Sunday, July 8, 2012

Atlet / Talent ID OKU Perak

7 Julai 2012. Teman membawa seorang pelajar OKU, Magendran a/l Sivakumar,  untuk Program Pencarian Atlet / Talent OKU negeri Perak 2012 di Kompleks Sukan Rakan Muda Kampar. Bertolak dr Ipoh jam 7.15 pgdan sampai di Kampar 8.05 pg. Ketibaan kami tidak disambut oleh sesiapa. Kami terus menuju ke stadium dalam kompleks tersebut.

Setelah beberapa minit menunggu, barulah ada seseorang meminta kami melapor diri di dewan yang ada dalam kompleks tersebut. Di stadium ada sekumpulan OKU bersama guru2 mereka dari PDK Cenderung Balai. Terkejut melihat..OKU2 yang dibawa mereka nampak dewasa. Ya..memang dah dewasa berumur antara 26 - 35 tahun. Teman bersembang2 dgn guru2 OKU tersebut.

Setelah melapor diri, mereka meminta kami bersarapan. Bukan dihidang tapi dibungkus sahaja termasuk teman sebagai guru pengiring. Lama juga menunggu untuk menjalani sesi pemilihan kerana masih ada peserta yang belum hadir.

Terdapat 20 ujian yang dilalui oleh setiap peserta. Murid OKU teman menjalani semua ujian yang telah ditetapkan. Setelah tamat sesi ujian, pihak penguji memaklumkan bahawa murid OKU teman terpilih sebagai pelatih untuk Kejohanan Paralimpik peringkat kebangsaan mewakili negeri Perak yang akan diadakan pada Nov 2012 di Pahang.

Sepanjang menceburi bidang pendidikan khas sejak 2009, Alhamdulillah, Teman telah berjaya mengerakkan murid2 pendidikan khas sekolah teman dalam bidang kokurikulum terutamanya olahraga.


BERSAING dengan murid normal di sekolah teman.
DIGERUNI diperingkat daerah Kinta.
CEMERANG diperingkat negeri Perak.
MAMPU bersaing diperingkat kebangsaan.


Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas peringkat Kebangsaan.
2009. Dua peserta mewakili perak ke peringkat kebangsaan di Johor.
2010. Dua peserta mewakili perakke peringkat kebangsaan diSelangor.
2011. Tiada penyertaan kerana masalah teknikal. Penyertaan kami tidak dimaklumkan oleh pihak pentadbir daerah Kinta Utara.
2012. Tiada penyertaan. Masalah teknikal dimana penyertaan seorang murid khas kami telah dinafikan.

Special Olimpik peringkat kebangsaan di Ipoh Perak.
2010. Melibatkan tiga perseta sekolah teman. Berjaya memperolehi 3 Emas 2 Perak 1 Gangsa.

Jutaan terima kasih kepada semua murid, ibubapa  dan guru atas sokongan masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!