Monday, August 13, 2012

PUNCA KITA GEMUK

Korang penah dengar tak gemuk air, gemuk daging, gemuk tulang .. haha, macam-macam jenis gemuk ada kan, tapi apa sebenarnya punca kita menjadi gemuk? Ramai yang gagal menurunkan berat badan kerana tak faham dan tak tahu punca mereka menjadi gemuk. Ada yang kata makanan yang berlemak penyebab gemuk, tetapi sebenarnya kita gemuk kerana respons badan kita terhadap karbohidrat dan gula yang berlebihan, sehingga menyebabkan kegemukan sukar untuk dikawal.

Pemakanan yang tinggi dengan gula dan karbohidrat (seperti roti, tepung dan makanan ruji) meningkatkan perembesan hormon insulin dari kelenjar pankreas. Bila paras insulin itu tinggi, makanan yang dimakan lebih mudah ditukarkan menjadi lemak badan dalam bentuk trigliserida. (Paras trigliserida yang tinggi sebenarnya merupakan antara faktor yang penting bagi mendapat penyakit jantung).

Fungsi utama hormon insulin ialah juga untuk menukarkan gula kepada glikogen, iaitu sejenis bentuk penyimpanan gula di dalam badan. Glikogen disimpan di hati dan juga di bahagian otot badan. Apabila gula diperlukan oleh badan, glikogen akan ditukarkan kepada bentuk gula yang boleh digunakan oleh badan sebagai punca tenaga segera.

Bila anda memakan gula dan karbohidrat, separuh dari gula itu digunakan untuk membekalkan tenaga pada badan, separuh lagi ditukarkan kepada glikogen untuk disimpan. Hanya 2,000 kalori sahaja jumlah tenaga yang boleh disimpan sebagai glikogen, manakala lebihannya akan ditukarkan kepada lemak.

Insulin juga akan menghalang lemak badan digunakan dari tempat simpanannya kerana badan anda sudah pun mendapat tenaga yang mencukupi dari karbohidrat yang berlebihan itu.

Kitaran makan berlebihan karbohidrat dan tindakan hormon insulin inilah sebenarnya penyebabnya anda gemuk di samping gaya hidup moden yang membuatkan anda leka dan tidak melakukan cukup pergerakkan yang boleh membakar karbohidrat yang dimakan itu sehingga ianya disimpan sebagai lemak. Manusia sekarang ramai yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya menjadi mesin penghasil lemak jika terlibat dalam kitaran tersebut.

Jom kita kurang-kurangkan pengambilan karbohidrat dan gula ini. Ke arah kehidupan yang lebih sihat!

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!