Wednesday, July 4, 2012

Kisah Autism dewasa

saja nak share perasaan saya...salah satu sebab kenapa saya tak aktif sangat kebelakangan ni.

masa saya duduk kat jepun dulu, saya selalu jumpa orang2 dewasa autism yang naik bas@keretapi. kebanyakkannya macam danial...ada vocal stimulation@vocal tics. ada dua tiga orang tu yang selalu "curse" je. dengan suara kuat kata "Bodoh", "Bahlul" etc. ada yang kerja nye dok bercerita sorang diri. ada yang dok buat bunyi kucing, buat bunyi Krrruuhhhh, Kroooohhh, macam danial.

pada awal2 dulu, saya ingat diaorang tak betul tapi lepas saya mula mendalami pelajaran medic baru saya sedar yang diaorang sama ada autism atau ada masalah penyakit mental. pulak tu masa saya mula clinical rotation dan juga kerja selama sebulan di psychiatric ward, ALLAH berikan saya peluang exposure pada autistic adults yang develop penyakit mental.

of course masa tu, walaupun dah kawin, anak pun masih takde...tak pernah terpikir anak sendiri akan ada autism...pulak tu autism dengan uncontrollable vocal stimulation....

selepas balik malaysia, saya baru jumpa 1-2 orang dewasa yang memang obviously autistic dan nampak "independent". yang sorang tu, orang india. saya jumpa dia kat restoran mamak dekat tempat saya buat Diploma sekarang. nampak kemas dan dia order makanan tanpa masalah dan juga makan dengan begitu kemas sekali. tapi mulut dia dok terkumat kamit tak henti2...dalam bahasa tamil entah apa yang dia ceritakan. tapi nampak orang2 sekeliling dok pandang pelik, ada yang ketawa kecil2 pun ada.

dua minggu lepas, saya ke jepun atas urusan tertentu. 12 hari saya ada di sana dan saya banyak bergerak ke sana sini...dan sepanjang perjalanan saya, saya akan bertemu dengan autistic adults. kebanyakkannye ada vocal stimulation...bila saya tengok diaorang, teringat zaman saya duduk di jepun satu masa dulu. tapi kali ini saya lebih perhatikan diaorang dengan lebih teliti. dan kemudian terbayang dalam otak saya....macam mana agaknya danial dah besar nanti.

pastu saya teringat pada autistic adults yang saya jumpa di Tole Acupuncture dulu. semuanye very good looking. dan kalo selagi diaorang tak mula bercakap atau bergerak, takkan ada orang tau diaorang ada masalah seperti autism.

saya tanya pada diri saya....saya nak anak saya membesar macam mana...terdedah kepada pelbagai autistic adults dari yang masih teenager ke yang dah tua ketika saya di jepun kadang2 menyebabkan "otak saya.....kosong".
 
 Sumber: Sufi Norhany
 

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!