Thursday, July 5, 2012

Keputusan Peperiksaan Faqihah (Peperiksaan Pertengahan Tahun)

Hadir pada Hari Terbuka sekolah Faqihah untuk terima keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 pada 6 Julai 2012. Guru kelas Faqihah terkini ialah Nor Ulma. Fokus perbincangan mengenai prestasi akademik Faqihah.

Prestasi akademik Faqihah masih berada ditahap TIDAK memuaskan. Kemampuan Faqihah menjawab soalan-soalan aliran perdana (Normal) terhad terutama melibatkan soalan-soalan yang mengandungi ayat2 yang panjang. Faqihah MALAS membaca soalan yang mengandungi ayat2 panjang.

Silibus yang diajar dikelas pendidikan khas juga tidak selari dengan aliran perdana. Terdapat soalan yang keluar masih belum diajar. Faqihah juga masih perlu dipantau semasa menjawab soalan. AKUR dengan semua penerangan guru mengenai prestasi akademik Faqihah.

Kesimpulannya, Faqihah masih belum berupaya menjawab soalan-soalan aliran perdana. Jika diberi soalan-soalan peringkat pendidikan khas, Faqihah akan menjawab dengan mudah pula.


Keputusan peperiksaan Faqihah seperti dibawah:

SUBJEK TERAS
BM - 44%
BI - 83%
Math - 68%
Sains - 58%

SUBJEK PILIHAN
Pendidikan Seni - C
Agama - A
PJK - B
Muzik - A
KH - C

RUMUSAN
Markah Keseleuruhan - 252/400
Peratus = .........%

Sedang berusaha membuat ulangkaji di rumah agar prestasi akademik Faqihah dapat ditingkatkan. Kerjasama pihak sekolah diperlukan supaya silibus yang diajar disekolah selari dengan aliran perdana serta ulangkaji dirumah.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!