Monday, October 22, 2012

Faqihah derma 60 sen kepada Astro


Faqihah 'MENDERMA' kat Astro buat kali ke-2 sebanyak 60 sen....

CERITANYA begini. Sepanjang masa dekoder astro ditempatkan dalam kabinet yang berkunci. Cuma abahnya saja boleh buka. Tujuan mengelakkan dekoder tersebut 'diganggu' Faqihah buat kali ke-2. Kali pertama, dekoder rosak...sehingga dirujuk kepada kedai astro..tidak boleh repair dan terpaksa pendaftaran baru dgn dekoder baru. Jika repair tinggi harga.

Disebabkan astro rosak, umminya buka kabinet tesebut. Tanpa tutup balik dalam tempoh yang lama. Apa yang berlaku ialah astro rosak kembali.

Buat semakan...rupa2nya terdapat duit syiling berjumlah 60 sen dalam dekoder astro tersebut. Duit dimasukkan melalui tempat masukkan kad sim astro.

Maknanya, Faqihah 'menderma' kepada astro sebanyak 60 sen. Begitulah kisahnya.

KESIMPULAN: Ibubapa anak2 autisma mesti kreatif dan jauh pandang kehadapan terhadap apa2 aktiviti yang bakal dilakukan oleh anak2 autisma terutama berkaitan dengan keselamatan mereka.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!