Sedih kami tengok...

Semua pelajar dibekalkan wang saku oleh ibubapa masing2. Jumlah tertinggi yang dibawa oleh pelajar berjumlah RM200.00 manakala jumlah terendah ialah RM15.00 sahaja.

Sepanjang perjalanan semua pelajar kelihatan begitu gembira sekali. Peluang mereka untuk melawat tempat pelancongan adalah terhad. kebanyakan pelajar adalah terdiri drp keluarga berpendapatan rendah. Singgah di Gurun Kedah untuk makan tengahari.


Sampai di Jeti Kuala Perlis dalam jam 1 ptg.  Tiket feri jam 2.30 pg. Dikesempatan yang ada, kami membawa pelajar pendidikan khas solat jamak zuhur-asar secara berjamaah di masjid berhampiran. Kewajipan kepada yang Esa TETAP kami latih untuk ditunaikan oleh pelajar2 pendidikan khas.

Menaiki feri dan seterusnya bas ke tempat penginapan di Motel Mawangsa. Tiada aktiviti sehingga malam. Memberi peluang kepada pelajar untuk berehat untuk persiapan lawatan esok.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!