Wednesday, June 13, 2012

Peranan KERAJAAN DAN PIHAK LAIN dalam memupuk kesedaran terhadap kanak-kanak berkeperluan khas


Selain daripada kesedaran di pihak guru dan ibu bapa komuniti sekeliling juga bertindak dalam membantu pelajar bermasalah pembelajaran. Mereka tidak dipinggirkan sewenang-wenangnya.

Dari pandangan global, pihak kerajaan menjadi tunjang masyarakat dalam menghapuskan jurang perbezaan diantara pelajar dalam aliran perdana dan pelajar berkeperluan khas, khususnya pelajar bermasalah pembelajaran.

Kerajaan telah menggerakkan Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan dan mengimplementasikan pelbagai program-program bagi membantu pelajar –pelajar yang bermasalah bermula dari peringkat pra sekolah sehingga ke peringkat menengah atas. Sebagai contoh kerajaan telah memperuntukkan sebahagian belanjawan bagi mewujudkan beberapa buah PUSAT SEHENTI yang asalnya adalah Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas.

Setakat ini terdapat sebanyak 14 buah Pusat Sehenti dibuka di serata negeri. Contohnya di Putrajaya, Kota Bharu, Alor setar dan Shah Alam. Pusat ini di buka bertujuan untuk membantu pembelajaran anak-anak Orang Asli.

Program ini dinamakan ‘Program Out-Reach’. Program ini di wujudkan apabila bertitik tolaknya fenomena keciciran pembelajaran anak-anak Orang asli akibat faktor pengangkutan dan kesedaran di kalangan mereka.

Program ini juga di sertai oleh Badan-badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Institut Integriti Malaysia yang sedar bahawa pelajar sebegini patut di bela.

Di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia pada tahun 1964, Unit Pendidikan Khas telah di tubuhkan. Ianya telah di tukar menjadi sebuah jabatan pada tahun 1995 an di gerakkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Unit ini berperanan bagi menyediakan program dan latihan dalam pendidikan khas untuk guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah. Ia juga berfungsi untuk meningkatkan pengetahuan guru-guru dan para kakitangan mengenai kanak-kanak berkeperluan khas di samping menyedikan khidmat-khidmat pendidikan bagi pelajar berkeperluan khas dalam sistem pembelajaran inklusif.

Seiring dengan keperluan semasa Kementerian Pelajaran telah mewujudkan posisi guru (LAT) iaitu Guru Pembantu Pelajaran. Mereka adalah guru-guru terlatih yang mempunyai Sijil Pendidikan Khas dari (UBD dan Kementerian Pelajaran).

Atas misi menghapuskan jurang di antara pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran dengan pelajar-pelajar berarus perdana, Kementerian Pelajaran telah menjalankan satu projek yang di namakan ‘Projek Rintis ISD’ (Instrumen Senarai Semak Disleksia). Jabatan Pendidikan Khas menjalankan projek ini. Senario projek ini adalah untuk mengenalpasti murid yang tercicir kemahiran 3M (Mengeja, Membaca, Menulis).

Dalam projek ini langkah pertama adalah murid ini di beri ujian saringan yang di pecahkan kepada dua bahagian. Bahagian A mengandungi data asas murid seperti jantina, keturunan, pencapaian akademik dan ciri-ciri lain. Manakala bahagian B menguji kebolehan mengeja, membaca dan menulis.

Antara elemen-elemen yang di uji pula adalah elemen yang mengukur tahap penguasaan literasi murid, mengukur tahap keupayaan kognitif dan elemen yang di ambil kira, keseluruhan ciri spesifik disleksia. Penilaian di buat oleh guru Bahasa Malaysia yang sekurang-kurangnya 6 bulan mengajar tahun 1 sebelum ujian ISD. Langkah selepas penilaian murid adalah mengesan murid yang mengalami masalah literasi di sebabkan oleh masalah pengajaran dan pembelajaran dan bukan dari masalah sosial.

Dalam projek rintis ini juga kelas untuk murid yang bermasalah pembelajaran di cadang kan kepada 2 iaitu sekolah inklusif ataupun interuensi khas disleksia. Kelas inklusif murid bermasalah pembelajaran akan dicampur bersama-sama pelajar normal tetapi akan di keluarkan daripada kelas mengikut untuk di beri intervensi khas.

Selain itu ia tidak hanya berperanan untuk menyedarkan kepentingan hak pelajar –pelajar bermasalah pembelajaran, unit ini juga berfungsi untuk meningkatkan pengetahuan ibu bapa dan masyarakat tentang kanak-kanak berkeperluan khas. Sebarang program yang di jalankan untuk pelajar berkeperluan khas ini akan di pantau dari semasa ke semasa.

Melalui agensi-agensi dari dalam dan luar negara unit ini berkerjasama bagi memberi bantuan yang lebih efektif untuk pelajar –pelajar berkeperluan khas ini. Bagi berlaku adil kepada pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran unit ini menyediakan garis-garis panduan.

Kesedaran terhadap pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran telah lama timbul disamping akta-akta yang di wujudkan demi menjaga kesejahteraan pelajar kumpulan berkeperluan khas ini seperti Akta Pendidikan 1961.

Di samping itu, melalui media massa, media elektronik dan media cetak isu kanak-kanak berkeperluan khas ini telah giat di utarakan. Melalui pelbagai pertubuhan laman-laman web dan buku-buku kita boleh memperolehi maklumat yang pelbagai tentang kanak-kanak yang menghadapi simpton-simpton tersebut.

Ini juga merupakan salah satu hasil tindakan untuk kesedaran dan kebertanggungjawabkan umumnya untuk golongan pelajar berkeperluan khas dan khususnya secara tidak langsung untuk pelajar bermasalah pembelajaran.

Beberapa pertubuhan dan persatuan masyarakat telah ditubuhkan dalam menyokong dan memberi bantuan kepada pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran ini. Contohnya di New York sebuah pertubuhan yang di namakan ‘Resources For Children With Special Needs’ atau dengan nama singkatan RCSN telah di tubuhkan. Ia bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan dari segi sosial, kognitif dan fizikal kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Badan pertubuhan ini memainkan peranan penting untuk menolong mana-mana kanak-kanak berkeperluan khas untuk mengenalpasti dan menguasai potensi mereka.

Ibu bapa yang mempunyai anak yang berkeperluan khas juga di beri bantuan dalam membina pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk menguruskan anak-anak yang berkeperluan khas. Ibu bapa di bimbing untuk mendapatkan pendidikan yang sesuai untuk anak-anak mereka.

Pertubuhan ini juga menawarkan aktiviti rekreasi selepas sekolah untuk kanak-kanak berkeperluan khas ini. Aktiviti ini di jalankan dengan objektif untuk menanamkan semangat ini bersaing dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang lain.

Dalam menunaikan rasa bertanggungjawab terhadap kanak-kanak berkeperluan khas ini di Malaysia satu kempen yang di namakan ‘Kempen Pelan Pembangunan Pendidikan Khas Open Minds telah dilancarkan oleh Procter & Gamble 1999. Ianya bagi membantu lebih kurang 314,000 orang pelajar sekolah rendah yang mengalami ‘disleksia’.

Di peringkat dunia, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan 2 April pada setiap tahun sebagai ‘Hari Autisme’ sedunia bermula pada tahun 2008. Jika di lihat di negara Brunei, pihak kerajaannya telah mewujudkan ‘Pusat Perkembangan Kanak-kanak (CDC) yang mana berfungsi untuk menguruskan kanak-kanak autisme. CPC menyediakan penyelidikan, penilaian dan penyelarasan rawatan.

Pusat ini juga menawarkan perkhidmatan khidmat nasihat profesional untuk ibu bapa, guru-guru dengan kerjasama UPK dan Kementerian Pelajaran. Program pendidikan inklusif merupakan ‘Program Percantuman’ atau ‘Integrated’yang di amalkan sejak tahun 1962 lagi.

Matlamat utama pendidikan inklusif ini ialah untuk mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Prospek untuk melanjutkan pelajaran bagi murid-murid bermasalah pembelajaran yang berumur 14 tahun dan tamat di sekolah rendah Program Kanak-kanak Khas lebih luas kerana mereka boleh meneruskan pelajaran ke peringkat sekolah menengah dan matapelajaran pra vokasional dan dititik beratkan seperti yang di rujuk dalam surat KP (BS-PK) 8501/PPP-KBP/Jld.JLD.IV/(4) bertarikh 3 Disember 1991 kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri.

Bagi memastikan murid-murid bermasalah pembelajaran seiring dengan murid normal Kementerian Pelajaran telah menubuhkan dan membuka sebilangan sekolah dengan program rintis disleksia. Sekolah-sekolah tersebut di buka setiap negeri seperti Sekolah Sultan Yusof Batu Gajah dan Sekolah Kepayang, Ipoh di Perak. Manakala Sekolah Fakeh Abd Samad di Kuantan, Pahang dan banyak lagi.

Kementerian juga membuka peluang kepada murid-murid yang di dalam kategori ini untuk menambah masa peperiksaan yang diduduki oleh mereka dari setengah jam hingga satu jam (bergantung kepada subjek).

Untuk ini mereka boleh membuat permohonan dengan mengisi borang-borang BPKKK (Pindaan 2003-Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Kanak-kanak Keperluan Khas) berumur 0-18 tahun. Borang-borang ini boleh di peroleh daripada hospital kerajaan, unit pediatrik, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan cawangan Persatuan Disleksia. Kesimpulan Guru dan ibu bapa mestilah menjadi penganjur dan pelopor kepada kanak-kanak yang memerlukan pendidikan inklusif dengan lebih berkesan lagi.

Walaubagaimanapun, segala usaha kearah ini tidak mungkin tercapai tanpa komitmen dari pihak-pihak lain. Kesedaran untuk mengambil tindakan seperti ini amatlah penting kerana ia akan memberi kesan dan implikasi yang berpanjangan ke atas perubahan sosial di masa hadapan.

Ini kerana anak-anak istimewa hari ini adalah pemimpin masyarakat, guru, penulis, ahli politik, doktor dan sebagainya. “Life is like a box of chocolate, you wouldn’t know what you might get, until you open and eat them.” – Forrest Gump

Sumber: http://childneed6093blogspotcom-sacemo.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!