Thursday, July 5, 2012

"saya TAK boleh give up"

Saya tengah menangis. untuk lebih dari dua bulan saya tak buat aggressive teaching. sebab paling besar kerana inginkan "keamanan" dengan keluarga terutama dengan mak saya. sedikit demi sedikit nampak regression dalam danial. paling affected dia nye fine motor skills.

Sebagai yang paling dekat dan yang paling berusaha "jadi murid dan guru" pada danial, saya paling terasa bende ni. tapi orang lain tak terasa sangat... tadi jumpa seorang rakan yang belajar diploma sekali ngan saya. kali terakhir dia nampak danial ada nak lebih setengah tahun lepas. kebetulan dia sekarang ada di chatterkidz buat voluntary teaching dan juga practicum. "Anak awak dah banyak improvement la!" entah kenapa...rasa sejuk hati mendengar. sekarang ni bila saya ingat balik, air mata tak berhenti mengalir.

Macam2 kerisauan tengah melanda. tiap kali risau cuba ingat pada mereka yang lagi susah. tapi hakikatnya. setiap orang perlu menjalani kehidupan sendiri masing2. sama ada lagi senang atau lagi susah dari orang lain sekali pun. yang penting jangan lupa bersyukur pada ALLAH. saya sebenarnya ingin kembali buat aggressive teaching tapi dua bulan lebih dah tak "bermaya". teringat kata kawan2 yang kata kalo buat semua sendiri, akan jadi exhausted dan kaput. mungkin saya dah sampai tahap tu.

Masa berjalan di jepun tuk 12 hari tu, dapat ketenangan sementara...walaupun dok nampak autistic adults ke mana saya pergi...rasa masa tu macam saya dan autism macam takkan dipisahkan. setiap kesusahan ALLAH bagi ada hikmahnya....

Saya sekarang tengah hadapi kesusahan baru dari segi mental selain dari rasa risau kerana sudah hilang semangat untuk berusaha lebih aggressive untuk danial. saya usap kepala danial dan saya akan cakap "i am so sorry, my beautiful boy." dan tiap kali saya lihat barang2 yang telah saya beli untuk ajar danial terbiar macam tu saja rasa sedih teramat...

Tapi saya tahu yang saya tak give up gi. buat keputusan baru ni menandakan saya masih ada semangat untuk danial. perjalanan saya sebagai murid, guru dan ibu danial takde penghujungnya. jadi saya tau, yang saya talk boleh give up.

Sumber: Sufi Norhany

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!