Saturday, September 1, 2012

Petua Merancang Untuk Mendapatkan Anak Lelaki



1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting.


3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan, jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

5. Banyakkan makan sayur untuk kedua-dua pasangan, lelaki dan perempuan.

6. “Deep Penetration”, maksudnya cuba pancut hampir kepada pangkal rahim isteri kerana sperma yang membawa jantina lelaki ini laju tetapi tidak tahan lama. Jadi kalau dekat dengan pangkal rahim, berkemungkinan besar ia boleh bercantum dengan ovum dan membentuk jantina lelaki.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!