Wednesday, June 6, 2012

Home Tuiton Jun 2012

Perlaksanaan Home Tuition masih berjalan lancar mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Walaubagaimanapun berlaku perubahan disaat akhir oleh ibubapa yang terlibat.

Sebaliknya pindaan waktu dibuat sekiranya ada hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Selalunya jarang berlaku. Kebiasaannya ditunda jika ada perlawanan bola sepak pada malam tuition tersebut. Tuition tidak dapat menghalangku menonton bola sepak. Kebanyakan ibubapa akur dengan minatku dan bersedia menunda waktu tuition.

Pelbagai kerenah dihadapi diantaranya ibubapa yang tidak dapat mengurus masa dengan betul (Tidak menepati waktu tuition), lewat membuat pembayaran, mempunyai harapan yang tinggi pencapaian anak masing sedangkan prestasi anak amat lemah, anak tiada konsisten tuition dan ingin tuition anak tapi tiada maklum balas di mana sukar untuk membuat perancangan.

Waktu tuition dilaksanakan pada hari Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Subjek yang diajar Mathematics dan Additional Mathematics untuk UPSR, PMR dan SPM. Majoriti pelajar yang diterima mempunyai prestasi yang amat lemah dalam mathematics. Jadual perlaksanaan seperti berikut:

Rabu
2030 - Jln Pasir Putih ( 2 0rang )

Jumaat
1700 - Taman Pengkalan Bidari ( 1 0rang )
2030 - Taman Ampang Baru ( 3 0rang )

Sabtu
0900 - Bt Gajah ( 3 0rang )
1100 - Taman Perpaduan, Tambun ( 1 0rang )
1500 - Medan Pengkalan Megah ( 1 0rang )
1700 - Taman Desa Pakatan ( 2 0rang )
2030 - Menglembu ( 2 0rang )

Ahad
0900 - Taman Meru 2B ( 2 0rang )
1100 - Halaman Meru Impian ( 3 0rang )
1500 - Taman Soon Choon ( 2 0rang )
2000 - Medan Pengkalan Megah ( 2 0rang )
2100 - Medan Pengkalan Megah ( 2 0rang )

Isnin, Selasa dan Khamis diperuntukan untuk memberi tumpuan kepada pendidikan anak-anak di rumah.

Prestasi pelajar yang terlibat adalah pelbagai mengikut tahap kemampuan masing-masing. Secara keseluruhannya terdapat peningkatan jika dibandingkan dengan keputusan ujian diperingkat sekolah masing2.

Masalah utama dihadapi ialah kebanyakan pelajar tidak menguasai kemahiran yang diajar di sekolah. Kemahiran terpaksa diajar semula yang sepatutnya tidak berlaku. Matlamat Home Tuition adalah untuk latihan pengayaan kerana semua kemahiran telah diajar di sekolah.

Terpaksa mengerah otak untuk memberi kefahaman untuk pelajar-pelajar tersebut. Tiada masa untuk latih-tubi. Maka, prestasi ujian seterusnya diperingkat sekolah tidak dapat ditingkatkan dengan ketara kerana latih-tubi tidak cukup. Pendedahan kepada soalan-soalan peperiksaan sebenar tidak dapat dilakukan.

Kadang2 terasa amat simpati terhadap ibubapa yang menghantar anak Home Tuition. Tanpa usaha yang sungguh2 daripada anak dengan membuat latih-tubi secara sendirian berterusan gagal mendapat keputusan yang diharapkan. Sejumlah wang yang besar telah dikeluarkan jika dibandingkan dengan tuition biasa. Home Tuition semata2 pasti tidak dapat menghasilkan keputusan yang cemerlang.

Penglibatan secara aktif dalam Home Tuition sejak 2009 telah mengekalkan dan meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran mengajar matematik. Sedangkan di sekolah tidak mengajar matematik untuk UPSR, PMR dan SPM kerana aku hanya seorang guru Pendidikan Khas.

Penglibatan dalam tuition secara kecil-kecilan telah bermula sejak 1999 atas permintaan jiran2 terdekat.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!