Saturday, July 21, 2012

Puasa anak2ku 2012

Anak2ku bersama sepupu di Kuala Kangsar Raya 2009

Semua bersemangat untuk berpuasa pada 21 Jul 2012. Malangnya Kak Long dan Faqihah tidak dapat menunaikan puasa pada hari pertama kerana UZUR. Haziq bangun sahur tapi tak selera makan. Cuma makan roti dan smart coco A+ shj. Haziq sebenarnya masih belum wajib berpuasa lagi tapi kami latih dia berpuasa.

Bangun pagi, tanpa kesedaran kami kak long dan Faqihah makan dihadapan Haziq tapi nasib baik dapat mengawal Haziq agar tidak turut sama makan. Haziq tidak makan hingga waktu berbuka walaupun setengah jam sebelum berbuka dia mengerang perut lapar.

Siang hari, Kak Long pergi ke perpustakaan Tun Razak, Ipoh untuk bersama rakan2 sekolahnya ulangkaji UPSR. Haziq dan Faqihah berada di rumah menonton TV. Abah terpaksa keluar untuk uruskan pembayaran bas lawatan. Manakala disebelah pagi 9 - 11 pg, Home Tuition Puteri Syazwani untuk Add Math. Tuitionnya berkala kerana sekarang dah berada di MRSM Parit. Prestasinya masih berada ditahap sederhana tapi tiada kesukaran mengajarnya kerana dia mudah faham disebabkan asas mathnya kuat. Manakala ummi mendapatkan rawatan dgn Dr Aishah, Attitude Therapy,  pada sebelah pagi untuk masalah muka dan berat badan yang naik mendadak.

Sebelah petang, semasa ambil Kak Long, kami pergi ke pasar ramadan di SPPK. Cuma RM10.00 sahaja keperluan berbuka dibeli. Bukan tak mampu tapi cuba kawal nafsu membeli. Diantara barangan yang dibeli ialah:

Abah - Dua jenis kueh
Kak Long - Kebab ayam
Haziq - Nasi Ayam

Masa berbuka tiba. Suasana menjadi kelam-kabut bila hidangan telah disediakan.

Selesai berbuka. Semua dalam kekenyangan terutama Haziq habis semua nasi ayam yang dibelinya. kebiasaannya dia hanya makan separuh sahaja. Hadif bermasalah untuk makan kerana dia amat memilih. Cuma makan biskut sahaja.

Jam 8.30 mlm, abah dan Haziq pergi solat isyak dan tarawih di masjid Al-Hidayah. Sekian kisah hari pertama puasa 2012.

Menu anak2ku

Menu Kak Long
Menu Haziq
Menu Faqihah



Abah dan Ummi cuma makan nasi putih, sup daging dan sayur kailan sahaja. Mampukah anda?

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!