Friday, October 5, 2012

Gangguan makhluk halus

"Semalam saya ke Sek. Men. Agama Maahad Islahiyah Addiniah, Batu 10, Lekir, memberikan motivasi dan inspirasi kepada lebih 300 orang pelajar. 

Setelah selesai program ustaznya mengadu tentang dua orang pelajar perempuan Ting. 5 yang dulunya cemerlang dan merupakan pelajar harapan sekolah bertukar murung dan prestasi merosot secara tiba-tiba. 

Malah sudah berbulan tidak senyum sedangkan mereka dulunya periang. Saya lihat mereka berdua lalu memberitahu ustaznya, ini bukan masalah psikologi ustaz tetapi masalah gangguan lain yang mengganggu fikirannya. 

Ustaznya memberitahu saya bahawa mereka sudah pun dirawat sebelum ini. 

Tetapi saya minta izin untuk merawatnya menggunakan cara Terapi Tauhid. 

Alhamdulillah, memang banyak gangguan dikeluarkan dan apa yang menariknya, pelajar berdua itu terus bertukar ceria, senyum, semangat, ringan kepala dan badan serta wajahnya juga cerah.

Oleh itu pesan saya pada ibu bapa, kalau anak bermasalah, ia mungkin faktor psikologi atau sosiologi atau tidak mustahil juga jinlogi. :-)"


No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!