Tuesday, October 16, 2012

Kursus Koperasi

 Photos of Hotel Taiping Perdana, Taiping


Sekarang Pak Yoep berada di Hotel Taiping Perdana. Menghadiri program anjuran ANGKASA (Koperasi). Mewakili koperasi sekolah. Dah lama Pak Yoep tidak melibatkan diri dgn program2 anjuran ANGKASA. Terpaksa meninggalkan Faqihah dibawah kendalian umminya.

Program yang dihadiri ialah Program Transformasi Kewangan Islam dan Gerakan Koperasi selama 2 hari iaitu pada 16 dan 17 Okt 2012.

Penglibatan Pak Yoep dalam koperasi adalah pada tahun 2005 di SMKJJ. Penglibatan adalah secara tidak langsung shj. Nama ada kat koperasi, menjalankan tugas2 koperasi selaku setiausaha tapi tidak mendaftar sbg ahli. Jawatan adalah atas perlantikan pengetua. Tindakan dibuat atas dasar untuk MELEPASKAN jawatan setiausaha kokurikulum dan menjawat setiausaha koperasi. Walaubagaimanapunnya berlarutan selama setahun memegang kedua2 jawatan tersebut.

Tahun 2006 TIDAK menjawat jawatan setiausaha kokurikulum dan Pak Yoep secara rasminya menjadi ahli koperasi dan melaksanakan tugas sebagai setiausaha koperasi dengan sebaik mungkin. Koperasi adalah rumah ke-2 Pak Yoep. Diantara kejayaan yang diperolehi bersama koperasi tersebut ialah:

1. Meningkatkan pendapatan tahunan koperasi dari RM 33,000 (2004) kepada RM 111,000 (2007).
2. Mengadakan Program Pelancongan Koperasi sebagai HOS dan TAMU.
3. Melaksanakan pakej lawatan ke Melaka untuk ahli2 koperasi.
4. Menerima anugerah EMPAT BINTANG daripada ANGKASA sempena Hari Koperasi Sekolah.
5. Mengwujudkan gelanggang permainan petanque.
6. Mengwujudkan mural.

Tahun 2011. Di sekolah baru, Pak Yoep 'MENIKUS' dlm aktiviti koperasi. Tidak memperkenalkan diri pernah terlibat dlm aktiviti koperasi. Tujuan untuk memberi tumpuan kepada bidang kerjaya baru sebagai Guru Pendidikan Khas.

Walaubagaimana 'kepakaran' Pak Yoep dapat dihidu oleh pihak pentadbir dan Pak Yoep dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah walaupun bukan ahli koperasi. Sesuatu yang tidak wajar berlaku dalam koperasi TIDAK ahli tapi diberi jawatan. Tugasan dilaksanakan dengan baik sehingga pendapatan dan keuntungan koperasi dapat ditingkatkan.

Bercadang untuk melibatkan diri dengan koperasi masjid yang bakal dicadang untuk diwujudkan di Masjid Al-Hidayah berhampiran dengan lokasi tempat tinggal Pak Yoep.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!