Monday, September 24, 2012

Perasaan MALU dikalangan anak2 autisma


"Bagaimana nak melatih agar anak2 autisma kita TAHU perasaan MALU terutama berkaitan dgn JANTINA...cth (1) Mereka mandi telanjang tanpa menutup pintu bilik air walaupun umur dah dikategorikan baligh. (2) Keluar bilik air tanpa seurat benang.... "

Masih memerlukan jawapan berdasarkan pengalaman masing2.

KOMEN RAKAN2 KAA

Nik Mat Ya tak tahu. .camne? share lah

Safinaz Yusuf Saya pon sdg melatih anak umo 6thn prasaan malu bila bogel. . Kena blakon gaya org malu... Pastu kelamkabut capai tuala konon2 nk tutup anu cecepat... Setakat ni blom bjaya sbb....sbb... Err mgkin dia berbangga dgn aset yg dmiliki... Hahaha!erk...

Syahrul Nizar Abdullah mmmm.... kena mencuba sesuatu kaedah....

Mizzery Ma Soklan yg baik utk sy tanya pd Prof Madya Dr Tiun Ling Ta dr USM,now kursus pengendalian OKU @Dynasty Hotel,dh dpt jawapan sy sharekan..

Zeti Akhtar mmg betul...tp nasib baik juga anak2 saya semua perempuan.

Lynn Hamzah mm...anak saya klu mandi mmg x bg tutup pintu blk air..

Norafni Razali :).. Anak saya lepas mandi,tutup atas saja...

Emy Augusta Geraman adoi...saya pun pening....anak saya keluar bilik air memang pakai tuala,tapi tak sempat nak salin baju tuala ditanggalkan

Roselina Rokiah Mahiddin usah yg kecil yg 14 tahun pn asyik kene letih oleh adik dia, pompuan pulak tu, si abang lelaki....

Nor Hariza Abd Majid anak saya mandi x tutup piintu kerana takut... pakai baju pun x tutup pintu sebab takut jugak... mungkin sebab itu kot

KELAB ANAK AUTISME Cara penyelesaian masalah???

Siti Zatiah Zainal very2 good question....sex education is a must especially nk jaga keselamatan anak2 kita..special needs or not.anybody with any advice walau kecik mana pls share

Nor Hariza Abd Majid sekarang saya mula mengajar anak saya selepas mandi dia kena tutup badan... disebabkan anak saya pandai melukis saya menyuruh dia melukis langkah2 yang perlu dia buat ketika pergi mandi dan selepas mandi... Jadi saya lekapkan di pintu bilik air... jadi sekiranya dia gagal mengikut langkah itu dia kena denda... tapi denda tidak memukul tapi dia kena duduk di satu sudut selama 10 minit... ini bertujuan memberi amaran setiap yang ibu kata dia kena patuhi... selepas tempoh itu kita pergi bercakap sambil mata memandang dia... dengan tone suara yang betul dan menasihatkan bahawa perbuatan dia tidak bagus dan memalukan... tapi Alhamdullilah dalam tempoh 2 hari percubaan dia dah tahu.... Selain itu saya memang x pernah layan dia seperti kanak-kanak autisme saya mengangap dia kanak-kanak normal (apa yang adik dia boleh dia mesti boleh buat... seperti pakai baju sendiri... sikit rambut.... gantung balik tuala yang di pakai dan juga selepas makan pinggan mesti diletakkan di singki... Bukan saya tak sayang tapi sampai bila saya ada di dunia ini... siapa nak jaga dia kecuali dia pandai berdikari

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!