Wednesday, September 19, 2012

Tuntutan CUEPACS

CUEPACS cadang penjawat awam datang 15 minit awal, pulang 15 minit lewat

Oleh Syafique Shuib

Pihak Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berjanji penjawat awam akan bekerja lebih 30 minit sehari jika pihak kerajaan dapat memenuhi enam tuntutannya sempena pembentangan Bajet 2013.

Presidennya Datuk Omar Osman melahirkan hasrat itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Cuepacs Sesi 2010-2013.

Enam perkara terbabit adalah:

- Status pengganti skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) yang dibatalkan pada Mac lalu.

- Membantah sistem Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang dimansuhkan di peringkat persekutuan oleh kerajaan.

- Status pegawai kontrak yang akan tamat tempoh pada Disember 2012.

- Pembinaan 35% perumahan di bandar berharga RM60,000 ke RM 150,000 supaya ia mampu dimiliki oleh penjawat awam yang bergaji bawah RM3,000.

- Bonus dua bulan kepada penjawat awam.

- Kenaikan imbuhan tetap perumahan dari RM180.

Antara yang hangat dibincangkan didalam mesyuarat pagi tadi adalah tentang harga rumah di dalam bandar.

“Memang ada harga rumah dalam lingkungan RM60,000 ke RM100,000 namun ia amat jauh. Segelintir kakitangan awam harus memandu hampir 100km setiap hari untuk pergi ke pejabat dan pulang ke rumah.

“Dalam bandar harus ada harga perumahan yang mampu dimiliki oleh penjawat awam supaya mereka tidak perlu memandu terlalu jauh,” jelas beliau.

Beliau juga menyeru kerajaan supaya menaikkan imbuhan tetap perumahan.

“Ini harus diberi keutamaan. RM180 terlalu rendah. Rumah sudah mahal. Macamana hendak sewa rumah jikalau imbuhan tetap adalah terlalu sedikit?” tanya beliau.

Omar percaya penjawat-penjawat awam akan menjadi lebih produktif, efisien, kreatif dan inovatif jikalau diberi imbuhan yang diminta oleh pihak CUEPACS.

Beliau kini bercadang supaya penjawat awam datang ke pejabat 15 minit awal (7.45 pagi) dan pulang 15 minit selepas waktu pejabat (5.15 petang).

"Bayangkan, setiap penjawat awam berkerja lebih 30 minit sehari, kerajaan akan mencapai prestasi yang tinggi.

"Saya pasti penjawat awam akan memberi komitmen yang baik," jelas beliau.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!