Sunday, August 5, 2012

Chong Wei minta maaf, peminat tabik

Lee Chong Wei
Jurulatih Tey Seu Bok menenangkan Lee Chong Wei selepas kecundang di tangan Lin Dan

Lee Chong Wei
Lee Chong Wei bersama pingat perak selepas kecundang di tangan Lin Dan di Sukan Olimpik London, hari ini.

SHAH ALAM - "Saya minta maaf". Itulah kata-kata ringkas daripada Datuk Lee Chong Wei selepas gagal memperoleh emas dalam acara badminton perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik di London, malam ini.

Beliau berkata demikian selepas sekali lagi gagal di tangan Lin Dan, musuh tradisinya, yang memperoleh emas pada 2008 di Beijing.

Chong Wei kemungkinan ada sebab beliau berbuat demikian. Satu negara meletakkan harapan pada beliau untuk membawa emas tunggal ke tanah air.

Susulan mesej itu, yang ditulis menerusi mikro blog twitternya kira-kira jam 9.55 malam tadi (waktu Malaysia), Chong Wei ‏pilihan pertama Sukan Olimpik 2012, menghantar mesej susulan 15 minit kemudian dengan antara lain berkata:

"Terima kasih kepada semua. Saya minta maaf. Saya tidak dapat kutip emas (kali ini)."

Bagaimanapun penyokong dan peminatnya menolak mesej itu sambil ada yang menjawab Chong Wei, yang turut menitiskan air mata selepas perlawanan, tidak wajar meminta maaf.

Chong Wei tiada sebab untuk meminta maaf, kata sebahagian besar pengikutnya. Kebanyakan memberi semangat kepada Chong Wei.

Laman twitter dibanjiri dengan urutan mesej sepanjang dua jam pertama selepas perlawanan antara Chong Wei dan Lin Dan berakhir.

Sebahagian mereka juga menegaskan bahawa beliau telah mempamerkan permainan yang cemerlang dan oleh itu, wajar dianggap sebagai 'pemain memperoleh emas.'

Seorang pengikut Chong Wei bernama Lim Yee Wai berkata, "anda sentiasa menjadi hero saya, anda telah menyatukan sebuah negara, tidak kira kaum, agama, warna atau gender. Setiap orang di belakang anda."

Seorang lagi peminatnya, Lina Shabbir berkata, "‏@limbo88 @Lee_C_Wei Wai Lim, saya bersetuju dengan anda, 100 peratus! Setiap orang di belakang anda, Chong Wei, anda emas yang berharga bagi Malaysia. Tahniah, permainan yang baik!"

Penyanyi tersohor Siti Nurhaliza juga melahirkan reaksi beliau.

Katanya, "terharu dan bangga dengan semangat Datuk! Datuk kebanggaan Kami Rakyat Malayaisa."
Peminat bernama Yann Herng menasihatkan Chong Wei tidak wajar memohon maaf.

"Datuk hentikan itu!!!!!! Henti daripada memohon maaf!!! Anda sudah pun menjadi sebutir emas dalam hati 28 juta orang (rakyat Malaysia)," katanya.

Afnan Syuwari pula berkata, "tidak kira apa, anda hero saya dan kami sangat bangga dengan anda."
Seorang lagi peminat bernama Nadzmi Amir Mohd Asri pula berkata, "walaupun tewas, Lee Chong Wei mempamerkan aksi yang menakjubkan dalam pertemuan final."

Braces Boy pula menulis menerusi akaun twitternya bahawa "28 juta rakyat Malaysia berbangga dengan semengat dan perjuangan anda Lee Chong Wei. Tahniah saya ucapkan."

"saya dah cuba yang terbaik" - Datuk Lee Cong Wei, dua pingat perak dalam Sukan Olimpik.


Sumber: Sharian

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!