Friday, October 12, 2012

Jumlah pelajar OKU ke sekolah meningkat


GEORGE TOWN — Jumlah ibu bapa yang menghantar anak-anak yang tergolong dalam orang kurang upaya (OKU) ke sekolah bagi mengikuti program Pendidikan Khas semakin meningkat setiap tahun.

Penyelia Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Rusnida Shariff berkata, peningkatan jumlah pelajar ini menunjukkan tahap kesedaran ibu bapa untuk memberi pendidikan formal kepada anak-anak OKU adalah semakin bagus.

Katanya, ia juga membuktikan ibu bapa yakin terhadap guru-guru dan pembantu pengurusan murid pendidikan khas untuk membimbing dan membentuk anak-anak istimewa itu.

"Ibu bapa melihat perubahan positif anak-anak mereka termasuk perubahan dari segi sosial, emosi, jasmani, rohani dan intelek serta keyakinan diri dan sekarang budaya ibu bapa menyembunyi anak-anak OKU sudah berkurangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu merasmikan sukan “Special Olympics Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pulau Pinang” kali ke-6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong, di sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!