Tuesday, July 31, 2012

Hajat Harimau Malaya kejut City tak kesampaian

Aguero (kanan) menjaringkan gol City dalam perlawanan persahabatan
di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Goh Thean Howe
Aguero (kanan) menjaringkan gol City dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Kuala Lumpur: Harapan untuk menyaksikan skuad kebangsaan melakukan kejutan ke atas Manchester City tidak kesampaian apabila juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mudah mencapai kemenangan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Aksi cemerlang skuad negara ketika kalah tipis 1-2 di tangan Arsenal Selasa lalu gagal diulangi, sebaliknya hanya bangkit pada baki lima minit terakhir untuk merapatkan jurang selepas ketinggalan tiga gol.
Pada babak pertama, anak buah K Rajagobal terselamat untuk hanya ketinggalan satu gol apabila gandingan Sergio Aguero dan Carlos Tevez bebas berlegar dalam kotak penalti negara untuk mencipta beberapa peluang gol.

Namun hanya percubaan minit ke-18 oleh Aguero yang secara solo memperdaya empat pertahanan berjaya menembusi gawang yang dikawal Farizal Marlias untuk gol pertama skuad kendalian Roberto Mancini.

Selepas rehat, Tevez tidak menunggu lama untuk melebarkan jaringan City dan memperoleh gol kedua pasukannya hasil larian solo minit ke-47 yang menyaksikan penyerang Argentina itu mudah menewaskan Farizal.

Permainan kurang bermaya skuad negara menyaksikan City sekali lagi menggegar gawang (m-52), kali ini menerusi Adam Johnson yang menerima umpanan cantik dari Aguero.

Hanya pada 20 minit terakhir, kemasukan beberapa pemain yang masih segar mengubah sedikit corak permainan negara dan akhirnya gawang City berjaya ditembusi menerusi Azamuddin Akil yang meledak gol sagu hati pada minit ke-88.
Sumber: Bharian

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!