Sunday, October 7, 2012

Kak Long ke Sek Men 2013


Daftarkan Kak Long dalam talian untuk memasuki tingkatan satu pada tahun 2013 ke sekolah berasrama penuh (SBP). Pilihan kami ialah SM Sains Teluk Intan. Pemilihan dibuat kerana lokasi tidak jauh drp tempat tinggal.

Manakala pencapaian PMR 2011 sekolah tersebut ialah terbaik dimana 89% memperolehi SEMUA A dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan PMR.

Tambahan pula, sepupunya turut berada di sana yang sedang menduduki PMR 2012. Tiada bantahan drp Kak Long.

Dalam peperiksaan percubaan UPSR, kak long berjaya memperolehi keputusan 4A 1B.

Mohon pengunjung2 laman ini turut mendoakan agar kaklong berjaya memperolehi 5A dalam UPSR seterusnya berjaya menempatkan diri di sekolah berasrama penuh dalam tingkatan satu pada tahun 2013.

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!