Monday, August 13, 2012

Bebanan Tugas Ramadhan

Kesian isteri Pak Yoep. Dalam bulan Ramadhan terpaksa melaksanakan tugas yang bertimbun2. Kadang2 terpaksa TIDAK tidur malam menyiapkan tugasan yang dikehendaki dengan kadar segera. Bos sentiasa kata "URGENT'... Tiada istilah TIDAK Urgent.

Aktiviti seperti ini berlaku sejak isteri Pak Yoep berpindah ke jabatan baru. Dari Jabatan Perancang Bandar ke Jabatan Kejuruteraan. Sejak berkerja ke Jabatan Kejuruteraan beban kerja begitu banyak sekali. Banyak kerja2 pejabat terpaksa dibawa ke rumah. 

Bila ada kerja yang perlu disiapkan pada waktu malam. Kerja dilakukan selepas anak2 tidur. Tugas Pak Yoep tidurkan anak2 terutama yang bongsu, Hadif. Terpaksa alihkan perhatian agar dia tidur tanpa kehadiran umminya. Anak2 yang lain tiada masalah.

Kadang2 isteri Pak Yoep tertidur sendirian. Nak buat macamana, tugasan perlu disiapkan juga...Moga setiap tugasan yang lakukan oleh beliau akan diberi ganjaran setimpal oleh yang Esa dalam bentuk yg tidak disangka2.

Hanya kata2 perangsang yang mampu diberikan.



No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!