Monday, September 24, 2012

Sajak buat Guru Besar

Rujukan: http://mysonisauthism.blogspot.com

AKU BUKAN SEORANG CLEOPATRA
YANG MAMPU MEMUKAU DUNIA
DENGAN SENYUMAN PENUH PESONA
LANTAS MARK ANTHONY PUN JATUH CINTA

AKU CUMA SEORANG AKU
SEORANG IBU DENGAN SENYUMAN SAYU
MENGHARAP SEJALUR CAHAYA
DEMI ANAK TERCINTA

ATAS NAMA
KEADILAN UNTUK SEMUA

TUAN GURU BESAR
SEKOLAH TUAN TAK PERLUKAN CIKGU
YANG HANYA PANDAI CEDERAKAN OKU
TAPI TAK BERANI MENGAKU

LALU CLEOPATRA PUN BERLALU
TUNDUK ... MALU ...

SAMBIL ITU
SEPASANG MATANYA NAN AYU
MENJELING CIKGU
MENGERLING PPM YANG MEMBISU
DAN MELIRIK MANJA SENASKAH LAPORAN PALSU

TUAN-TUAN
PEGAWAI-PEGAWAI JABATAN
PEGAWAI-PEGAWAI KEMENTERIAN
TURUNLAH MEMBUAT SIASATAN

HADIRKAN DIRI
DENGAN SEMANGAT MARK ANTHONY
SEBAGAI LAMBANG LELAKI GAGAH BERANI

KAN KU INTAI LANGKAHMU... DARI SEBALIK SELENDANG BIRU ... BAWAKANLAH KEADILAN UNTUK IBU ITU ... DI MATANYA ADA RINDU ... DIA RINDU ... UNTUK SENYUM SEMANIS DULU ...





APA MAK BUAT UNTUK ARIFF : 2001 - 2009 ?
MACAM-MACAM MAK BUAT UNTUK ARIFF.

KITA BERHIJRAH KE MELAKA. MASUK NASOM. MAK DAPAT SEDIKIT ILMU. MAK GUNAKAN.

MAK LAYARI INTERNET. BELAJAR TENTANG INTERVENSI AWAL. MAK PRAKTIKKAN.

MAK BACA ARTIKEL TENTANG GLUTEN-FREE. MAK CUBA.

MAK DIBERITAHU TENTANG CASSEINE-FREE. PUN MAK CUBA JUGA.

RAWATAN TRADISIONAL ? MANA KITA TAK PERGI ? JOHOR ? MELAKA ? NEGERI SEMBILAN ? SELANGOR ? PERAK ? KITA IKHTIAR.

ORANG CADANGKAN COLOUR VIBRATION THERAPY, MAK JUMPA DOKTOR NORHISHAM WAHAB SENDIRI (PENGASAS CVT). KITA GUNA FORMULA DIA.

KAK INA KATA, GUNA KOMPUTER - BUAT POWERPOINT. MAK GUNA. SIAP DOWNLOAD BAHAN DARI INTERNET LAGI.

MAK DAPAT IDEA GUNA CD, MAK BELI BERATUS-RATUS KEPING CD.

SEORANG CIKGU SMK GAJAH BEHRANG KATA, GUNA MUZIK BEETHOVEN, MAK GUNA : BAGI ARIFF DENGAR MUZIK BEETHOVEN HARI-HARI.

URUTAN ? MAK URUT ARIFF HARI-HARI GUNA MINYAK BABY JOHNSON UNTUK MERANGSANG SARAF.

AYAT-AYAT AL-QURAN ? MAK AMALKAN DAN HEMBUS DI UBUN-UBUN ARIFF.

DATANG SEORANG ALIM DARI KOTA MEKAH, MAK BERLARI JUMPA DIA.

MAK BUAT SEMBAHYANG HAJAT.


MAK HANTAR MAKANAN KE MASJID.

MINYAK IKAN ? MAK BELI EFALEX BAGI ARIFF MAKAN.

MAK AJAR ARIFF MEMBACA, MENULIS DAN MENGIRA.

MAK AJAR ARIFF MENGAJI.

MAK AJAR ARIFF PENGURUSAN DIRI.

MAK BUAT TOILET-TRAINING UNTUK ARIFF.

MAK AJAR ARIFF TENTANG KEHIDUPAN SECARA PERLAHAN-LAHAN...

DAN , SATU YANG SUKAR MAK LUPAKAN, MAK TUNGGU BURUNG BERTELUR DI TAMAN BURUNG MELAKA SEBAB ORANG KATA TELUR TU BERKHASIAT DAN BOLEH MEMBUATKAN ARIFF BERCAKAP.

Tak lupa juga, susah payah mak cari tebu hitam ...

Bertahun-tahun mak buat semua ni. Tanpa jemu. Akhirnya, Ariff improved. Dr Zainal Southern Hospital terperanjat tengok perubahan Ariff. Mak syukur pada Allah. Usaha mak tak sia-sia. kita hampir berjaya ... cuma masih ada hiper sikit-sikit, komunikasi minima dan belum cekap betul untuk ke tandas.

2004 - Ariff masuk sekolah. Mak cuti 5 bulan Mak nak biasakan Ariff dengan alam persekolahan. mak berterima kasih sangat pada pengetua mak masa tu CIKGU MD FIAH MD JAMIN sebab rekomen mak dapat cuti separuh gaji. Terima kasih banyak-banyak.

TAPI ...

MAK NAK CAKAP APA ? MASUK AJE SEKOLAH, TERLALU BANYAK BULI DAN PENDERAAN.

KENAPA CIKGU SANGGUP CUBIT, PIAT, ROTAN, LEMPANG, PUKUL DAN TUMBUK ARIFF ?

SUSAH PAYAH MAK GUNA PELBAGAI PENDEKATAN UNTUK PULIHKAN ARIFF, CIKGU GUNA CARA CUKUP MUDAH.

MAK KECEWA SANGAT !

TOLONGLAH, JANGAN GUNA KEKERASAN ATAS KANAK-KANAK AUTISTIK.

TOLONGLAH , JANGAN GUNA KEKERASAN ATAS ANAK SAYA.

SAYA DAH KORBANKAN MASA, TENAGA DAN WANG RINGGIT UNTUK PEMBANGUNAN MANUSIA - PEMBANGUNAN SEORANG AHMAD ARIFF TERCINTA.

JANGAN MUDAH-MUDAH NAK SESAH AJE. KALAU DENGAN BELASAH, MANUSIA AUTISTIK BOLEH DIBANTU, CARRY ON. TAPI, SAYA TENGOK TINDAKAN KERAS HANYA MEMBURUKKAN KEADAAN.

BERTAHUN-TAHUN, MAK TAK ADA KERETA BESAR. PAKAI KERETA KECIK JE. MAK TAK ADA BARANG KEMAS. MAK TAK ADA BAJU MAHAL. MAK TAK ADA APA-APA. KITA HIDUP MINIMA SAHAJA. SEBAHAGIAN BESAR DUIT MAK, MAK LABURKAN UNTUK RAWATAN DAN PEMULIHAN ARIFF.

BILA MAK RASA TUA NI, BARU LA MAK BELI RUMAH UNTUK MASA DEPAN KITA. TEMPAT UNTUK KITA BERTEDUH.

SELAINNYA, MAK SIMPAN BUAT PELABURAN , UNTUK KEHIDUPAN ARIFF PADA MASA AKAN DATANG. MAK HIDUP SIMPLE JE. BAGAIKAN ORANG YANG TAK PUNYA APA-APA. LEKEH JE KATA ORANG KAMPUNG MAK. EVERYTHING I DO, I DO IT FOR U, ARIFF.

UNTUK MAK ? TAK ADA APA-APA ... NOTHING. CUMA MENERUSKAN KEHIDUPAN SEADANYA!

KALAU ORANG NAK BERCAKAP TENTANG INTERVENSI, INSYAALAH MAK BOLEH BAGI PANDANGAN. CARILAH MAK . MAK DAH CUBA . MEMANG BANYAK PENINGKATAN....DENGAN IZIN YANG MAHA KUASA.

KERJALAH DENGAN ILMU. ANAK-ANAK AUTISTIK PERLUKAN GURU YANG ADA KEPAKARAN. BUKAN GURU YANG MEMBABI-BUTA.

KALAU KITA SILAP CARA, ROSAK ANAK-ANAK INI... SEPERTI TIKUS MEMBAIKI LABU.

MAK HARAP MEREKA TAK MARAH MAK CAKAP MACAM NI SEBAB MAK BERCAKAP DARI PENGALAMAN.

ARIFF, APABILA PERSEKOLAHAN ARIFF BANYAK MASALAH, MAK DAH BLURR. UNTUK SEKETIKA MAK TENGGELAM ... KE SATU DAERAH ASING ... MAK TAK TAU NAK BUAT APA ...

HANTAR ARIFF SEKOLAH , CUTIKAN KEJAP, HANTAR LAGI, CUTI LAGI, HANTAR LAGI, CUTI LAGI ...

KITA JADI BINGUNG ... SASAU ... KITA LOST TRACK ... BAHTERA MAK DAN AYAH ... HAMPIR MUSNAH ... BUKAN SALAH MAK... BUKAN SALAH AYAH ... BUKAN SALAH ARIFF ... BUKAN SALAH SESIAPA ... INI CUMA SATU LAGI UJIAN TUHAN ... TAPI JODOH MASIH ADA... KAMI BANGUN KEMBALI DEMI ANAK-ANAK ...

KERANA ARIFF, WALAU APA PUN MASALAH, KAMI TAK MUNGKIN BERPISAH!

ARIFF, MAK DAH TAK TAU NAK BUAT APA LAGI.

MALAM KELMARIN, MAK BINCANG DENGAN AYAH. KAMI SEPAKAT NAK PULIHKAN TRAUMA ARIFF DAN CUBA TURUNKAN BERAT BADAN ARIFF YANG OBESITI TU. HAVE TO. PELAN DAH DIRANGKA. AYAH DAN MAK DAH BAGI-BAGI TUGAS. KITA USAHA SAMA-SAMA YE .


MAK HARAP, LATIHAN UNTUK GURU-GURU YANG MENGAJAR KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA DIMANTAPKAN. PEMANTAUAN DIJALANKAN DENGAN BAIK. CCTV DIPASANG DI SEMUA KELAS PENDIDIKAN KHAS DI SELURUH NEGARA. MAK TAK NAK ANAK-ANAK ORANG LAIN JADI MANGSA.

BAGI MAK, ARIFF ADALAH MANGSA KEADAAN. SELAMA BERTAHUN-TAHUN, MAK LETAKKAN ARIFF DI TANGAN YANG SALAH. DI TANGAN ORANG YANG TIDAK BEGITU FAHAM TENTANG AUTISME.

MAK HARAP ARIFF TAK SALAHKAN MAK. DULU, MAK INGAT, DIA ORANG ADA TRAINING SO FAHAM TENTANG ARIFF. RUPA-RUPANYA TAK.

ENTAHLAH ARIFF ... HATI ORANG MAK TAK TAU. KALAU SAMPAI BERDARAH ANAK MAK, MARAHLAH MAK.

MARAH SANGAT.

ARIFF PUN BUKAN SIHAT SANGAT. MUDAH DEMAM. MUDAH BATUK. MUDAH SELSEMA. ADA ASMA. ADA MASALAH TONSIL.

SEDIH ...

NAK BUAT ANAK MAK PUN, PATUT-PATUTLAH ...

DAH TU, TAK TAU MINTA MAAF PULAK.

BOHONG.
DOLAK-DALIK.

BOHONG SAMPAI KEMENTERIAN PULAK TU ...

PAKAT-PAKAT PULAK TU ...

KALAU DALAM MENEMPUH RANJAU DAN DURI HIDUP INI, MAK BERDOSA PADA TUHAN, MAK MOHON KEAMPUNAN ... (mak hanya insan biasa yang tak dapat lari dari kesilapan )

KALAU MAK BERSALAH SESAMA INSAN, MAK MOHON KEMAAFAN ... (mak hanyalah insan biasa yang tersilap kata tersalah bicara)

KALAU MAK DIANIAYA TANPA BELAS KASIHAN, MAK MOHON PERTOLONGAN ...

YA ALLAH YA TUHANKU, BANTULAH HAMBAMU INI YA ALLAH. TUNJUKKANLAH KEBENARAN. KALAU PUN TIDAK SEGERA ... BIAR PUN MAKAN MASA ... ASALKAN KEBENARAN ITU TERBUKTI JUA. AMIN.

6 tahun cuba bersabar, akhirnya kami tak mampu lagi berdiam diri . HARAP KAWAN-KAWAN FAHAM.

MAK TAK MENENTANG KEMENTERIAN ATAU KERAJAAN. MAK CUMA MENENTANG KEGANASAN.

MAK BUKAN EGO TAPI MAK TERPAKSA BUAT SEBAB ORANG LAIN SENYAP.

KAWAN MAK KATA : AUTISTIC ABUSED NI MEMANG BERLAKU TAPI KAU BISING-BISING PUN, KAU TAKKAN DAPAT MENGUBAH KEADAAN!

Entahlah ... mungkin betul cakap dia tapi mak rasa , kalau hari ni mak senyap, 10 atau 15 tahun lagi akan muncul juga orang macam mak yang akan bising-bising tentang hal ini ...

Akan ada ...

Tak apa la. Mak mulakan. kalau gagal, mak redha. mak bukan nak menang tapi mak cuma nak buka mata banyak pihak. Minta perhatian. minta penambahbaikan.

LASTLY : KENAPA TIPU KEMENTERIAN ? TERDESAK ?

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!