Wednesday, September 26, 2012

Hari jadi bersama kanak-kanak istimewa


JAYARATNAM (tengah) memotong kek hari jadi sambil disaksikan kakitangan dan kanak-kanak istimewa Persatuan Pemulihan Sultan Azlan Shah di Bercham, Ipoh semalam.




HARI JADI. Sambutan ulang tahun kelahiran Pengerusi Yayasan Sultan Idris Shah (YSIS), Tan Sri V. Jayaratnam meriah apabila diraikan bersama seramai 200 kanak-kanak istimewa di Bercham, Ipoh semalam. Beliau yang genap usia 84 tahun diraikan dengan persembahan nyanyian lagu hari jadi dan sketsa yang dipersembahkan kanak-kanak istimewa dan kakitangan Persatuan Pemulihan Sultan Azlan Shah di Yayasan Sultan Idris Shah (YSIS).
"Saya menyambut ulang tahun kelahiran saya sejak tahun 1999 lagi di YSIS bersama kanak-kanak ini dan berasa gembira kerana sekali lagi berpeluang menyambut hari jadi bersama mereka.
"Walaupun mempunyai banyak urusan dengan pihak lain, pada hari kelahiran ini saya lebih gemar meluangkan masa bersama kanak-kanak untuk memastikan mereka sentiasa gembira," katanya yang juga Pengerusi Perak Turf Club (PTC).


Catatan: 

Faqihah pernah menjalani perkhidmatan terapi pertuturan dan terapi carakerja di yayasan ini sehingga mampu bercakap. Pihak yayasan memohon kepada kami agar Faqihah ditamatkan menerima terapi di sini kerana telah pulih seterusnya memberi peluang kepada kanak2 istimewa yang lain. Dua kali seminggu Faqihah hadir di yayasan ini Tenaga pengajar yang terlibat ialah PN SUSAN (OT) dan CRISS (SP). Terima kasih kami sekeluarga ucapkan atas sumbangan anda kepada anak kami, Faqihah.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!