Sunday, September 30, 2012

Ucapan Penghargaan ibubapa autisma


"Nyatakan UCAPAN penghargaan anda di laman ini kepada sesiapa sahaja yang terlibat dlm mendidik anak2 autisma anda sehingga anak2 autisma anda mencapai ke tahap yang terbaik. Insya-Allah, saya akan muatkan juga ucapan tersebut anda dlm blog admin semoga tanda penghargaan tersebut kekal diingati selama2nya."


Anak kami Faqihah...Kami sekeluarga mengucapkan JUTAAN terima kasih kepada Teacher Ruby, Yayasan Sultan Idris Ipoh (Pn Susan/En Criss), Nasom Ipoh (Pn Siti dan Staff), SK Seri Mutiara (En Zaini, Cik Rabiatul Adawiah, Pn Faridah, semua guru dan PPM), Taska Riang Bestari (Pn Hanim dan Staff) atas usaha mendidik anak autisma kami sehingga mencapai ke tahap sekarang. Sumbangan anda amat kami dihargai...Kami doakan agar anda semua memperolehi kesejahteraan dunia dan akhirat. Ameen.

En Izhar Ibrahim
 "Di sini juga sy memanjangkan terima kasih kami kepada barisan guru2 dan PPM Ppki Sk Ujong Pasir dan GPK pd masa tu Puan Hajjah Hasmah Hitam yg telah memainkan peranan dlm usaha membantu anak saya Idris Nassruddin Izharuddin supaya duduk diam dan tidak tutup telinga ketika bacaan yaasin tiap2 pagi Jumaat..." En Izhar Ibrahim

Saya sekeluarga mengambil kesempatan ini bagi melahirkan penghargaan kepada semua GURU & KAKITANGAN PDK DTHO, NASOM TITIWANGSA, SANAK SAUDARA & KENGKAWAN yg tak jemu2 memberi semangat dan galakan. Semoga jasa baik tuan/puan diberi balasan berupa kebahagiaan yang berpanjangan. Amin.

Saya sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Teacher Kellie ,guru-guru Tadika Mawar (Taman Pengkalan Jaya Ipoh) kerana banyak memberi semangat dan sokong kepada saya sekeluarga. Dr Lim Suat Wei, Unit Terapi Pertuturan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Perak kerana banyak mengajar saya sekeluarga berkomunikasi dengan anak saya Muhammad Hafiz Ikhwan. Jasa anda semua tidak mungkin dapat saya balas sehingga akhir hayat...

Terima kasih kepada cikgu cikgu SK Sri Mutiara Ipoh, PPM PPM yg banyak membantu anak saya Shamiera Irdina semasa bersekolah di sana... Special thanks jugak pada Teacher Ruby dan pembantu2 beliau di Brighter Future Kindergarten.. Teacher Ruby banyak mengajar anak saya berdikari....

Laman web pak yoep telah menemukan saya dgn doktor hjh aishah di attitude theraphy..besar maknanya untuk kami....tq..

TERIMA KASIH kpd Teacher2 sekolah anak sy di PERSATUAN KANAK2 ISTIMEWA AMPANG. AKHTAR semakin ok sejak study c2 terutama dr segi pergaulan n tingkah laku wlupun masih x bole cakap elok2.Bole kata AKHTAR semakin bole berdikari. TERIMA KASIH jgk pd PIHAK HUKM terutama ST,OT,PED n ENT yg byk membantu perkembangan anak sy. TERIMA KASIH pd website PAK YEOP kerana menemukan sy dgn pusat terapi ST n OT iaitu URBANE ETHOS. TIMA KASIH BYK2!

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!