Monday, October 22, 2012

Aktiviti URUS DIRI



Semalam Faqihah kelam-kabut menyiapkan barang2 seolah2 nak pergi perkhemahan. Umminya membuat teguran dengan tingkah-laku Faqihah tersebut. Bila ditanya Faqihah menyatakan nak 'camping'. Disebabkan tiada maklumat drp pihak sekolah, umminya melarang Faqihah melakukan perkara tersebut.

Terima SMS drp Pen Kanan Pendidikan Khas sekolah Faqihah. Minta kami memantau persiapan keperluan barang keperluan persendirian Faqihah yang perlu dibawa ke sekolah esok. Diantara peralatan yang perlu dibawa ialah:

1. Baju - 2 pasang
2. Tuala
3. Alatan
4. Selipar
5. Cawan
6. Pakaian Talam
7. Beg Pakaian

Tujuan keperluan tersebut adalah untuk melatih murid2 khas dalam aspek Urus Diri yang merupakan salah satu aktiviti murid2 khas. Menyediakan keperluan sendiri tanpa bantuan orang lain.

Disebabkan lambat terima maklumat (11 malam), tiada persiapan dibuat. Pagi ini terpaksalah umminya menyiapkan semua keperluan tersebut.

Bagus juga aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah tetapi wajar dimaklumkan awal kepada ibubapa. Kebanyakan anak2 istimewa ini tidak dapat menyampaikan maklumat kepada ibubapa dengan jelas.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!