Friday, July 6, 2012

Tabiat Dan Penyakit


Terdapat beberapa tabiat tertentu yang biasa dilakukan sama ada sengaja atau tidak sebenarnya menunjukkan keadaan kesihatan. Malah, apabila diamalkan selalu ia akan lebih memudaratkan lagi tahap kesihatan.
Sebelum ini telah diterangkan kaitan antara penyakit dengan organ dalam post bertajuk "Falsafah Punca Penyakit". Di sini cuma tiga jenis tabiat yang utama yang boleh dilihat dengan jelas dan mudah dikesan.

KEBOSANAN

Seseorang yang kerap mengeluh berkata seperti

"Bosan" atau

"Bosanlah" atau

"Bosannya" atau

"Borring" atau

lain-lain pertakataan seumpamanyanya, ialah seorang yang lemah sistem antibodinya. Antibiotik semulajadi tubuhnya juga lemah untuk menentang sebarang penyakit. Sistem kawalan biotik (NW5) yang terletak di bahagian bawah Hipothalamus ialah bahagaian yang juga mengawal biotik tubuh. Oleh itu, probiotik di bahagian organ-organ tubuh tertentu juga terjejas terutamanya bahagian usus besar. Antara kesan kelemahan di bahagian usus ialah seperti cirit-birit.

Antara sikap yang ditonjolkan oleh mereka yang lemah sistem antibodinya ialah gangguan keceriaan. Mereka yang tidak ceria akan melakukan sesuatu tanpa merasa puas. Contonya apabila menonton TV, mereka akan menontonnya dengan lama. Apabila bermain (bagi kanak-kanak), mereka akan bermain dengan lama. Tetapi mereka tetap tidak akan puas dan akan mengulangi bermain atau menonton dengan lama pada hari yang berikutnya. Sepatutunya mereka yang normal di bahagian kawalan biotik atau keceriaannya akan rasa puas walaupun bermain sebentar atau menonton TV untuk tempoh yang singkat.

Bagi remaja, mereka akan mengisi kebosanan dengan cara bersosial atau keluar berjumpa dengan rakan-rakan. Kadang kala mereka keluar ke pusat memebeli belah tanpa hala tujuan. Tetapi mereka tetap tidak akan merasa puas dan akan terus keluar setiap hari. Sampai pada peringkat yang lebih terus lagi mereka akan mengambil bahan terlarang seperti merokok, mengambil dadah, mengambil akohol. Selain itu, mereka akan membuat perkara yang baru untuk meningkatkan lagi kepuasan yang disangkakan dapat mengisi kebosanan seperti menonton bahan lucah hingga ingin mencubanya.

Antara tanda atau simptom yang berkaitan dengan kelemahan pada bahagian sistem antobodi ialah seperti berikut:

1. Muka berjerawat dan ada masalah kulit.
2. Alahan dengan habuk.
3. Mudah mendapat kudis.
4. Luka lewat sembuh.
5. Suka memakai pakaian yang menyamai level warna NW5 atau indigo atau pakaian gelap.

Tabiat sering berkata "bosan" atau "borring" secara berterusan akan mematikan lagi lebih banyak sel-sel dormant (sel yang hidup dan berpotensi tetapi kurang aktif atau kurang digunakan) di bahagian otak.

KETIDAKPRIHATINAN

Mereka yang sering mengatakan:

"Lantak lah" atau

"Biar lah" atau

"Peduli apa" atau

lain-lain perkataan seumpamanya ialah tanda-tanda ketidakprihatinan. Sikap prihatin dikawal oleh organ Pankreas (NW15) dan Hati (NW12). Setiap kali seseorang menyebut perkataan di atas atau seumpamanya, ia menunjukkan organ bahagian penghadamam sedang lemah.

Tabiat ini menjadikan seseorang itu kurang rasa prihatin, tidak menghiraukan sesuatu nasihat atau saranan dan tertutup pintu hati daripada memiliki perasaan simpati dan empati.

Tabiat menyebutnya berulang kali akan menyebabkan kolestrol makin banyak terbentuk. Selain itu sel-sel dormant bahagian penghadaman juga akan mati dan merosot.

Antara tanda atau simptom yang berkaitan dengan tabiat ini ialah:

1. Tahap kolestrol tinggi.
2. Pembentukan banyak kutil atau ketuat atau tahi lalat di kulit.
3. Tidak tahan mandi atau minum air sejuk.
4. Tidak tahan kesan pembongkaran ditoksifikasi (apabila mengambil rawatan berunsur semula jadi atau rawatan alternatif).
5. Tahap gula dan urik asid tinggi dalam darah.

KETIDAKPUASAN

Mereka yang kerap mengeluarkan comment complant atau

Mengadu domba atau

Sering meluahkan ketiakpuasan hati atau

Melihat sesuatu seperti tidak sempurna atau tidak betul

atau sebagainya menunjukan seseorang itu mengalami gangguan emosi dan perasaan. Mereka yang bertabiat begini biasanya mengalami beberapa masalah berkaitan dengan jantung, dada dan paru-paru.

KETIDAKYAKINAN

Mereka yang kerap melakukan perbuatan seperti ini;

Menghantak kaki seperti berentak ketika duduk atau

Menggoyangkan kaki atau

Menghenjut jengket kaki (angkat tumit jengket dan henjut) atau

Melibas-libas goyang kaki atau

Menggerakkan jari-jari tangan

atau seumpamanya yang berkaitan dengan goyang kaki menunjukkan organ-organ bahagian fizikal seperti Sistem Darah dan Sistem Otot (NW18)Usus (NW19)Sistem Saraf dan Sistem Tulang (NW20) sedang lemah.

Perbuatan ini dilakukan secara tidak sengaja untuk mengimbangi kelemahan pada bahagian organ-organ yang dinyatakan tadi. Apabila kaki digoyangkan, maka keyakinan akan dapat ditingkatkan dan gangguan karektor akibat kelemahan organ yang terlibat dapat dikurangkan.

Bisanya tabiat ini mula terjadi kepada mereka yang keletihan. Tetapi tabiat ini akan dilakukan secara tidak sengaja pada waktu yang lain. Melakukan tabiat menggoyangkan kaki ini secara berterusan akan menyebabkan sel-sel dormant di bahagian organ yang dinyatakan tadi akan mati dan merosot. Malah tubuh juga akan kehilangan gema (tenaga atau vibration sel).

Punca Tabiat Berterusan

Kali petama tabiat ini dilakukan tanpa sedar disebabkan oleh kelemahan organ yang terlibat. Tetapi ia akan menjadi sesuatu yang berterusan dilakukan disebabkan oleh faktor ketidakseimbangan IQ. Ketidakseimbangan IQ terjadi apabila terdapatkan lebihan protein yang merupakan logam berat yang mengganggu Kelenjar Pituitari dan sistem sympathetic (tindakan luar kawal). Akibatnya akan timbul simptom "berkenan" terhadap sesuatu tabiat yang dilakukan pada pertama kali.

Behaviour Therapy

Terapi Sikap atau lebih terkenal dengan nama Terapi Kelakuan (Habit Therapy / Behaviour Therapy) merapakan salah satu cara terbaik untuk merawat sesuatu penyakit. Apabila seseorang menyedari salah satu daripada tabiat yang diteritakan tadi, maka cubalah dengan sedaya upaya berhenti atau mengawalnya. Jika ia terjadi tanpa sengaja, maka ia adalah tanda kelamahan pada organ yang terlibat.

"Berkenan" atau kekerapan mengulangi tabiat tersebut boleh dielakkan dengan cara mengawal pemakanan atau mengurangkan pengambilan protein tinggi.

Behaviour Therapy yang terbaik sebenarnya ialah melalui solat yang dilakukan dengan tomakninah.

Mereka yang menolak Hukum Keseimbangan antara organ dan karektor atau menolak kaitan antara organ dan bawaan karektornya, pasti akan menemui jalan buntu untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau merawat penyakit.

Semoga anda gembira dengan maklumat yang diberikan. Cuma tiga sahaja tabiat umum yang diterangkan. Sekiranya anda dapat memahami tulisan dalam post ini serta cuba mempraktikkannya, insya Allah, anda mampu meningkatkan tahap kesihatan hampir 70% dan mencegah daripada mendapat sesuatu penyakit.
Perlis Kedah Pulau Pinang Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu Kelantan Kangar Alor Setar Seremban Johor Baharu Kuantan Kuala Terengganu Kota Bahru Sabah Sarawak Kuching Kota Kinabalu

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!