Sunday, August 5, 2012

Bolt pecah rekod, kutip emas 100m Olimpik

Usain Bolt
Gaya tersendiri Usain Bolt yang memperoleh emas dalam acara akhir 100m Lelaki di Sukan Olimpik 2012. 
Usain Bolt
USAIN Bolt (tengah) tiba garis penamat acara separuh akhir 100m Lelaki sebelum memenangi final 100m. 
 
SEPERTI diramalkan banyak pihak walaupun berhadapan dengan masalah kecederaan, Usain Bolt memenangi emas dalam acara 100m Sukan Olimpik 2012 dengan menghasilkan rekod baru 9.63 saat, di Stadium Olimpik London (awal pagi tadi waktu Malaysia).

Atlet Jamaica itu mengatasi Yohan Blake, juga dari Jamaica, dan Justin Gatin masing-masing dari Jamaica dan Amerika Syarikat, menduduki tempat kedua dan ketiga.

Bolt, 25, muncul sebagai atlet kedua memenangi emas dalam acara 100m dalam dua temasya berturut-turut. Atlet terdahulu mencatatkan rekod sedemikian ialah Carl Lewis dari Amerika Syarikat.
Dalam reaksinya, Bolt berkata, dia tahu akan memenangi larian 100m di London.

"Saya gembira, apabila saya masuk ke pusingan pertama, saya sudah merasai yang saya boleh melakukannya," katanya selepas menang acara 100m.

Pada Sukan Olimpik 2008, Bolt lari dengan kepantasan 9.69s dalam acara 100m, 19.30s (200m) dan mencipta rekod 4×100m dengan masa 37.10s.


Keputusan akhir 100m di Olimpik 2012 London:

1. BOLT Usain (Jamaica)   9.63 saat
2. BLAKE Yohan (Jamaica) 9.75 saat
3. GATLIN Justin (AS) 9.79 saat
4. GAY Tyson (AS) 9.80 saat
5. BAILEY Ryan (AS) 9.88 saat
6. MARTINA Churandy (AS) 9.94 saat
7. TRI THOMPSON Richard    (Belanda) 9.98 saat
8. JAM POWELL Asafa (Jamaica) 11.99 sat  

Evolusi rekod 100m

9.63 Bolt, Beijing 2008
9.69 Bolt, Beijing 2008
9.72 Bolt, New York 2008
9.74 Powell, Rieti 2007
9.77 Powell, Athens 2005
9.79 Greene, Athens 1999
9.84 Bailey, Atlanta 1996
9.85 Burrell, Lausanne 1994
9.86 Lewis, Tokyo 1991
9.90 Burrell, New York 1991
9.92 Lewis, Seoul 1988
9.93 Smith, Colorado 1983
9.95 Hines, Mexico 1968

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!