Sunday, July 29, 2012

Pengalaman MANTAN autisma

Salam, kak Yati Ali, kak Azizah Noor dan juga kak emy.

Mungkin sedikit pengalaman yang saya boleh kongsi. Yg ni saya copy dr perbualan saya bersama kak Azizah.
(tak larat nak tulis balik.) :-)

Salam, kak...sorry lambat balas...busy sikit--last minit bnyk kerja di office.


Untuk pengetahuan akak, seingat saya, seperti yang pernah ibu, kakak dan abg sy bercerita, saya seawal umur 1 1/2 tahun dah mula tunjuk simptom2 autisme dan hyperaktif seperti tidak mahu bergaul dengan kanak-kanak lain dan tidak tahu mengunakan bahasa...

saya juga seperti punya dunia tersendiri, main sendiri, suka uruskan diri sendiri, makan sendiri, mandi sendiri---dll.

keadaan tersebut berlaku sehingga umur sy lebih kurang 4-5 tahun sebelum sy mula bersekolah.

pada mulanya, mereka (keluarga) memang sukar untuk menerima tabiat saya, malu nak bawa pergi majlis sebab sy berbeza dengan kanak2 yang lain, tambahan dengan narrow minded dari saudara-mara yang cucuk2, kata saya berkawan dengan makhluk halus, bunian, saka dan lain-lain, buat keluarga saya lebih tertekan.

selain itu, sy tidak suka diganggu jika sedang bermain atau duduk diam atau dipaksa melakukan sesuatu.

tapi, alhamdulillah, saya punya keluarga yang begitu supportive, walaupun saya tidak memberi sebarang respons, seawal umur 2 tahun, arwah abah dan ibu saya, kakak-abang saya mula mengajar saya berborak dengan cara orang dewasa, bertutur dengan bahasa yang tersusun, dan jarang sekali menggunakan bahasa2 pasar apa lagi bahasa2 yang kasar dan kesat.

Dengan cara itu, mungkin saya dapat absorb perkataan2 dan gaya bahasa dengan betul. Kebanyakan parents--ini dari pemerhatian saya, memanjakan anak2 mereka dengan gaya bahasa yang lembut, manja dan kadang2 menyebut perkataan dengan cara kanak-kanak. Itu tidak bagus sebenarnya.

Selain itu, seusia 3 tahun, saya sudah mula diajar mengeja, kenal huruf, dan nombor. Pada mulanya memang susah, sebab sy memang tak akan duduk diam, tapi gunakan cara alternatif, ajar semasa makan, semasa menonton tv, sambil2 saya main permainan, sambil2 saya berlari2...selitkan sedikit unsur2 pendidikan.

Saya masih ingat lagi, arwah abah sering bercakap2 dengan saya kalau dia bw saya naik motor, apa sahaja yg ada dihadapan kami, dia akan sebut, dan suruh saya ulang---perkataan pertama yang saya dapat sebut ialah "keretapi/kereta api".
Rumah kami dekat dengan stesen keretapi, dan tiap2 petang kalau keluar ke kedai memang arwah abah akan bw saya tgok keretapi, dan tak jemu2 sebut.

mungkin panjang kalau saya nak cerita semua,
tapi banyak yang saya dah lalui sebagai seorang penghidap autisme, umur 5/6 tahun baru saya mula bertutur, darjah 1-3 saya belum kuasai 3M---walaupun sebenarnya saya tahu dan hafal semua pelajaran, dan cemerlang dalam peperiksaan...pelik bukan?

Sebenarnya kanak2 autisme atau mana2 sekali pun kanak2 kelainan respons (saya tak suka disebut OKU atau kelainan upaya..hehehe), cara dan kaedah adalah sama, cuma ibu bapa dan keluarga perlu lebih kreatif untuk guna kaedah2 lain.

Ada kanak -kanak autistik yang berbakat dalam bidang muzik atau matematik , bijak menyusun jigsaw -puzzles serta menggunakan komputer atau mesin taip. Oleh itu , penilaian terhadap kanak -kanak autistik perlu merangkumi aspek -aspek riwayatnya yang terperinci , pemeriksaan fizikalnya yang teliti serta penilaian keupayaan intelek dan sosialnya. Kelemahan - kelemahan dan kekuatan -kekuatan yang ada pada dirinya perlulah dikenal pasti.

Ibu bapa perlu mengetahui kekuatan dan kebolehan yang dimiliki oleh anak -anak autistik mereka kerana ini akan memberi mereka harapan untuk meneruskan usaha mendidik dan mengasuh anak itu.

Dan, alhamdulillah, walaupun tak secemerlang mana, saya sekarang mampu berdikari, mencuba pelbagai jenis lapangan kerja dan mampu menonjolkan bakat yang ada dalam bidang2 seni, kreatif----dimana yang tak pernah terfikir oleh keluarga saya pada masa dahulu.

Jadi, saya harap kakak dan keluarga jangan terlalu risau, anugerah pada mereka sebenarnya adalah lebih istimewa dari kanak2 lain.

Salam hormat --- Najeeb.


Sumber: KAA

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!