Monday, September 24, 2012

Penganjuran terbaik

Buat pertama kali dalam sejarah, Unit Pendidikan Khas sekolah Pak Yoep telah menganjurkan suatu aktiviti kokurikulum peringkat Kinta Utara. Kami diarahkan menganjurkan Pertandingan Petanque Pendidikan Khas Kinta Utara 2012 pada 19 Sep 2012 (Rabu). Pak Yoep merupakan 'Master Mind' dalam penganjuran tersebut selaku setiausaha pertandingan.

Hasil kerjasama semua guru dan PPM, penganjuran telah dapat dilaksanakan dengan baik walaupun tanpa 'sentuhan'  pengetua. Pertandingan telah disertai oleh 10 buah sekolah.

Dalam pertandingan tersebut, sekolah Pak Yoep telah menjadi JOHAN.

Keesokan harinya, Pen kanan Pendidikan Khas menunjukkan SMS drp PPD Pendidikan Khas Kinta Utara. PPD Pendidikan Khas Kinta Utara telah memberi pengiktirafan atas penganjuran tersebut yang beliau sifatkan sebagai Penganjuran Terbaik dan bertaraf  PROFESIONAL..... 

Tahniah kepada semua guru dan PPM yang terlibat.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!