Monday, July 23, 2012

Kelas Tambahan murid pendidikan khas PMR 2012

 
PMR sebenar akan dilaksanakan pada Okt 2012. Sebagai persiapan AKHIR murid2 pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan tersebut, teman mencadangkan kepada pihak pentadbir agar diadakan kelas tambahan mulai Ogos 2012.

Hanya terdapat dua orang sahaja murid pendidikan khas akan menduduki peperiksaan 2012 iaitu Muhamad Huzeir dan Mukundaandass. Kedua2nya berada di kelas pendidikan khas di mana TIDAK diinklusifkan. Guru2 pendidikan khas mengajar semua subjek yangakan diambil. Teman mengajar Math. Pencapaian akademik dlm Peperiksaan Pertengahan Tahun amat mendukacitakan.

Sebenarnya, murid2 pendidikan khas ini TIDAK berkemampuan dari segi akademik. Atas permintaan ibubapa, kami ajar mereka untuk dan seterusnya berusaha mempersiapan diri mereka untuk PMR walaupun guru2 pendidikan khas TIADA kepakaran untuk mengajar subjek2 tersebut.

Kelas tambahan akan diadakan pada waktu PJK (Isnin dan Jumaat) dan Kokurikulum (Rabu). Kelas tambahan melibatkan dua murid sahaja. Guru2 yang terlibat mengajar dengan sukarela iaitu mengajar diwaktu sepatutnya mereka berehat @ membuat kerja2 sendiri.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!