Saturday, September 1, 2012

Saringan Petanque Pendidikan Khas


Buat pertama kalinya, Pak Yoep diminta mengadakan program Saringan Petanque Pendidikan Khas peringkat daerah Kinta Utara setelah pihak sekolah dilantik sebagai penganjur dalam program tersebut. Mesyuarat jawatankuasa akan diadakan pada 3 Sep 2012 (Isnin). 

Bagi memudahkan pengetua mengendalikan mesyuarat, Pak Yoep sediakan bahan2 berikut supaya mesyuarat akan dilaksanakan dengan lancar menjurus kepada agenda yang ditetapkan. Tidak menyimpang kepada hal lain-lain.




NOTA MESYUARAT
SARINGAN PETANQUE PENDIDIKAN KHAS
DAERAH KINTA UTARA 2012

Tarikh: 3 Sep 2012
Masa: 1.45 ptg
Tempat: Bilik gerakan SMKSP


Agenda Mesyuarat:
1.      Ucapan Pengerusi
2.      Taklimat Penolong Kanan Pendidikan Khas.
3.      Tarikh dan Tempat.
4.      Acara Saringan Petanque
5.      Jawatankuasa Saringan Petanque
6.      Tentatif Program
7.      Anggaran Perbelanjaan
8.      Penutup


AGENDA 1: UCAPAN PENGERUSI

PENGENALAN

Petanque merupakan salah satu  acara yang akan dipertandingkan  dalam Karnival Kokurikulum Pendidikan Khas Fasa 2 peringkat negeri  Perak yang bakal diadakan pada 26 September 2012.  SMK Seri Putera  telah dilantik sebagai jawatankuasa pemilihan peserta untuk permainan tersebut bagi mewakili Kinta Utara.  Program yang diadakan ini merupakan medan terbaik bagi mengetengahkan bakat yang ada pada murid khususnya di daerah Kinta Utara.


RASIONAL

Saringan Petanque Pendidikan Khas adalah merupakan aktiviti Sukan Luaran Pendidikan Khas untuk pelajar-pelajar pendidikan khas. Saringan ini merupakan medan untuk pelajar-pelajar ini menunjukkan bakat, kebolehan dan keupayaan bersaing dalam kalangan mereka. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas dan Falsafah Pendidikan Negara.  Peserta-peserta yang terbaik dalam acara saringan ini akan mewakili daerah Kinta Utara.

Aktiviti seumpama ini akan dapat membina proses sosialisasi, keyakinan diri dan motivasi kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Disamping itu dapat memberi ruang kepada golongan ini untuk berinteraksi sesame mereka, menilai pengurusan diri dan keupayaan mereka dalam bidang sukan.


OBJEKTIF

1.      Mencungkil bakat dalam permainan petanque murid-murid pendidikan khas di Daerah Kinta Utara.
2.      Menyediakan pemain petanque yang terbaik, layak dan berwibawa bagi menghadapi kejohanan di  peringkat negeri dan kebangsaan.


AGENDA 2: TAKLIMAT PENOLONG PENDIDIKAN KHAS

AGENDA 3: TARIKH DAN TEMPAT

19 September 2012 (Rabu) bertempat di Gelanggang Petanque SMKSP dan SMKSI Ipoh Perak.

AGENDA 4: SENARAI ACARA SARINGAN

Acara yang dilaksanakan adalah Kategori Berkumpulan Lelaki Terbuka (3 orang) dan Kategori Berkumpulan Perempuan Terbuka (3 orang).  Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja bagi setiap kategori. Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM 15.00 untuk setiap pasukan. Pembayaran boleh dilakukan secara tunai atau menggunakan cek semasa pendaftaran dibuat atas nama KOPERASI SMKSP


SASARAN

Semua pelajar PPKI yang sedang belajar di sekolah-sekolah dalam daerah Kinta Utara yang mempunyai potensi untuk menjadi wakil daerah Kinta Utara.

Dianggarkan sebanyak 14 buah sekolah akan menghantar peserta. Borang penyertaan telah dihantar kepada PPD Kinta Utara dan tarikh tutup penyertaan pada 14 Sep 2012.

 
AGENDA 5: AHLI JAWATANKUASA

1.      JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi                                :  Haji Mohd Harmain bin Mohd AminPengetua
Naib Pengerusi 1                     :  Rathakrishnan Naidu a/l Narayansamy , Pen. Kanan Pendidikan         
Naib Pengerusi 2                     : En Yap Koko Joo, Pen. Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 3                     : En Boey Peng Toon, Pen. Kanan HEM
Naib Pengerusi 4                     : En Fadzil bin Ishak, Pen. Kanan Kokurikulum                                             
Setiausaha                               :  Pak Yoep
Bendahari                               :  Cik Annalatchumy a/p Munusamy
Jk Bantahan dan Rayuan         : Semua Penolong Kanan SMK Seri Putera

2.      JAWATANKUASA PELAKSANA

Bil
Jawatankuasa
Nama Ahli Jawatankuasa
1.
JK Pertandingan dan Urusetia
Pak Yoep
Cik Annalatchumy
2.
JK Teknikal
En Muhd Fairus
3.
JK Statistik dan Keputusan
Pn Azirah
Pn Tuan Norhaizawati
4.
JK Pendaftaran Peserta dan Hadiah
Pn Nurul Salwa
Cik Laili Mariam
5.
JK Pesiapan Tempat dan Siaraya
En Mazlan
6.
JK Kecemasan dan Rawatan
Pn Suriyati
7.
JK Keceriaan dan Kebersihan
En Wan Ahmad Rosli
8.
JK Juruacara dan Dokumentasi
Pn Yusniza
9.
JK Penyelia Peserta
En Usila (Peserta Lelaki)
Pn Kalairasi (Peserta Perempuan)
10.
JK Bantahan/Rayuan
Semua Pentadbir SMK Seri Putera

 
AGENDA 6: TENTATIF PROGRAM

1.       Tarikh            : 19 Sep 2012 (Rabu)
2.       Masa             : 8.00 pagi – 1.00 ptg.
3.       Tempat        : Gelanggang Petanque SMKSP
                        Gelanggang Petanque SMKSI


8.00 pagi              : Pendaftaran peserta.
8.15 pagi              : Taklimat kepada pegawai dan peserta.
8.30 pagi              : Pertandingan bermula.
                : Acara Berkumpulan Lelaki.
                : Acara Berkumpulan Perempuan.
                :Penyampaian hadiah.
2.00 petang          : Bersurai.


AGENDA 7: ANGGARAN PERBELANJAAN

PENDAPATAN
1.      Yuran penyertaan                    
2.      Peruntukan LPBT                                                 

PERBELANJAAN
1.      Hadiah Peserta                
2.      Minuman Petugas            
3.      Bola Petanque                                                      
4.      Kecemasan                                                            
                                                                                         

Minuman/makanan peserta tidak disediakan oleh pihak penganjur. Semua pasukan diminta menyediakan  keperluan tersebut untuk peserta masing-masing.

 
PENUTUP

Diharap perlaksanaan  pemilihan pemain petanque akan berjalan lancar. Pelajar-pelajar  dapat menikmati program yang dirancang dengan penuh faedah dan memperolehi pengalaman yang bermakna dalam kehidupan mereka. Pemain-pemain petanque yang terbaik akan dapat dipilih bagi mewakili Pendidikan Khas Kinta Utara dalam Karnival Kokurikulum yang bakal diadakan pada 26 Sep 2012 bertempat di PPD Kuala Kangsar.

Nota: Jika tuan/puan ada apa2 cadangan atau komen boleh dinyatakan disini bagi membantu meningkatkan mutu penganjuran yang bakal diadakan.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!