Thursday, September 27, 2012

Kenali KELAS PENDIDIKAN KHAS




NAMA PENYELARAS : EN. MUHAMAD ZURAIMY BIN JA’AFFAR
NAMA GURU : PN. NORSAHAJA BINTI ABSARUN
PEMBANTU PENGURUSAN MURID PK : PN. NOR MASRALIZA BINTI MAMAT

PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-
  • Perkembangan mental
  • Kestabilan emosi
  • Integrasi sosial
KANAK-KANAK KHAS

Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.

“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993

Apa Dia kanak-kanak Khas ?

………… “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.
Chua Tee Tee, 1981

Apa Dia Pendidikan Khas ?

……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.


Istilah “specific learning disabilities (SLD)” akan digunakan untuk membezakan kumpulan ini daripada kumpulan kanak-kanak yang mengalami ‘kerencatan akal’.

MASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK :
 
…………merupakan kecelaruan dalam proses psikologi asas yang terlibat dalam penggunaan bahasa (keupayaan mendengar, memikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja, mengira)

Istilah-istilah lain yang berkaitan : perceptual handicap, brain distunction, dyslexia, developmental aphasia.
Tidak termasuk kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran akibat kecacatan pada organ deria, anggota kerencatan akal, masalah emosi kekurangan / perbezaan persekitaran.

4 unsur penting :

(a) Percanggahan antara ukuran kecerdasan (IQ score) dan prestasi sebenarnya (IQ achievement alscrepancy)
(b) Punca masalah ini adalah kekurangan pada kefungsian / kecekapan sistem saraf dan bukan kecederaan (brain, dysfuncition,not brain damage)
(c) Kanak-kanak ini memerlukan latihan yang khusus untuk mengatasi masalah pemprosesan maklumat yang asas (basic processing problem)
(d) Masalah ini mungkin wujud bersama dengan persekitaran yang kurang sempurna, kecacatan akal atau kecelaruan emosi , ia tidak berpunca daripada perkara-perkara tersebut.

PUNCA-PUNCA “LEARNING DISABILITIES (LD)”

 Punca yang sebenar masih belum diketahui dengan tepat, tetapi mesalah ini disyaki berpunca daripada :

1. Faktor-faktor organik dan biologi di mana ramai kanak-kanak yang menghadapi masalah LD menghasilkan gelombang otak yang luar biasa. Ada kemungkinan wujud gangguan proses perkembangan otak semasa bayi dalam kandungan.
2. Faktor genetik, di mana masalah LD wujud dalam keluarga yang sama. Masalah LD juga didapati wujud pada kedua-dua kembar seiras.
3. Faktor persekitaran, khususnya kualiti pengajaran yang kurang baik telah menjejaskan proses penbelajaran.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK LD
 
(i) Masalah persepsi, persepsi motor dan koordinasi. Kanak-kanak ini mangalami kecelaruan menyusun dan mentafsirkan maklumat visual dan auditori. Ramai yang menghadapi masalah motor semasa melakukan aktiviti fizikal.
(ii) Didapati ramai kanak-kanak yang telah mengalami LD juga mengalami masalah daya tumpuan dan hiperaktiviti, walaupun masalah ini juga wujud di kalangan kanak-kanak yang bukan LD.
(iii) Kecelaruan daya ingatan dan fikiran. Ramai kanak-kanak LD mengalami kekurangan daya ingatan terhadap rangsangan visual dan auditori mungkin disebabkan :
(a) kurang mahir menggunakan strategi-strategi yang biasa digunakan oleh kanak-kanak lain
(b) masalah fonologinya mengakibatkan masalah mengingati maklumat lisan. Juga kurang kesedaran tentang kemahiran strategi.
(iv) Masalah penyesuaian sosial. Masalah “kurang penerimaan” oleh rakan sebaya, guru dan pihak berpunca daripada kekurangupayanya memahami maksud orang lain dan komunikasi kanak-kanak ini juga kurang motivasi dan berisiko tinggi mengabaikan segala usaha mambantu dirinya.
(v) Menunjukkan kaedah pembelajaran yang efektif dan kekurangan strategi, khasnya semasa menghadapi masalah akedemik.
(vi) Masalah prestasi akademik. Biasanya masalah wujud dalam semua bidang akademik seperti membaca, bahasa (lisan atau bertulis) dan matematik atau dalam satu 2 bidang sahaja.

KEJAYAAN ORANG-ORANG ISTIMEWA

Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu.

Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak anda menjadi pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing-masing.

Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi!

SEJARAH RINGKAS

Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) Sekolah Kebangsaan SK Kompleks Sultan Abu Bakar, mula dibuka pada 8 Februari 2006 dengan pelajar seramai 4 0rang. Guru yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Kelas Pendidikan Khas ini ialah En. Ahmad Nizam Bin Nordin. Beliau telah mengajar dan menguruskan kelas ini. 

Kelas Pendidikan Khas SKKSAB merupakan kelas baru bagi sekolah tersebut. Pada mulanya kelas pendidikan khas ini di tempatkan di bilik persalinan lelaki berhampiran dengan padang. Kelas yang di sediakan tidak berapa besar dan kurang sesuai bagi memenuhi matlamat pendidkan khas. Kelas tersebut telah digunakan selama setahun.

Pada awal 2007, seorang lagi tenaga kerja telah ditempatkan di kelas tersebut iaitu Encik Muhamad Zuraimy bin Ja’affar yang sebelum ini mengajar dalam bidang yang sama di SK. LKTP Chemplak dan SK. LKTP Maokil 1 Labis, Segamat. Murid juga telah bertambah seramai 2 orang dan menjadikan jumlah murid seramai 6 orang berserta 2 orang guru.

Pada penghujung januari 2007, En Muhamad Zuraimy telah membuat perbincangan bersama Tuan Guru Besar bagi mendapatkan sebuah kelas yang sesuai dan lebih besar bagi menggantikan kelas yang sedia ada. Oleh itu, Tuan Guru Besar telah bersetuju untuk memberi Bilik Ko-Kurikulum sebagai kelas Pendidikan Khas. Oleh itu, Encik Muhamad Zuraimy dan Encik Ahmad Nizam telah cuba menyiapkan kertas kerja bagi mengubahsuai bilik ko-kurikulum ini kepada kelas pendidikan khas yang sebenarnya. .Pada bulan April 2007, pihak sekolah telah mendapat peruntukan bagi menaik taraf kelas pendidikan khas. Kerja-kerja menaik taraf memakan masa selama 2 bulan. Selepas cuti persekolahan penggal pertama sesi kedua, para pelajar dan guru telah berpindah ke kelas yang baru.

Walaupun kelas ini masih baru dan serba kekurangan, ini tidak mematahkan semangat dan menghalang guru untuk meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan kegigihan dan berkat kesabaran serta bantuan dari pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru SK Kompleks Sultan Abu Bakar kekurangan tersebut dapat di atasi secara berperingkat.

PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR

Program Integrasi Pendidikan Khas

Program integrasi pendidikan khas Sekolah Kebangsaan kompleks Sultan Abu Bakar telah menjalankan program masalah pembelajaran. Program ini melibatkan pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran seperti slow learner, hyperaktif, terencat akal sederhana dan perkembangan lewat. 

Kurikulum Pendidikan Khas

Kurikulum Pendidikan Khas adalah kurikulum yang diubahsuai mengikut keperluan murid-murid pendidikan khas.
Langkah-langkah Pengajaran & Pembelajaran bagi setiap kemahiran itu boleh diperincikan oleh guru lagi mengikut tahap pemahaman murid supaya objektif Pengajaran & Pembelajaran tercapai.

Bidang Akademik Berfungsi
  • Komponen Bahasa Melayu
  • Komponen Matematik
  • Komponen Bahasa Inggeris
  • Komponen Multimedia
Bidang Pengurusan Kehidupan
  • Komponen Pengurusan Diri
  • Komponen Kemahiran Manipulatif
  • Komponen Pengurusan Tingkahlaku
  • Komponen Kemahiran Hidup
Bidang Kerohanian dan Nilai-nilai Murni
  • Komponen Pendidikan Agama Islam
Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti
  • Komponen Pendidikan Jasmani
  • Komponen Pendidikan Seni
  • Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan drama
  • Komponen Pendidikan Sosial dan Alam Sekitar
  •  
  •  
  • Rujukan: SK Kompleks Sultan Abu Bakar

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!