Friday, June 22, 2012

Sekolah Khas Autisme di Malaysia

Rosmah Mansor bersama kanak-kanak pesakit Autisme di Rumah Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (Nasom) di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 18 Jun - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mencadangkan penubuhan sekolah pendidikan khas kanak-kanak autistik bagi membantu golongan itu mendapat pendidikan sempurna demi masa depan mereka.

Beliau berkata, Malaysia boleh mengambil contoh pusat pemulihan autistik di Ivymount, Rockville, Amerika Syarikat (AS) yang merupakan sebuah pusat pendidikan khas khusus memberi pengajaran menerusi bidang muzik.

''Sewaktu saya mengikuti lawatan di sana pada 2010, saya mendapati kanak-kanak autistik di pusat tersebut berkeupayaan dan lebih mudah memahami selain mampu berinteraksi dengan baik menerusi muzik, nyanyian serta tarian.

''Sehubungan itu, jika kanak-kanak autistik ini mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang, kita seharusnya membantu mengenal pasti dan mengembangkan minat dan bakat tersebut agar masa depan mereka terbela,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penyerahan majlis sumbangan Rock Melon kepada Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (Nasom) di sini hari ini.

Rosmah yang juga Penaung Permata Negara berkata, beliau bersedia membuka jalan bagi mewujudkan sekolah seumpama itu di samping menyarankan agar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat mengendalikan sekolah tersebut.

Beliau seterusnya menasihati para ibu bapa yang mempunyai anak-anak menghidap autisme supaya tidak menyesali kekurangan anak-anak mereka, sebaliknya membimbing dan membantu mengembangkan minat serta bakat anak-anak tersebut.

''Barangkali bakat tersebut dapat dijadikan sumber mata pencarian apabila mereka dewasa kelak. Jika muzik adalah minatnya, berikan instrumen yang digemarinya, jika melukis adalah kebolehannya maka sediakan kelengkapan secukupnya.

''Semakin lewat anak ini diberikan perhatian sewajarnya, semakin sukar untuk mengatasi masalah kalangan mereka. Kerana itu ibu bapa perlu mengesan simptom ini lebih awal agar anak-anak ini dapat dihantar ke sekolah khas lebih awal,'' katanya.

Di Malaysia, dianggarkan satu daripada 600 kanak-kanak adalah pengidap autistik, statistik terkini juga menunjukkan kira-kira 47,000 daripada jumlah penduduk negara adalah penghidap autisme dan daripada jumlah itu empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen.

Sumber: utusan.com.my

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!